![]() |
| sesi soal jawab: hah gelabah seketika.. |
Manakala pengantin perempuan pula tertinggal kad pengenalan dan memaksanya menghafal no ic di hadapan imam pendaftar. Dalam kekalutan melaksanakan sesuatu, kekadang kita terlupa sesuatu. Inilah mananya manusia yang seringkali alpa. Semuga ALLAH ampuni kita
Pada tanggal 19112011, jam 1608, AHMAD NAQIYUDDIN dan AMIRA selamat diijabqabulkan di hadapan pendaftar nikah di Masjid Amru Abn Al ass. ALHAMDULILAH...sah!! Dengan sekali lafaz, termeterai ikatan pernikahan yang berkuatkuasa serta merta di antara mereka berdua.. Barokallahulakum....
![]() |
| Barakallahu laka wabaaroka 'alaika wa jama'a bainakumaa fii khoir. [Semoga Allah memberkatimu dan meletakkan keberkatan ke atasmu serta menghimpunkan kedua kamu dalam keberkatan] |
![]() |
| "Semoga perkahwinan anak saudaraku ni kekal sehingga ke akhir hayat dan insyaAllah sampai ke syurga" |
Notakaki :
Ahmad Naqiyuddin adalah putera tunggal daripada empat beradik, anak sulung abg ke 7. Seorang anak saudara yang baik dan dilahirkan di KK semasa umi dan ayahnya bertugas di sana.Membesar di Kedah dan bekerja di KL, dan kini bertemu jodoh pulak di sini. Majis pernikahan telah sempurna dilaksanakan di Masjid Amru Al As,Bandar Baru Sentul. Suasana petang jumaat yang barokah dan ketenangan seusai ujan bagaikan merestui majlis penyatuan ini. Imam merangkap jurunikah yang peramah memainkan peranannya dengan sebaiknya. Rombongan pihak lelaki di wakili oleh sanak saudara yang berada di sekitar KL sahaja manakala emak bapa saudaranya lah merangkap juru andam. Bila lagi pengantin lelaki nak mnja-manja dengan saudara mara kan.. sapu bedak, sarungkan stokin dan pakaikan sampin.... wah-wah q-deen.
Al kisahnya, Tak banyak yang saya tahu tentang cinta mereka.. Tentang anak saya ini....hmmm pada mulanya pelik jugak sebab dia pernah bercerita , along nie tak de makwe la cu.. Sesekali kami berselorah iye ke along nie ?? betul..kwn2 along dah kata along ni gay ...Nauzubillah...Begitulah dunia bicara anak2 sekarang..Macam2......Syukur. Kini Along Q-deen dah sah mnjadi seorang suami..Tak banyak yang saya tahu tentang menantu baru..cuma yang pastinya cinta mereka berputik di tempat kerja. Syukurlah akhirnya berbuah hingga ke nikah. Buat anakanda baru saya, Amira, selamat menjadi ahli keluarga kami yag besaq dan semuga pandai menyesuaikan diri dan jadilah isteri sholehah. Mudahan Anakanda Naqiyuddin juga mampu memikul tanggunjawab sebagai suami, anak, ayah dan ketua keluarga yang membawa hingga ke syurga. Amin
Anak-anakku hayatilah nasihat Rasullulah ini
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT :
NAQIYUDIIN DAN AMIRA




4 comments:
Assalamu'alaikum Cu... tahniah dapat anak saudara baru. Anak saudara pun dah berpartner dah... tak lama jadilah nenek macam kakak nie...
Moga mereka sama-sama menggalas hidup sebagai umat Muhammad dan dapat menambah umat Islam di dunia ini...
Salam ainhany
Akak tidak terkejut dengan pertanyaan tuan pendaftar tersebut, sebab suami akak juga dibidang yang sama wakil sebuah masjid di rawang.
Sekarang bermacam2 hal berunsurkan penipuan banyak berlaku, jadi tuan pendaftar perlu memastikan betul2 kerana semua tu akan dipertanggunjawabkan nanti. Mungkin ada yang merungut tetapi demi kebaikan lebih2 lagi buat wanita itulah yang terbaik.
Setiap pasangan yg akan mengisi borang serta mendapat tandatangan perlu diberi tazkirah oleh tuan pendaftar...itu sebahagian tugas ...menasihati, dan memperingatkan mereka akan pekara yang benar dan yang ditegah.
Sehingga kini sudah banyak kes dikendalikan...ternyata ada manusia yang masih sanggup utk tidak berlaku lurus..alhamdulillah dengan kerjasama pihak pejabat agama masalah di diselesaikan sebaiknya. Tuan pendaftar bertindak hasil nasihat dan dipantau oleh Pejabat Agama.
p/s: info
Walaikumusalam wbkth kak zakie,
Amin..insyaALLAH mudahan dikabulkan ALLAH betambah cucu lah kita nanti..hihi..Dah de cucu2 pun..:)
Terima kasih dan doakan kesejahteraan mereka dlm melayari bahtera rumahtangga ni. Mudahan penghujungnya kebahagiaan dunia akhirat/.
JEmputla datang kg...esok walimah dipihak lelaki..Ucu pun balik mlm nanti..doakan selamat sampai hendaknya dan majlis sempurna.
Waalaikumusalam kak shahmi,
Terima kasih kak..Akak balik kg tak??jom ke majlis walimah anak buah nie..esok 26112011.
Alhamdulillah, betullah segala apa yg akak simpulkan. Ain setuju dgn cara ini cuma sebab tak pernah mengalami dan menghadapi situasi mcm nie ini, kami jadi kelirulah. Lagipun..kedah belum mengamalkannya lagi. Mudahan ALLAH selamatkan pasangan pengantin kita..amin
Post a Comment