Thursday, November 3, 2011

Selamat Berkorban

dah bersedia pun unta ni...
ana pun sedia juga...
Selamat berkorban  2011.
Ada yang berkorban di tanah air dan ada juga di luar negara. Semuanya satu matlamat.. Mencari redza ALLAH. Bukan sahaja unta tetapi juga lembu dan kambing sebagai pengganti diri mengambil kisah ketaatan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail atas perintah ALLAH.  Hebatnya kisah mereka ....kita susuri bersama.

Walau bagaimana pun, ada bebarapa adab yang elok kita lakukan sebelum menyempurnakan ibadah korban ini.   Saya akui agak terlewat saya mengetahuinya, namun saya akan beramal dengan hadis ini. Terimakasih tazkirah atas perkongsian ini:
Larangan memotong rambut dan kuku pada yang berhasrat untuk berkorban.

Nabi bersabda,Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya. (HR Muslim)

Nabi bersabda, “Sesiapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali dia memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban”. (HR Muslim)


InsyaALLAH , kita sama2 amal dengan sunnah yang dikongsikan ini.
Hari ini Jumaat..nak potong kuku???..Bertahanlah dulu..Lepas ni ikut ketertiban memotong kuku cara rasullulah tau.. Dah dapat dua sunnah..Subhanallah.
sumber :rujuk disini

moOd: balik kampung....

8 comments:

mama ju, said...

Salam anakanda
tkasih. Dah tua ni , tapi mama tak pernah tahu..

ainhany said...

Waalaikumusalam mama,

sama-sama mama.
insyaALLAH kita sama2 amal dan sampaikan. Muga sunnah ikutan kita senantiasa.. Amin

Acik Erna said...

assalam ainhany..acik ingat kan yang berada ditanah suci aje yang dilarang..terima kasih berkongsi disini..

atuk said...

Assalamualaikum Ain

Nabi bersabda, “Sesiapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali dia memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban”. (HR Muslim)

nakkan huraian
yg tak boleh potong kuku tu, binatang sembelihan atau tuan yg berkorban

Wassalam

ainhany said...

salam acik,

insyallah...kita sama2 kutip pahala dan bonus yng ada sementara ada waktu..Sama2 dan selamat berpuasa.
salam aidil ahda juga

ainhany said...

salam THR,

Larangan ini ditujukan kepada mereka yang AKAN mmbuat qurban.Bermulanya masuk Zulhijjah. Adapun bagi binatang sembelihan itu,ia seolah2 gembira dipilih sebagai qurban.( Mati kerana qurban dsepanjang tempuh tasriq)

walau bgaimanapun, sekiranya sehingga mencemarkan kebersihan dan menimbulkan fitnah, moleklah ia memilih untuk memotong. sesungguhnya ALLAH lebih mngetahui dan ISLAM amt mementingkn kebersihan.

Saya mhn maaf,kerana ceteknya ilmu yg ada dan moleklah diusulkan kepada yg lebih arif untuk penjelasannya lagi.
Terima kasih, selamat beramal dan salam aidul adha..

Papa Mifz said...

baru tau...tq sudi share..

selamat hari rayo haji yer...

pena rozie said...

Terima kerana berkongsi...