Friday, November 11, 2011

alhamdulilah...Terimalah.korban kami

Usai solat raya di masjid Jamiul Rahman, kami bergerak ke pusara ayah dan anakanda Zulkifli yang terletak bersebelahan masjid sahaja. Doa diiringi mudahan ALLAH mencucuri rahmat keatas mereka dan ditempatkan di kalangan orang soleh dan diberi kenikmatan dan keluasan kubur seperti nikmatnya syurga. Doa ini juga di khususkan buat aruah2 tuk2 dan wan2, nenek2 emak/ayah, abang kembar saya-Husain dan Hasaan, anak2 saudara -YusufFirdaus, Huda Hayati, Ishaq, Fatimah , guru2 dan semua saudara mara juga muslimin muslimat yang telah mendahui menyambut panggilan ALLAH. Damai dan bahagialah mereka di sana. InsyaALLAH, kelak saya juga akan menyusulinya
 
Tidak seperti tahun sebelumnya, kali ini ibadah korban keluarga dibuat pada hari raya pertama.   Kali ini mewakili family HJ MANSOR,  ibadah korban disertai oleh mak, kak SitiKhadijah, abg Soleh, kak Rusnina,saya, anakanda Saleh Murshidi dan anakanda Ilyas Tufail.  Syukur genaplah giliran 7 orang mewakili juga seekor lembu untuk disembelihkan. Ibadah korban family ini telah diamalkan ketika ayah masih bersama lagi dan kini diteruskan lagi.IIbadah korban adalah sunnat muakad dan dituntut untuk semua menunaikannya.  Mudahan ALLAH menerima ibadah ini dan pengorbanan ini menjadi satu azam buat semua melakasakannaya lagi ditahun depan. Segalanya kerana ALLAH. Daging sembelihan diagihkan terus kepada jiran2 kg dan sahabat taulan ayah dan emak.
dgn Nama ALLAH..ibadah ini kami mulakan
apa yg penting: kerjasama

Manakala sebahagian tulang di ambil dan menjadi menu tengahari anak cucu cicit yang datang beraya..Hidangan ini juga sebagai  pembuka kenduri korban dan hari raya aidul adha. Daging rebus dicicah dengan air asam dan daging goreng menjadi santapan bersama disampaing ketupat, mee dan nasi himpit.  Keadaan cuaca yang panas bagaikan merestui pengorbanan  dilaksanakan dengan jayanya.

Apa yang istimewanya, usai urusan lembu disempurnakan, seekor kambing peliharaan pula di sembelih. Ia bukan untuk niat korban kerana usianya belum cukup matang tetapi hanyalah untuk makan beramai-ramai. Kredit kepada abang soleh yang meneruskan kesinambungan ayah yang memelihara kambing(sunnah Nabi). Jannapori vs kampong : jannpong. Cantik kan nama tu? Alhamdulilah rezeki namonya...sup daging menjadi santapan tengahari, kambing panggang pulak mnjadi menu malam. Kredit saya berikan kepada semua yang telah membantu menyediakannya  ...

Sayangnya..kamera yang merakam ketika proses panggang kambing tu  ditinggal di kg ats permintaan anak saudara.Lepas ni kena berguru dengan Pakngah Helmi / kak shami skill buat lamb chop.  Hanya ingatan, pengalaman  dan cetusan minda menjadi coretan kembara kehidupan kali ini. Kita layan kambing2 yang ada..pengubat kerinduan pada lamb chop
panjang telinga ala jannapori

ibu dan anak : lambang kasih sayang

 boleh layan daun hijau juga : jom menguyah

2 comments:

Kakzakie said...

Syukur alhamdulillah ain. Tahun ini Raya Haji semua keluarga kumpul rumah kakak tau. Kami buat juga qurban seekor lembu juga dan dilakukan pada hari raya pertama juga sebab nak masing-masing dah nak balik pada Isninnya...

Moga ibadah qurban yg dilakukan diterima Allah ye ain...

ainhany said...

Amin. Alhamdulillah..semuga sama2 kita teruskan ibadah ini. Juga menjadi kesinambungan buat generasi kita...

InsyaALLAH azam untuk tahun depan kita semai sekarang..Muga ALLAH permudahkan perancangan kita

terima kasih kak