Thursday, November 10, 2011

Ranjau Menuju Ikhlas

Bersama Ustazah Nor Hafizah Musa (pensyarah UTM dan penceramah motivasi )
dalam Kuliah Dhuha Muslimat " RANJAU MENUJU IKHLAS"
pada SABTU 12/11/2011, jam 9.15pagi
di Surau Al Mustaqim. (SAM)

InsyaALLAH  kuliah ini akan mengupas secara ilmiah dengan itonansi kasih sayang daripada seorang pakar motivasi yang tak asing lagi. Sama-samalah kita menjadikan hari minggu ini sebagai lapangsasar ilmu di samping bercuti bersama family. Semuga ALLAH merahmati kita   InsyaALLAH jumpa di sana.


SAM kini dalam proses penambahbaikan demi memberi keselesaan kepada para jemaah untuk menunaikan solat dan mengimarahkan surau.  Tatkala menjelangnya ramadan lalu, ruang solat wanita diperluaskan dengan kemudahan aircond dan cat baru. Subhanallah segala dana dan sumbangan diberi telah diguna sebaik mungkin oleh AJK dan pihak yang menguruskan pembangunan surau ini. Sumbangan kepakaran arkitek, pelukis pelan dan sebagainya juga telah mempercepatkan proses pembangunan suarau ini. Walau bagaimanapun, pihak SAM masih mengalu-alukan sumbangan kewangan dari kita. InsyaALLAH kini pembinaan kolah wuduk sedang dilaksanakan dan sama-samalah kita menanam saham akhirat dengan menginfakkan derma untuk pembangunan ini.  Semuga ALLAH mencatatkan amalan pahala ini untuk diri kita, ibu bapa kita dan semua yang kita sayangi sementara masa ada waktu... 

Anda adalah dijemput dan menikmati  sendiri pengisian majlis ilmu dan program-program anjuran surau ini dari masa ke semasa. Alamatnya  SAM ,Jalan AU5C/8, Lembah Keramat, Hulu Kelang, 54200 Kuala Lumpur surau.mustaqim@gmail.com
almustaqim-au5.blogspot.com
Bank Islam : 12113010041674

No comments: