Thursday, November 3, 2011

menghitung hari....

Salam Jumaat yang ke 8 Zulhijjah..cuma ada satu hari lagi untuk kita meraikan hari Raya Haji @Aidil Adha.

Apakah persiapan kita ...?

Kini para hujjaz yang menjadi tetamu ALLAH sedang sibuk mempersiapkan diri untuk berwukuf  di Arafah.. Mereka berlumba mengejar pahala yang ditawarkan. Sila rujuk : ..KEISTIMEWAAN ARAFAH (terima kasih). Mudahan kesempatan dan peluang ini juga akan saya nikmati jua nanti . Insya ALLAH

Tapi bagaimana dengan kita...? lidah dan bibir masih kelu untuk membesarkan ALLAH, bertasbih dan berzikir di samping bermuhasabah. Memadaikah sekadar menghitung hari untuk menyambut raya, bercuti dan berkorban(menumpahkan darah). Marilah sama-sama kita merebut peluang yang ada pada masa ini, tahun ini dgn tawaran pahalanya :

Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.
Rasulullah saw. ditanya mengenai puasa pada hari Arafah. Rasulullah saw.mengatakan, Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (HR Muslim)
..
Subhanallah..hebatnya tawaran ALLAH..Masih adakah Esok? Berkesempatankah kita di tahun hadapan...?? Ayuh sama-sama kita menunaikan ibadah puasa ini..kemunjaknya esok 9 Zulhijjah.
YA ALLAH ampunil diri ini atas kecuaian masa lampau dan akan datang...Alhamdulilah kesempatan berpuasa ini telah saya mulai  beberapa hari sudah..insyaALLAH semuga hingga ke klimaknya KPI ibadah ini dapat disempurnakan. Membayangkan waktu berbuka puasa bersama family di kg ..indahnya nikmat berpuasa sebelum beraya.   SeLAMAt BERPUASA

     Nosrtalgia HAJI 2009 : kredit untuk haji/hajah: cikna/cik zul/maksu/kakteh dan ustaz fuad.



Bumi Arafah :Muga satu hari nnti, saya juga akan berada di sini...di bumi ini dan melaksanakan satu misi
KERANAMU ALLAH kami datang....menjadi tetamu dan menerima panggilannMU

2 comments:

eita said...

assalamualaikum..
insya allah kak...satu hari nati harap sangat dapat pergi sana....

ainhany said...

Waalaikumusalam eita,

InsyaALLAh dik..Mudahan ALLAH permudah dan perkenankan doa kita