Thursday, June 30, 2011

hujung minggu niee...

Jom pakat pi....
---------------------->
 SEMINAR MUKJIZAT ALQURAN
SABTU, 2 JULAI 2011 ( 9 pagi -2.00 petang)
Dewan Seminar , Bangunan PERKIM, Jalan Ipoh

-Pembentang 1
Mukjizat AQ : Dr Ammar Datuk Fadzil

- Pembentang 2
Prinsip Ketidaktentuan Heisenberg vs Ketentuan AQ : Tuan Malim Ghazali
- Pembentang ke 3
Mukjizat Sains dan AQ : Dr Jamnul Azhar Milkan

- Pembentang ke 4
Mukjizat ICT/komputer dalam AQ : Tuan Khalid Yong

ANDA DI JEMPUT HADIR
maklumat lanjut 
sdra Azmi: 0133840710 
sdra Dzulkhairi: 0132968703

 ------------>PROGRAM AHAD pulak..
di masjid besi...

JUGA PROGRAM SYAABAN bersama 
TUAN SHEIKH NURUDDIN
di YAYASAN AL BUKHORI, ALOR SETAR 
Mulai 3 hb - 7 hb JULAI 2011.
SEMUA ADALAH DIJEMPUT 
Mudahan di antara hadirin yang memakmurkan program ini juga adalah di kalangan kaum keluarga ku..Betapa rahmat dan bahagianya dikumpulkan kita lagi untuk program ini..Semuga ALLAH rahmati semua. Kepada yang tak tahu, saya sampaikan dan mengajak semua...cubalah hadir di bersama di laman2 syurga ini, pastinya akan dirasai auranya dalam majlis ilmu. Tuan guru juga lazim nya mangkatamkan kitab yang dibacakan..Nak tahu lebih...kenalah hadir..Hanya di kedah tau..Semuga Kedah negeriku terus aman.


YA ALLAH , rahmatilah dan sempurnakan program2 yang telah di rencanakan ini . Semuga semua saudara2 saya dapat mnghadirinya dan memilihnya mengikut kesempatan dan kelapangan..

Wednesday, June 29, 2011

Bukan sekadar satu perjalanan..

Alhamdulilah.Terima kasih ALLAH yang telah memudahkan perjalanan saya semalam untuk menghadiri program yang warwarkan di masjid TAR .Terima kasih juga buat Tuan Haj Rozali Pemilik PHD yang sering singgah di sini dengan kata2 semangatnya.

D'va tiba sebelum maghrib dalam kawasan masjid. Alhamdulilah inilah nikmat kelapangan dan kemudahan.
Kehadiran jemaah memang sepertii dijangka...berpakaian serba putih dan semakin ramai dari masa kesemasa.Namun kelapangan dan keselesaan masih dirasai..Memadailah saya katakan majlis ini mnghimpunkan pelbagai darjat dan latarbelakang, warna kulit dan ras. Namun segalanya atas SATUwadah .Qasidah dan burdah dari pelajar al Maliki menghiasi suasana majlis selepas maghrib sebelum ceramah bermula.

Sama-sama kita kongsi tentang kandungan ceramah Al Munsnid Dr Muhammad Taufiq bin Taisir Al makhzumi Al husaini, ulamak Turkey yang dikagumi ini. Intonasinya mendatar tetapi bersulam ilmu dan merendah diri..Seorang ulamak yang mempunyai nasab keturunan Rasulullah dan Sheikh Abd Kadir Jailani. Tegasnya, malam tadi adalah malam yang amat penting kerana terencananya Isra dan Mikraj.Ianya bukan satu perjalanan biasa...tpi inilah malam kekasih bertemu ALLAH


27 Rejab satu keistimewaan.  ALLAH amat memuliakan kekasihnya dan dibenarkan menemuinya..Hatta Jibrail pun terpaksa mengalah. Inilah hikmahnya bila ALLAH memuliakan seseorang, pasti akan dekat dan dipermudahkan.  Nabi Muhammad telah terpilih dan dirahmati darjatnya seperti mana yang di ceritakan dalam AQ( salah satu kesempurnaan AQ). Perintah terhebat adalah menerima mahar SOLAT buat ummah. Betapa tingginya hikmat solat ini disampaikan langsung kepada Rasullulah.  Merujuk pada surah isra, juz 15, ayat 1, ALLAH telah memperjalankan atau kembaraan Rasullulah ini adalah dengan izin ALLAH dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Ini satu kembaraan  yang luarbiasa  yang memperlihatkan  tanda2 kebesaran ALLAH. Maka jgnlah kita mensia2kan perintah solat ini dan sentiasalah berselawat dan mempelajari hadis untuk memurnikan lagi tatacara solat kita. Terkandung juga 1001persoalan tentang bumi Palestin yag barokah ini.

Al-Musnid Dr. Muhammad Taufik Bin Taisir(foto di ambil d sini)
Al-Musnid Syeikh Majid Rasyid al-Jailani(Ulama' Iraq)Foto ambil dsini
Sebelum mengakhiri, tuan sheik mengajak para hadirin ber'qasadah dan burdah" versi Arab bagi membangkitkan semangat kecintaan pada Rasullullah. Terasa satu kemeriahan betapa diri ini terpilih untuk menghadiri program seperti ini. Dalam penghayatan doanya para jemaah pula di ajak berada dalam keadaan duduk antara dua sujud dengan memejam mata sambil menutur tasbih dan memperbaharui mengucap.....mengikut bacaan yang disampaikan.. Memang auranya  amat berbeza. 


Tuan Sheikh juga mengatakan, sekiranya dia dalam bahagia di akhirat kelak, pastinya hadirin yang ada  juga akan ditarik tangan untuk bersamanya dan sekiranya hadirin berbahagia tariklah tanganya juga ....Subhanallah betapa mulianya hati tuan sheikh pakar hadit ini. Semuga kita terpilih untuk mendapat syafaat Nabi Muhammad dan rahmat dari alaim ulamak juga.

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada pihak masjid TAR yang telah mengadakan majlis ini dengan penuh penghayatan dan sempurna dgan penterjemah bahasa yang hebat. Bukan mudah tugas menterjemah dari huruf ke huruf berbangding rangkuman ayat...Semuga ALLAH merahmati dan menganjari jua. Tak kurang juga sebelum pulang menu yang hebat untuk santapan...Alhamdulilah
Wallahuaklam.

Sumber foto Tuan Sheikh : HANIFSALLEH

Bersama Al Muhaddits Sheikh ...

Khatam Kitab 40 Hadis bersama Al Muhaddits Syeikh Muhammad Ibrahim Kattani


JADUAL MAJLIS TA’LIM AL-MUHADDITS SYEIKH MUHAMAD BIN IBRAHIM KITTANI AL-HUSAINI
29/6 (RABU) – 7.30pm – Masjid al-Falah, USJ
30/6 (KHAMIS) – 7.30pm – Masjid UIA (Matrikulasi), Petaling Jaya
1/7 (JUMAAT) Khutbah Jumaat – Masjid UIA Gombak
9.00pm – Pusat Pengajian Ba’alawi KL (Pembukaan Bacaan Kitab 40 Hadith Kattani)
2/7 (SABTU)
9.00am – Sambungan Bacaan Kitab 40 Hadith Kattani
7.30pm – Sambungan Bacaan Kitab 40 Hadith Kattani
3/7 (AHAD)
9.00am – Sambungan Bacaan Kitab 40 Hadith Kattani
7.30pm – Pengkhataman & Pengijazahan Bacaan Kitab 40 Hadith Kattani, Qasidah & Selawat

Pengajian Bacaan Kitab “40 Hadith Kattani” berlangsung di tempat yang sama di

Pusat Pengajian Ba’alawi KL
  di No 9,Jalan UP 2A Prima Ukay, Saujana Melawati 53100, Kuala Lumpur

temujanji 30 Jun ini

  FORUM BICARA REMAJA
  akan di adakan di Masjid Bukit Indah, Ampang
pada Hari Khamis 30 JUN 2011, selepas Maghrib.

Ahli Panel
WARDINA SAFIYYAH, pengacaraTV3
SHAM KAMIKAZE 

Moderator:
 USTAZ FARHAN (Pendakwah Bebas)
Semua dijemput hadir. 

..................................
FORUM BICARA MINDA ISRA dan MIKRAJ
"Penghayatan Di Sebalik Tabir Perjalanan"
Khamis, 30 JUN 2011, selepas Maghrib
Masjid Wilayah Persekutuan, KL

MOderator
DR AHMAD TERMIZI ABD RAZAK (Juri Imam Muda Astro)

Ahli Panel
USTAZ ZAIDI RAMLI ( KPP, JAKIM)
USTAZ ABU HASSAN ASH'ARI ZAKARIA ( Pensyarah Kolej MARA)
Anda semua di jemput Hadir Beramai-ramai
....---------------------------
SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ
SURAU AL MUSTAQIM (SAM) 
Khamis, 30 JUN 2011,
Aturcara:
  • Majlis berbuka puasa sunat Rejab (Jamuan Beriani Udang)
  • Bacaan AQ : USTAZ AHMAD TERMIZI (Juara AQ)
  • Bacaan Qasidah
  • Ceramah Perdana : USTAZ MOHD DASUKI ABD RANI( Personaliti IKIM fm, TV(& Astro) 
Jamuan makan kambing aqiqah turut disediakan
Datang!!! jangan tak datang!!!..Anda semua adalah dijemput
.
-----------------------------
JUGA DISINI: CERAMAH UZAR
-------------------------------------
Saya mewarwarkan program2 ini untuk sahabat semua.
Sekiranya ada kelapangan ( jika tiada sila setkan), sama-samalah kita imarahkan program yang dianjurkan oleh pihak2 yang bertanggungjawabkan. Pilihlah di antara program2  santapan jiwa untuk 30 JUN /malam khamis ini. Jadilah kita ummah yang mencintai ALLAH dan mengasihi junjungan besar Nabi Muhammad saw dan bersama2 mengambil iktibar disebalik isra mikraj.
Bukan sekadar satu perjalanan.. 

Tuesday, June 28, 2011

Jom pi masjid darul ehsan

 Kuliah Tuan Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al Maliki
di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR Ampang, Ampang, Kuala Lumpur
Selasa, June 28 · 7:30pm - 10:30pm
  
Juga Majlis Sambutan Isra' & Mi'raj
Bersama Al Musnid Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al Maliki, 
Al Musnid Dr Muhammad Taufiq Taisir Al Makhzumi (Ulama Syria) &
Al Musnid Syeikh Abdul Majid Rasyid Al Jailani (Ulama Iraq)
-----------------------------
lautan hadirin serba putih menghiasi  majlis di MN
 Info ini saya terima sempena menghadiri  Majlis Pengkhataman  Bacaan Kitab SAHIH AL BUKHARI pada 26 jun lalu di Masjid Negara. Seputar bersama majlis pengkisahan seorang imam besar juga muhaddith agung.  Abu Abdilah Muhammad ibn Ibrahim Ibn Al Mughirah ibn Bardizbah al bukhori..Ianya lebih dikenali dengan pangggilan iman Al bukhori. Antara penceramah undangan adalah ulamak yang didatangkan dari  Syria (Dr Muhd Taufiq)yang turut mengulas beberapa hadis dan mengijazahkan kepada hadirin. 
Sejarah membuktikan imam Bukhiri seorang yang amat hebat, memililki  kekuatan hafalannya, kehalusan riwayatnya dan ketinggian himmahnya dalam melakukan penelitian sehingga akhirnya neliau menjadi mercu tanda hadis.
Semuga ALLAH menyeliputi rohnya dengan rahmat dan keredaannya. 
Jadi untuk mengetahui lanjut tentang isra dan mikraj pula apa kata kita ke sini pulak malam ni dan insyaALLAH bertambah2 ilmu yang dapat kitra kongsikan..
Amin
diakhiri dengan ceramah isra mikraj dan berselawat
 YA ALLAH,  hamba yang faqih ni ingin menghadiri majlis ini...permudahkanlah perencanaan ini dalam kesibukan ditempuhi..wallahuaklam 


Monday, June 27, 2011

bersama d' Al Falah

YA ALLAH aku berlindung dariMU
Dari Ilmu yang tak bermanfaat,
Dari Hati yang tak kusyuk,
Dari Nafsu yang Tak pernah puas
dan dari Doa yang tak dikabulkan
(HR Muslim, Abu Dawud,Nasai. Ibnu Majah, Termidzi)

Ini doa yang biasa kita dengar dan pernah diaminkan...Saya kongsikan sekali lagi doa ini untuk amalan bersama. Ini juga titipan doa dari majlis ilmu yang dihadiri hujung minggu lalu..Biarpun ianya kali pertama saya hadiri namun amat2 bermanfaat. Terima kasih pihak muslimat Masjid AL FALAH USJ9dan Ustazah Alina Al Munawar yang mengisi program ilmu ini dengan lancar dan petah sekali berbahasa Arab .
Mengupas dari buku  "DUHAI ANAKKU-wasiat IMAM ALGHAZALI untuk murid kesayangannya." Ustazah mengupas dengan jelas dan tutur bahasanya begitu lembut dan sopan...
KLIK UNTUK IMEJ YANG LEBIH JELAS..boleh kan?
 InsyaALLAH saya akan cuba masukkan agenda majlis ilmu ini dalam diari hidup untuk bulan depan..Kuliahnya setiap SABTU minggu ke 4 setiap bulan.
Mengakhiri majlis para muslimat diajak bersama-sama burdah, diiring muzik yang dibenarkan didatangkan langsung dari indonesia bersama ustazah. Pujian terhadap Rasullulah perlulah diulangbicara selalu dan berselawatlah mudahan mendapat syafaat rasul jua nanti. SElawatlah kita untuk kekasih ALLAH...ianya bukan sekadar untuk di ucapkan tetapi juga untuk meningkatkan kecintaan pada nabi Muhaammad SAW.

Oleh itu saya mngajak kepada para remaja, adik2, kakak2, wanita2, ibu2 yang dikategorikan sebagai muslimat  untuk mnghadiri majlis ilmu ini di lain bulan.InsyaALLAH selagi ada niat , pasti ALLAH telah mncatatkan sahamnya di sana dan semuga dipermudah dan digerakkan hati2 mencintai majlis ilmu.
Wallahuaklam

Waallahuaklam

Isra d' masjid SABA

Jom kita setkan temujanji  ini:

Ceramah Isra Mikraj bersama Dr UZAR
30 JUN 2011
Masjid Abu Bakar As Siddiq , Bangsar
MUDAHAN ALLAH MENDORONG KITA UNTUK TERUS KE MAJLIS ILMU
DAN TINGKATKAN AMAL DARI MASA KE SEMASA.

Friday, June 24, 2011

Bersama Imam Muda di MWKL

Jom ke MASJID WILAYAH KL
................................

JAM 9.00 malam ini.24 JUN 2011
Ceramah Perdana oleh Ustaz Osman Ibrahim
.......................................................

  25JUN 2011
Qiyamullail bersama ustaz Osman Ibrahim dan Imam Muda (Jam 3.00 pagi)
Azan subuh oleh imam muda Ali
Solat subuh imam muda Fadli

Kuliah subuh oleh Ustaz Dato' Hasan Mahmud

............................
BERSAMA Imam Muda....
dalam satu legarsi mencari reza ALLAH
Muga nikmat hidup ini kita syukuri bersama..
Jumpa di sini insyaLLAH

KOmen: entry ni terlewat dimaklumkan kerana kesibukan  .Saya mhn ampun atas kelewatan ini tetapi degan penuh takzim saya juga mnjemput sahabat2 semua menghadirinya dan salinglah kita mendoakan sesama..Muga banyak inpUt dari tokoh2 ni dapat dikongsikan.............

Thursday, June 23, 2011

Hujung Minggu ni di SA

Majlis ilmu di Masjid  Shah Alam-Masjid Negeri Selangor pada minggu ini:

1. BICARA ADDIN 25 JUN 2011 
   6.45pagi di bilik seminar

2. FORUM PERDANA 25 JUN 2011 
 Selepas maghrib di dewan solat bawah
    Tajuk : "Mengisrakan Ummah"
  bersama Ustaz Haslin Bahrin dan  Ustaz Dr Azhar Yaakob
dan
Pelancaran Tabung Amanah Pembangunan Islam  
oleh YAB MB Selangor

3. Qiyamullail Perdana AHAD 26 JUN 2011 
Bermula jam 4.00 pagi

Sekiranya anda memerlukan suntikan jiwa dan minda tenang , ayuh bersantailah di majlis ilmu ini..Ianya percuma dan untuk semua...Terbuka...Semuga ALLAH sembuhkan sakit anda dan dipermudahkan urusan agar  dapat mengahadiri program ini...
Tiadak ada paksaaan dan ugutan...Jika ini bermanfaat hebahkanlah dan samalah meramaikan dan mngimarahkan program di sini...wallhuaklam

Tuesday, June 21, 2011

Halal atau haram??

KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.


Nie dia  2 jenis sauce ni, sila lihat gambar di bawah.


Tak berani nak sebarkan fitnah tapi nak  ajak masyarakat peka. Bukan Utusan Malaysia  saja yang menyiarkan berita tersebut.  Rujuk juga  berita dari sumber lain:
The Star : Revoke sale of products found with pig DNA
Malaysia Kini : Government must be stringent in issuing halal certification
Berita Harian : Kerajaan mesti tegas keluar sijil halal kepada produk diragui

Astaqfirullahal azim...Semuga ALLAH ampuni dosa dan kecuaian kita dalam memilih makanan ini. Andai semalam kita pernah menjamahnya di restoran makanan segera khususnya....cukuplah itu yang terakhir....Semuga kita tak alpa lagi. Akan pasti selepas ini ada penafiannya namun begitu bagi mengatasinya elakan dari yang diragui ..itu menjadi syubhat..wallhuaklam

Monday, June 20, 2011


 
Sahabat
lama menyepi
 tanpa menganyam diskusi
lara yang tak pasti

Friday, June 17, 2011

Temujanji 18 JUN

1)  MASJID NEGERI SELANGOR -BICARA ADDIN
jam 6.45 pagi
Bersama Ustaz  Rashidi Jamil
Datangla beramai-ramai.
............................................


2.) WANITA Pertubuhan  IKRAM MLAYSIA dan WP menganjurkan
Seminar Ibu 2011 
18 JUN 2011
Jam 8.30 pagi - 1 thgri
ANJUNG A, MASJID WP, JLN DUTA 

Antara yang menarik :
"Menimba Menimba hikmah daripada ibu-ibu yang terbilang" oleh Dr Hafidzah Mustakim

Forum "Ibu, kaulah inspirasiku; syurgaku di bawah telapak kakimu"
Ahli panel :
1)Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim (IKRAM)
2) Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus ( AQSA SYARIF-IKRAM)
3) Ir. Hjh Endok Sempo (WIRDA)

Yuran yang dikenakan hanyalah RM 5.00 sahaja

Untuk Pendaftaran sila Hubungi :
0192805499 (Pn Julie Rosieta)
0196023610 (Pn Ea'anon Ibrahim)
0146319191 (Cik Rose Jazimah)

Jom kita pakat pi....tingkatkan ilmu terus aplikasi..InsyaALLAH
......................................

3.)  Bersama  Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz as
Kuliah selepas Maghrib
Surau SAM( klik lokasi)

(tak kan tak kenai ustaz kazim ...ceciter???kita bakor jer...)
Sudi-sudilah hadir
  Ini antara program yang ada dan saya kongsikan untuk hadir. Jadikan SABTU hari cari ilmu dan santaijiwa
InsyaALLAH mudah-mudahan dipermudahkan urusan untuk menghadirinya
Amin

Thursday, June 16, 2011

Seputar di Cerapan Bulan

ALHAMDULILLAH..
Saya sampai ke lokasi sekitar jam 1 pagi..Banyak kereta di parkir di tepi2 jalan sekitar MN  dan Bangunan JAWI/TV hijrah. Terdetik juga kemungkinan d'va perlu diletak di atas bukit ke Planetarium. Leceh la atas bukit. Parking kawasan masjid pulak ditutup, jadi mau terpaksalah ke depan lagi..Syukur D'va dapat tempat tak jauh dari Muzium Kesenian. Jadi kenalah menatap bertapak..Syukur dia selamat bermalam di sini..( Susah juga bila hati mncintai dunia ek..)


Pandang ke langit, Subhanallah..indahnya bulan purnamaku..!!.Seolah-olah  bulan juga sedang melihat gelagat kita. Cahayanya menerangi langit dan bumi . Kata mak itulah maknanya bulan penuh. Ikutkan bulan islam pun hari 14 mengambanglah sang rembulan.
 
Melangkah masuk Opp da kaunter pendaftaran la...Sila daftar dulu...isikan nama dan tandatangan, kemudian  diberikan pamplet tentang cakerawala (menarik) dan no. cabutan bertuah (ade door gft hilangkan mengantuk hihi). Terima kasih PLANETARIUM yang menceriakan malam pencerapan. Aktiviti pencerapan diserikan dengan kuiz dan cabutan bertuah...
Tenguk sekali lagi  :this is your lucky Earth number 909 ..Lucky ke 909..Cantik dipandang, diterbalikkan menjadi 606...tak pe tunggu hingga akhir..


Aktiviti pencerapan telah bermula..Saya kira ramai juga yang mengunjung dataran  masjid ini. Memandangkan hari bekerja, saya tabik la kepada peminat2 astronomi khususnya dan  semua yang mengambil kesempatan menyaksikan pencerapan yang dianjur oleh ANGKASA-PLANETERIUM- MSJID NEGARA. Staff planeterium yang bertugas mengenakanbBaju T hitam berlatar belakangkan gerhana bulan penuh..(mesra sains tapi kurang mesra dengan dgn mynorkya). Pengunjung juga ada pelbagai peringkat usia dan satu Malysia.

Dengan mata kita boleh memandang ke langit menyaksikan berkembangan pergerakan gerhana bulan, atau pandang ke hadapan menerusi skrin besar yang disambung ke salah satu teleskop untuk melihatnya dengan lebih jelas disertakan dengan penerangan atau menyentuh/ meneropong sendiri menerusi teleskop yang disediakan. Ada juga diantaranya yang membawa teropong binokular , ia akan membantu membesarkan imej yang dilihat cuma ia bersifat peribadi, berbanding telescope yang bersifat jamaah..  Rasa saya  ada lebih kurang 10 biji  teleskop disediakan untuk pelawat meneropong ke angkasa.  Ada diantaranya di tandakan dengan nama2 bintang yakni musytari, Marikh dan zurah sbb selepas jam 4 adalah mencerap bintang2 tersebut..
tenguk langit, lihat skrin, dengar penerangan 
Subhanallah..bulan penuh dan bercahaya sekali
teleskop aka teropong terowong ke angkasa
di langit
Menurut maklumat, fenomena ini juga dapat disaksikan menerusi camera satelit live yang dihubungkan  di website tertentu atau menerusi website planetarium juga ada jaringannya. Oleh itu ada pelbagai cara untuk menyaksikannya secara live untuk fikir dan zikir tanpa perlu berembun tetapi pastikan internet bersambung...

Gerhana bulan terjadi apabila bayang Bumi menghalang cahaya Matahari daripada sampai ke Bulan. Ketika itu bulan akan berada bertentangan dengan bumi dan terlindung dari cahaya matahari.  Ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan menghilang. Gerhana Bulan hanya berlaku ketika bulan berada di fasa bulan penuh dan apabila Matahari, Bumi dan Bulan terjajar dalam satu garis lurus atau sangat2 hampir dengan kedudukan bumi berada di tengah2. 
( INI FAKTA BUKAN AUTA)

Bulan mula memasuki penumbra

Foto diatas sekitar jam 220 pagi dan para pencerap (pengunjung boleh  di anggap pencerap ?)   menantikan dengan sabar pergerakan bulan ini.Tempuh masa gerhana juga bergantung kepada kedudukan bulan yg relatif kpda nod orbit. Saya merenung sang bulan, memperbaharui istiqfar dan  takbir mengkagumi ciptaanNYA. Subhanallah...Selama in kita tak pernah menjadikan bulan sebagai perhatian kerana adanya sumber elektrik yang menerangi. Namun bayangkan andainya kita berada di lautan kelam. Bulan menjadi lebih bererti..Kini  seolah-olah bulan pulak memerhati karektor setiap kita...apakah yang manusia peduli ? Adakah selama selamanya manusia kan berterusan melakukan kemungkaran atau mensyukuri ALLAH??

Memandangkan solat sunat khusuf akan bermula jam 3 pagi ,saya mengatur langkah masuk ke masjid. Indahnya waktu2 ini dipenuhi dengan solat dan berdoa. (waktu-waktu mustajab berdoa- Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur)..Menyusuri  geleri pameran dalam kawasan masjid negara itu, ada di antara pengunjung yang telah merebahkan diri mereka di tepi2 tiang. Anak2 kecil juga enak dibuai mimpi. (Tidur dimasjid juga dikira ibadah jika berniat iktikaf). Tidurlah kerana ia juga satu cara merehatkan diri dan melegakan minda.

Sepanjang menunaikan solat gerhana tiada langsung rasa mengantuk menghantui. Saya menggunakan waktu ini sebaiknya. Alhamdulillah. Seketika kemudian saya ke anjung untuk melihat perkembangan bulan. Namun , bulan malu untuk menunjukan wajahnya....Malu dengan penyaksian manusia2 yang banyak dosa lantas ia berselindung di balik awan....Inilah hakikatnya..awan yang baik terus menyeliputi bulan sehinggalah agenda meneropong ke jupiter(musytari), Mars(marikh), dan venus(Zurah) tak dapat diteruskan. Terkenangkan pengalaman  menyaksikan cantiknya kerdipan bintang zurah bila disaksikan dengan teropong jarak jauh yang di zooooom inkan....Subhanallah..hanya jauhari yang mengenal manikam...:)

Sebagai alternative, pihak Planetarium telah menggantikan dengan memaparkan fenomena gerhana live dari Dubai . (livelunarspace). Inilah  fenomena gerhana bulan penuh iaitu apabila bulan berada di umbra dan berwarna merah. Warna merah ini  dipengaruhi oleh kesan debu2 dan awan yang hadir di atmosfera bumi. ( ingat jawapan dari soalan kuiz yg dikemukan)  Kesan letusan gunung berapi juga menjadi punca kemunculan warna merah ni.
tenguk gerhana di Dubai
dari hujung jarii dipaparkan..

 ALHAMDULILAH. Usai subuh saya terus bergerak ke opis. Kepuasan jelas dihati walaupun lucky draw yang tak lucky dengan aksi bulan yang malu2.  Fenomena GERHANA BULAN PENUH ini akan berulang lagi tahun ini. Kita kembali mencerap pada Sabtu, 10 DISEMBER 2011 ( hari cuti tuu).Mudahan berkesempatan lagi.....

Alhamdulillah,. terima kasih ALLAH yang telah memberikan semangat, kesihatan dan kemudahan biarpun hanya seketika tidur sebelum ke MN. Tanpa rasa mengantuk tika di pejabat dgn menyempurnakan puasa Rejab besrta yasin /tahlil di SAM.(insyaALLAH lain kali ye berbuka di sini). Berkesempatan menghadiri kuliah Dato Ustaz Taib Azamudin dengan ulasannya tentang istiqamah yang memerlukan KECEKALAN, KEYAKINAN , KEKUATAN dan KESUNGGUHAN  dalam ibadah. Indahnya hari ini...

Petang ni di SAM

SURAU AL MUSTAQIM 
dengan hormatnya menjemput tuan/ puan 
ke majlis BERBUKA PUASA SUNAT KHAMIS BERSAMA PELAJAR TAHFIZ
pada Khamis 16/6/2011 bermula jam 6.30 petang ( yasin dan tahlil)

KULIAH KHAS akan disampaikan oleh 
USTAZ DATO TAIB AZAMUDDIN
selepas maghrib

ANDA  
DIJEMPUT BERSAMA 
Mudahan ALLAH memudahkan kita untuk ke program ini

alamat klik

Nak tau sapa ustaz Taib Azamudin????
Kluenya; Dia orang kena Baling, salah seorang guru tasauf" AL HIKAM yang pernah mengajar saya satu ketika dulu...
ok cari yer...

Gerhana Bulan Penuh :Fakta

Ini fakta kejadian yang telah benar-benar  berlaku 16 JUN 2011 dan telah dirakamkan.


Konsep dan keterangan

Gerhana bulan hanya akan berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan akan memasuki bayang bumi dan menghilang.

Gerhana  bulan  penuh  berlaku  apabila  bulan  memasuki  kawasan bayang umbra bumi.  Gerhana  bulan  penuh  16  Jun  2011  bermula  dengan  bulan  memasuki  bayang penumbra  pada  jam  1:25  pagi seterusnya  bayang  umbra  pada  jam  2:23  pagi.  Tempoh berlakunya keseluruhan gerhana adalah 5 jam 34 minit. 

Selain  gerhana  bulan  penuh  pada  16  Jun  2011,  terdapat  juga  gerhana  bulan separa dan penumbra. Gerhana bulan separa (partial) berlaku apabila sebahagian bulan sahaja  yang  masuk  ke  dalam  bayang  umbra  bumi  dan  sebahagian  lagi  berada  dalam bayang penumbra bumi sepanjang fenomena berlaku. 

Manakala  gerhana  bulan  penumbra  (penumbral)  berlaku  apabila  bulan  masuk  ke dalam bayang penumbra bumi tetapi tidak masuk ke dalam bayang umbra bumi. Gerhana jenis ini sukar dikesan dengan mata kasar.


lanjut di Sumber(terima kasih) : MINDA INSAN