sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Thursday, July 30, 2009
catatanbuatsahabat
Walaupun begitu dalam proses mengenali sahabat ia harus diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur,disakiti, diperhatikan, dikecewakan, didengar, diabaikan, dibantu, ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian..tidak dan tidaaak!!
Kerinduan ....
Ya ,..inilah jawapan bila ia terus menyepi,
tanpa membisikan semangat dan tanpa bertanya khabar .
Mungkin kesibukan antara tugas dan komitmen rumahtangga menghadkan persahabatan kita.
Walaupun kita berjauhan dan jarang bertemu, tapi inilah cara kita kerana kita pernah ditakdirkan untuk bertemu dan bermesra dan bagaikan bersaudara hubungan kita.
Semuga ALLAH memelihara hubungan kita kerana persahabatan kita kerana ALLAH. Kebahagiaan mu, keselamatanmu dan kesihatanmu adalah dibawah pemeliharaan ALLAH.
Semuga sahabatku selamat senantiasa. Ya ALLAH peliharakan persahabatan kami.
NOTA....terimakasih sahabat kerana membaca luahan hati ini.......
Wednesday, July 29, 2009
Sakit tanda sayang
Dari Abdullah r.a katanya:
”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda,” Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”
(Muslim)
Buat orang-orang yang kini sedang di uji atas nama "sakit", "tak sihat" dan sebagainya terimalah hadith ini sebagai penawar. Walaupun perit tetapi dalamilah nikmat ketika menghadapinya. Maaflah andai saya hanya bijak berkata-kata tetapi disegi realitinya saya juga seperti "kamu". Sokongan moral bagaikan penawar di tika sakit menjengah kecuali "kepura-puraan" . Sesungguhnya sakit fizikal masih boleh dirawat berbanding sakit yang tak nampak dimata, tak terkesan dik deria dan tak terjangkau dik firasat. Saya mendoakan semuga semua kembali sihat dan ringan menyempurnakan kebajikan..(cu syg org yg syg ALLAH)
Monday, July 27, 2009
wabak?
segalanya gara2 HINI....
takutnya kita bila wabak ini menular
apa kabar angah Farhana?
abg Pul?
hemmm
Sunday, July 26, 2009
Bicara Ad Deen
Setiap tahun kita secara tabie akan mengulangi semula cerita tentang isra dan mi'raj.
Perintah bersolat telah diterima secara langsung oleh Rasulullah SAW dan ia berlaku ketika baginda menjadi tetamu Allah dalam peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab (tahun ke 11 baginda dilantik sebagai Rasul). Namun sejauh manakah penghayatan anugerah ketentuan ALLAH ini kita dominasikan?
Peristiwa Israk Mikraj iaitu peristiwa perjalanan malam Rasulullah dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa (Israk) dan kemudian baginda naik ke langit dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha (Mikraj). Takdir ALLAH peristiwa ini boleh mencabar keimanan manusia, kerana logik akal dan tabie manusia sukar mempercayainya. Tetapi dengan keyakinan dan akidah yang tinggi seperti khalifah Abu Bakar r.a(As siddiq), persepsi roh dan jasad Nabi Muhammad diperjalankan dengan izin ALLAH adalah BENAR. Tetapi hari ini "seolah-olah" ibu2 dan wanita (mandul) gagal melahirkan Abu Bakar ke 2? Kenapa?
Dunia juga semakin parah akibat sains dan teknologi yang tidak berteraskan agama ISLAM dan ilmu kejiwaan. Pendekatan dan teori SAINS adalah ilmu yang keterbatasan kerana ia sekadar memahami tabie ilmu alam. Seperti apabila satu barang dilontar keatas, ia pasti jatuh ke bawah. Jawpan dari sudut fizik adalah tarikan daya gravity, momentum, force, energy, frekuensi dan kelajuan. Teori sains hanya memberi jawapan mengapa tetpi siapakh PENCIPTAnya?(WHO CREATE). Segala peristiwa bantuan ALLAH terhadap para rasul-rasulnya seperti api,tongkat,pedang,dll yang berubah dari tabie sebenar adalah atas perintah ALLAH(THE CREATER). Degilnya umat sekarang menolak kebenaran sehingga memisahkan keyakinan pada ALLAH. Justru itu mari kita bina persepsi dari AlQuran dan warisan yang harus dipraktikkan. Apakah kesannya isra mikraj masa kini?
Kejayaan Solahuddin Al Ayubi seorang panglima islam, pejuang, mujahid, tokoh ilmuan dalam pembebasan bumi Palestin dan Kota Baitul Maqdis selepas 60 tahun dijajah harus diulang. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 27 Rejab 538H . Padanya terkumpul sifat-sifat berani, wara’, zuhud, khusyu’, pemurah, pemaaf, tegas dan lain-lain sifat terpuji. Para ulama dan penulis sejarah telah memberikan kepujian yang melangit. Sifat pemurah dan pemaafnya diakui oleh lawan mahupun kawan.
Beliau menghabiskan waktunya dengan bekerja keras siang dan malam untuk Islam. Hidupnya sangat sederhana. Minumnya hanya air kosong, makanannya sederhana, pakaiannya dari jenis yang kasar. Beliau sentiasa menjaga waktu-waktu solat dan mengerjakannya secara berjamaah. Dikatakan bahawa beliau sepanjang hayatnya tidak pernah terlepas dari mengerjakan solat jamaah, bahkan ketika sakit yang membawa pada ajalnya, beliau masih tetap mengerjakan solat berjamaah. Sebaik saja imam masuk berdiri di tempatnya, beliau sudah siap di dalam saf. Beliau suka mendengarkan bacaan Al-Quran, Hadis dan ilmu pengetahuan. Dalam bidang Hadis, beliau memang mendengarkannya secara teratur, sehingga beliau boleh mengenal jenis-jenis hadis. Hatinya sangat lembut dan pemurah, sering menangis apabila mendengarkan hadis.
Seluruh kaum Muslimin yang menyaksikan kewafatannya menitiskan air mata apabila Sultan yang mengepalai negara yang terbentang luas dari Asia hingga ke Afrika itu hanya meninggalkan warisan 1 dinar dan 36 dirham. Tidak meninggalkan emas, tidak punya tanah atau kebun. Padahal berkhidmat pada kerajaan berpuluh tahun dan memegang jawatan sebagai panglima perang dan Menteri Besar sebelum menubuhkan Emirat Ayyubiyah.
Kain yang dibuat kafannya adalah betul-betul dari warisan beliau yang jelas-jelas halal dan sangat sederhana. Anak beliau yang bernama Fadhal telah masuk ke liang lahad meletakkan jenazah ayahnya. Dikatakan bahawa beliau dikebumikan bersama-sama pedangnya yang dipergunakan dalam setiap peperangan agar dapat menjadi saksi dan dijadikannya tongkat kelak pada hari kiamat. Rahimahullahu anh.
Ayuh saudaraku....Kembalikan Generasi Solahuddin aL Ayubi !!!!
Bumi Palestin harus dibebaskan dari diratah penjajah Yahudi Zionis yang kelaparan tanah dan dahagakan darah warga Palestin. Marilah selamatkan masjil Aqsa, kiblat pertama umat Islam....Hikmah disebalik setiap kejadian ALLAH jua yg mengetahuinya. w'aklam
Nota kaki: Catatan ini adalah antara intipati forum isra mikraj dan kepentingannya yg diadakan di masjid wilayah. Ketokohan moderator(ust mahathir saharudin) dan ahli panel seperti pakar fizik-dato prof yusuf othman, tokoh agama-ust roslan muhd(um) dan ust zamri zainal abidin (ikim) memang di kagumi. Sessi ilmiah ini membincangkan sesuatu kelainan yang lebih bersifat global. Semuga dapat di fikir-fikirkan dan TERIMA KASIH ALLAH.
happy birthday dik Pai
Selamat Hari Lahir
Selamat menjadi anak soleh
Selamat menjadi pendidik yg membentuk peradaban ummah
Semuga Selamat di DUNIA DAN AKHIRAT dalam keberkatan
Ilyas Tufail...........
seindah pengorbanan nabi ilyas......
& sabahat nabi yg juga perjuang dan berjuang kerana ALLAH....Tufail
amin
Friday, July 24, 2009
ohh Jamnapari 1
Ini adalah spesis kambing yang baru dibela. Menurut kata dik da, kambing ini dibela kerana abg ahmad husaini suka dengan kambing ni yang manja. Sekali pandang mcm kaldai tapi melihatkan telinganya mengingatkan
kepada serigala pun ada. Oleh kerana itu pembesaran kandang yng sedia ada sedang dilakukan oleh abg mat dan abang soleh. Kiranya ayah masih ada tentunya ayah gembira kerana ayah amat menyanyangi kambing2nya ..andai sakit di ubati, andai patah di tongkati, andai berulat dirawati, andai kecil disusui dengan susu everyday.....dan andainya ada cucu/cicit baru dilahirkan kambing ni lah bakal dikorban aqiqahi. Yang utama......nabi juga seorang pengembala kambing dan ayah juga mencontohi sunnah nabi kita. Ketahuilah ayah......selang seminggu selepas ayah pergi.....seekor kambing kita telah di timpa kecelakaan (excident) dan sempat disembelih yang akhirnya menjadi kenduri anak cucu.. ..Pun begitu adakah satu suratan atau kebetulan??
Thursday, July 23, 2009
happy birtday Yusof Midad
Penat ni!-
senyum skit..
ala manja?Ini Yusof Miqdad. Lahir 20.07.2001. Doa dan ucapan selamat hari lahir yang ke 8, Semuga menjadi anak soleh. Nama timangan edat dan merupakan anak bongsu dari 8 beradik. Lahir dan tinggal di Skudai, JB.
Kenangan terindah mengenai cucunda ke 47 ni:
Edat menangis dan teresak-esak di hari pemergian wan( 11/6/2009)
Semasa wan di rawat di PMC, setiap pagi kita edat bersama-sama membaca yasin, mathurat untuk mendoakan kesihatan wan dan selepas wan meninggal, edat juga baca yasin sambil tunggu tepi wan bersama ayahanda dan sepupu yang lain. Kita sama-sama mencurahkan air mandi untuk almarhum wan tetapi tiada sapa menduga anak sekecil ini mempunyai satu perasaan kasih sayang yang tinggi untuk almarhum.. Sungguhpun jarak dan kekangan waktu yang membataskan edat bersama wan di kampung tetapi ikatan kasih itu adalah anugerah. Ingatlah bahawa cinta datangnya dari hati manusia, sedang hati pula adalah milik Allah swt. Kita tidak dapat mencintai seseorang melainkan jika ALlah kehendakki. Oleh itu sentiasa kita berdoa semoga Allah mengurniakan kita cinta kasih kepadaNya dan RasulNya, supaya kita akan terus mencintai dan dicintai orang-orang yang kita sayangi.
Ketika di masjid, semasa menanti keranda diangkat ke kubur, edat dan adik zaki sekali lagi tunggu tepi wan. Alangkah bertuahnya jika saya dapat membaca apakah katahati anak sesuci edat ini ketika itu. Kali ini edat memang teresak-esak dan menyebak dan memilukan sesiapa yang melihatnya. Antara yang terkasima adalah ibu along(kakak Lang Nah BtgKali) . Sayangnya edat pada wan...TETAPI ALLAH lebih sayang wan.... edat bukan menolak hukum alam tetapi sekadar melepaskan perasaan sayang, kasih, cinta kepada orang yang pernah membelainya.
Mungkin sikap ayah sendiri yang tegas tetapi mesra dengan anak cucunya hingga edat teramat pilu. Ayah amat pemurah, suka mendahulukan anak cucu dan suka menasihat. Kalau anak cucu bercerita ayah suka mendengar dan kongsi cerita. Ayah akan cium dan pegang kepala dan tepuk-tepuk bahu anak cucunya. Sekiranya mereka membuat sesuatu yang tak disukainya, ayah tak teragak-agak akan tegas dan ini menjadi peringatan untuk semua.
Kepada 52 orang cucu wan/tok yang mempunyai pengalaman tersendiri bersama almarhum wan inilah satu kenangan dalam kehidupan. Iya tak kan berulang lagi dan tak mungkin sama seperti wan lagi. Hargailah mereka yang ada, sayangi org yang kita sayang sebelum mereka meninggalkan kita....ambilah iktibar duhai anak-anakku...
Anak-anak saudara saya:
zul,suriani, nizam, mariani, iwan, farizan, ti, salleh, nurul, dik pai, fyza, hafiz, sara, kakak ajan, qden, abg long hamzah, abdullah, dik fahana, saiful,dik bas, anas, dik fa, asraf, fathiyah, naem, faizah(kak Ngah), handzalah, arif, long-aminatul, irfan, maryam, husaini, kakak dan adik kembaq-hazwani& sharwani, atiqah, zaid,imad, abg im/ib, shahmi, adam, syuhaida, aisya, shahira, zaki, huda, edat, shahir, dik arif, dik ain, dik nadhiah juga adik danial.
cucu-cucu saudara saya:
harith, hanis, hasyir,hifzan, aufa,nisa, allya, balqis, hareez, amirul, amira, izani,zulaika,zikry.hakim, wawa, fifi dan akan datang-ogos 2009(insya allah)
Nama Yusuf juga diabadikan sempena mengenangkan kembali anak saudara saya yang telah dijemput ilahi pada 23.06.2001 .Cucunda keluarga ke 17 ini meninggal di usia 13 tahun(26/4/1988) . Seindah nama Yusuf Firdaus anak saudara saya ini telah tertulis berkota di jannahtul firdaus sekarang. Berbahagialah abang Din dan ibu kerana ada anak-anak menanti di syurga. Seperti mana juga dua anak kembar ayah, abg Hussin dan abg Hasan yang menerima dan telah menyambut wan di alamnya kini. Berbahagiala ayah, abg hussin & hassan, yusuf, ishak( meninggal semasa dilahirkan) dan huda hayati (jg meninggal slps 30 hari brtarung dengan jaundis)) ....Doa dan ALFATIHAH buat meraka .
Nota Kaki: Terima kasih edat kerana memberi ilham untuk cu membuat catatan ini sempena nama dan kenangan termanis yang kita saksikan bersama. Semuga Edat berjaya membahagiakan family dan maruah agama dipertahankan seindah namamu.
Wednesday, July 22, 2009
Al fatihah Dr Marwa Sherbiny
Innalillah hi wainailai hirajiun. Semuga dicucuri rahmat atas rohnya dan ditempatkan di kalangan solehin dan berbahagialah almarhumah dalam islam dan iman menjadi pegangan. Semuga suaminya cepat sembuh dan lukanya menjadi saksi atas sebuah kekejaman manusia. amin
Ketika kuliyah dzuhur hari ini, saya terpana seketika. Betapa diri ini jauh dari perkembangan berita mutakhir. Kematian Dr Marwa sewajarnya mendapat tempat di kalangan ummat islam kerana ia melibatkan maruah agama kita. Namun hakikatnya berita yg ada di media kita, seolah-olah adalah satu tragedi yang tak memerlukan ulasan masyarakat. Ayuhla kita berkongsi cerita dan bertanya diri siapa sebenarnya terrorist...? Sejauh mana kita membela agama dan siapa kita disisi NYA kelak? Ya ALLAH tolongla kami, bantulah kami..Masukilah kami jannahMU dengan redzaMU.
Kita spatutnya lebih tersentak lagi marah dengan pembunuhan Dr Marwa el-Sherbini. Si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur dan penyokong parti pro Nazi German, yang berasal dari Russia sebelum itu didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr Marwa di khalayak ramai pada bulan November yang lalu. Si celaka menjerit melolong kepada Marwa, melaungkan kata "terrorist" dan "Islamist whore" sewaktu berada di Dresden park. Ketika itu, Marwa meminta izin untuk meletakkan anaknya di buaian di taman berkenaan, tetapi si celaka tersebut tidak membenarkan, lalu pertengkaran terjadi.
Foto : Al-Marhumah Marwa, suami dan anaknya
Si celaka itu diheret oleh Marwa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman Euro 780. Namun si celaka ini membuat rayuan yang menyebabkan ia bertemu wajah sekali lagi dengan Marwa di mahkamah. Dengan pisau di tangannya si celaka ini menyerbu Marwa yang sedang mengandung tiga bulan lalu menikamnya sebanyak 18 kali di dalam mahkamah di hadapan hakim!.Peristiwa ini berlaku pada 1 Julai 2009 yang lalu.
Adalah wajar jika dapat pelajar Islam di Germany bergabung tenaga dengan umat Islam di tempat masing-masing menghantar memorandum mendesak tindakan keras ke atas si pembunuh.!
Malangnya, berita ini langsung tidak dihebahkan dari media barat khususnya. BBC senyap sunyi, sedangkan berita mahkamah
Namun, kisah wanita Islam yang mengandung di tikam di dalam sebuah mahkamah di hadapan hakim di sebuah Negara yang membangun kononnya tidak langsung diambil endah. Teringat saya kepada pengalaman bertamu di beberapa daerah di Germany, tidak disangka begitu hodoh wajah sebenar negara tersebut, lebih khusus sebenarnya kepada bangsa Rusia, yang mana warga Rusia sememangnya terkenal sebagai amat bersifat perkauman lagi berjiwa ganas dengan selainnya
Semuga ALLAH memelihara umat Islam di Germany, Russia dan seantario dunia.
petikan asal :http://usharewecare.blogspot.com/Friday, July 17, 2009
WAN kita telah pergii...
Kemudian ibu menyuruh saya mengemas barang-barang yang dibawa ke hospital untuk dibawa balik ke rumah seperti kain baju wan, makanan, selimut, tikar dan sebagainya. Ada emak dan bapa saudara yang menemani aruah wan di hospital dan ada yang balik dulu untuk membuat persiapan di rumah. Ketika dalam kereta, saya dan keluarga di datangi oleh seorang lelaki meminta duit. Ayah tak memberi wang padanya dan kami terus memecut kereta memyebabkan orang itu berang. Orang itu juga beralih ke kereta cik wan untuk meminta perkara yang sama. Takut juga..
Kami sampai di rumah dalam pukul 4 pagi, saya dapati jiran dan beberapa saudara mara saya sedang mengemas rumah. Saya turut membantu mengangkat kerusi dan menghampar tikar dan kapet di ruang tamu untuk menyambut kepulangan wan . Saya juga turut membantu mengemas dan mengelap lantai dan tingkap di rumah bersama sepupu yang lain.
Adik saya, Nabiatul Huda dikejutkan oleh ibu, memaklumkan kematian wan. Adik seperti tak percaya berita ini dan bertanya sekali lagi kepada mak ndak. Adik Huda turut bersedih kerana sebelum dia balik dari hospital petang tadi, keadaan wan seperti biasa sahaja. Dia sempat bersalam dengan wan.
Jenazah wan sampai dengan van Pak Lang. Turut bersama ialah Tok, Cik Na, Ngah Nab, Pak Tam, Pak Nyang, Pak Su, abg Salleh, Abg Anas, Abg Pai dan beberapa lagi ahli keluarga lain. Jenazah wan diletakan di ruang tamu dengan beralaskan tilam dan cadar putih. Tirai juga dipasangkan bagi memisahkan kedudukan jenazah ruang itu. Selepas solat subuh kami sama-sama berkumpul di depan jenazah wan untuk membaca surah yasin. Saya juga turut membaca beberapa juzuk Al Quran untuk wan. Ramai tetamu di kalangan saudara mara,rakan-rakan, anak murid dan jiran yang menziarahi wan buat kali terakhir
Tepat jam 11 pagi, jenazah wan diangkat dan dimandikan di ruang dapur dalam rumah. Tirai juga dipasang dan hanya saudara terdekat yang masuk melihat wan. Saya juga turut mencurahkan air kasturi dan menggosok-gosok badan wan. Kelihatan wajah wan menjadi lebih putih daripada biasa.
Selepas selesai memakaikan wan dengan kain kafan yang terdiri dari dua helai kain putih dan sehelai kain ihram yang pernah wan gunakan ketika menunaikan haji dan umrah dulu.
Kemudian jenazah wan diusung sekali lagi ke ruang tamu untuk disempurnakan kafan. Saya turut menabur wangian dan air mawar kepada wan. Saya juga mencium dahi wan yang sejuk itu. Semua emak saudara, bapa saudara, anak saudara (cicit), sepupu( cucu), atuk saudara ( tok shu) juga tok memberikan penghormatan dengan mencium dan menabur wangian untuk wan. Saya mengalirkan airmata apabila melihat keadaan ini. Saya lihat sepupu saya juga menangis
Jenazah wan dibawa ke masjid untuk disembahyangkan. Ramai orang datang untuk menyembahyangkan wan. Saya dapati sepupu saya menangis teresak-esak semasa menunggu sebelum diangkat ke tanah perkuburan. Selepas disembahyangkan , jenazah wan di bawa ke tanah perkuburan.
Paksu dan pak njang turun ke liang lahat untuk menyambut wan. Saya lihat ikatan pada kaki dan kepala wan dibuka dan diletakan ketulan tanah. Saya tidak sanggup melihat kerana sedih. Saya lihat pak tam,ngah, juga sepupu-sepupu berada di atas dan mereka juga membantu mencangkul tanah ke lubang kubur.
Selepas selesai, imam masjid datang dan membaca talkin di depan wan. Semua saudara mara juga turut mengaminkan doa untuk wan.
Selama 7 hari bacaan yasin dan tahlil di buat di masjid. Ada juga yang membacakan Al quran di kubur wan. Saya pun turut membaca dan berdoa di kubur wan. Adik Huda suka bawa air mawar dan menjirus untuk wan. Kami juga bawakan daun pandan yg telah di potong untuk di tabur pada pusara wan. Kata ayah saya, selagi daun-daun itu hijau ia mendoakan kesejahteraan untuk wan. Kami juga mencacakkan pokok bunga di kepala dan kaki wan. Saya harap pokok itu dapat hidup .
Sekarang hampir setiap petang saya dan keluarga akan menziarahi pusara wan. Setiap kali menziarahi pusara wan kami akan membersihkan pusara wan dan membaca yasin dan tahlil. Kelmarin, pak tam telah mengorek lubang untuk meletakkan batu nisan di atas kubur wan. Di atas batu nisan terukir nama wan dan batu nisan berwarna hijau. Batu nisan kelihatan bersinar dan lincin . Saya dan keluarga merasai ketiadaan wan di rumah kerana wan seorang yang baik.
Cacatan asal : Muhamad Ibrahim Soleh 11 tahun ( cucu ke …..) 20062009 Di edit sikit2: chu
( editor tanpa kepakaran dan kemahiran mengedit perkataan/ bahasa spt seorang editor yg bertugas di sebuah gedung penerbitan. Semuga satu hari sahabat saya menjadi seorang penulis terkenal juga. Tulisan ni dah lama cu amik dari pc kt kg. Ib yang tuliskan tapi cu tak boleh teruskan membaca kerana terasa macam” tayangan video sedang dimainkan”.. Tetapi mengenangkan 40 hari ketiadaan wan pada isnin nie (bersempena dengan isra’mikraj) , sengaja saya mengajak anak2 cucu berkongsi rasa dengan adik Muhammad Ibrahim dan adik Nabiatulhuda . Catatan adik Ahmad Husaini menyusul lepas ni )
foto: wan dikelilingi ank cucu dan cicit untuk kali terakhir sebelum berangkat ke masjid
Selain tu… saya mengharapkan kita sama2 dapat menghadiahkan “ALFATIHAH, YASIN dan TAHLIL khusus buat ayahanda kita ...
Wednesday, July 15, 2009
kursus oh kursus 02
best juga maklumla perisian free...bleh ambil dari internet..
macam word juga tapi lebih banyak yang perlu dipelajari.
jadi sifu mcm en nadzry ni mgg best laa
boleh tanya bnyak2
tq pada boss yng mengizinkan saya berkursus
Monday, July 13, 2009
sahabat...
Shall I tell you why ?
To find one good friend you must try...

Never look back...
Never regret...
Never remember...
the people you've met...
Never begin...
And never end...
Never say never...
When its come to your friends...
thanks to be my friend
happy birthday CIK NA

selamat ulangtahun kelahiran pada kakakku, Rusnina
Semuga ALLAH memakbul doamu dan dipermudahkan urusan menunaikan haji 2009.
Diberkati ALLAH hidupmu dan family ats segala kebaikan yng diberi .
Thnz for ur caring,loving n sincerely sis.
I love u sis
13 julai .......32 hari selepas pemergian ayah kekal sbg memori
ucapan balas yg diterima:
tq, tq, tq Semuga kita sama2 beroleh sejahtera.Semuga AYAH bahagia disana. KITA anak2 redha dengan apa yg ayah persiapkan untuk kita.
nota kaki:
Foto ni dirakamkan sebelum kelahiran anakanda sholehah( nadhiah)
Sunday, July 12, 2009
kurrsus oh kursus
banyak yng tak tahu......
kursus kt ipptar jer
hendak seribu daya
“ Ya ALLAH, kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya “
Dalam kehidupan seharian kita menempuh banyak perjalanan. Ini bermakna kita mempunyai banyak tujuan dan banyak matlamat. Semua orag akan berhadapan dengan berbagai perjalanan dan berbagai tujuan. Mampukan kita membayangkan seseorang yang mundar- mandir di perjalanan tanpa tujuan????
Tapi sedar kah kita kehidupan dunia ini HANYALAH satu perjalanan? Dunia hanya sementara yakni jambatan ke alam yang lebih kekal iaitu alam akhirat. Samada kita di dunia atau dihidupkan semula di akhirat kita sebenarnya menuju ke satu destinasi. Matlamat hidup sebenar adalah kebahagiaan hidup di dunia dan mendapat keredzaan ALLAH di akhirat.
Namun bagaimana kita merancang dan menyiapkan persediaan untuk mencapai matlamat?? Satu persoalan yang subjektif untuk di rungkai mengikut perspektif individu. Saya sedang merangka dan menuju ke fasa yang sepatutnya. Anda bagaimana?
Inilah antara persoalan tentang kehidupan yang mengizinkan saya untuk menghadiri majlis ilmu di Masjid As Syakirin KLCC iaitu kursus panduan solat musafir dan solat ketika darurat”daripada dua penceramah tersohor. Majlis ilmu merupakan satu majlis pengampuanan dan seumpama menghadiri taman- taman syurga. Subhanallah
Yg bhg Dato Ustaz Abu Hassan Din selaku pembentang pertama mengingatkan peserta tentang kalimah “ DEMI MASA…” dari surah Al Asr. Kenapa masa, kenapa “insan” bukan “nas”? Segalanya membuka persoalan tentang kehidupan mencari hukum AL QURAN dan panduan AL Hadith.
Beribadatlah dengan ilmu dan kemudahan yang ALLAH hadiahkan buat manusia. Solat musafir satu solat yang harus diamalkan oleh seseorang musafir dengan syarat2 tertentu tanpa mempertikaikan apa “orang kata”. Kupasan nota yang sahih karangan dato di jadikan rujukan. Majlis selama 3 jam bagaikan 15 minit kerana banyak persoalan dan iktibar kecuaian manusia akibat kekurangan ilmu di kongsikan. Pengalaman Dato bersama jemaah haji dan umrah membuatkan diri bertanya lagi adakah saya akan mengulangi kesilapan yang sama satu nanti??? Tentu TIDAKKK!!!
Selepas solat dzuhur, dihidangkan pula dngn “Persoalan Solat& Bersuci, Semasa darurat, sukar dan sakit.”. Dengan teori dan praktikal di sampaikan oleh pembentang kedua, Ustaz Azhar Yahaya saya rasa bersyukur kerana beberapa kemusykilan tentang almarhum ayah dapat saya kongsikan. Terasa terpanggil untuk bertanya ustaz dalam dewan yang luas dan dihadiri lebih kurang 150 org antum cukup memuaskan hati.
Mengikut survey ustaz, kira2 85% orang yang sakit di hospital tak menunaikan solat. Ini memerlukan usaha dakwah untuk menyampai dan mengajarkan pesakit dan penjaga pesakit apabila berhadapan dengan ujian. Sebenarnya orang sakit masih boleh beribadah seperti seandainya tak diizinkan menunaikan haji – boleh memperuntukan wang sekadarnya sahaja untuk mngupah haji. Boleh membayar fidyah kerana tidak lagi layak berpuasa dan di beri kemudahan menunaikan solat – duduk, menyandar,melintang, mengiring,isyarat- mata dan hati . Semua kemudahan ini hanya ketika sakit dan bergembiralah dengan pemerhatian ALLAH pada ketika sakit. Ustaz juga berpengalaman sakit ketika menyiapkan buku solat orang sakit. Sebagai aktivis NGO, ustaz sering terdedah dengan reality dan rintihan pesakit yang dan telah menyarankan pesakit dihadiahkan buku ini sebagai santapan rohaninya.
Oleh itu marilah kita menggesa pesakit menunaikan solat dgn Niat ketika ambil wudu- shja aku wudu’ untuk mengharuskan solat kerana ALLAH Taala. Subhanallah
Dalam sesuatu keadaan kita tak menjangkakan akan berlaku kesesakan di jalan raya di mana kekangan waktu solat dan wudu yang sempurna. Oleh itu tidak ada alasan melalaikan solat walau di mana jua keadaannya. Dalam kes ini teori yng di fatwakan untuk dato sheik muzaffar boleh dikongsikan. Debu yang berterbangan di bumi ini boleh dijadikan alat untuk bertayammum. Mungkin di dashbox, atau di tingkap kereta atau di tepi pintu adalah contoh yang mewajibkan kita untuk menunaikan solat. Sebagai persediaan- air dan spray bottle perlu ada dalam kenderaan terutamanya d’viva. Pengalaman terperangkap dalam kesesakan banjir di ibukota( jalan ipoh) cukup di jadikan iktibar. Hampir 3 jam terperangkap telah mengajar erti perjalanan kehidupan.
Segalanya berdasarkan ilmu, Ilmulah yang membezakan akhlak dan membentuk peradaban. Dengan mengetahui kaedah solat, cara bersuci, cara bertayammun, cara wuduk orang sakit, solat jamak ketika sakit, solat menghormati waktu dan darurat sekurang-kurangnya bersedia “selagi akal berfungsi” selagi itulah tuntutan solat di wajibkan.
Ya ALLAH ampunilah diri ini. Saya mohon rahmatmu, Mohon taufik hidayahmu, Mudah-mudahan bermanfaat dan ada kebaikan info ini dikongsikan.
Wallahuaklam