Wednesday, February 5, 2014

Pemergian adik Mazni



Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
 
 Awal pagi ni saya menerima satu kejutan yang teramat…tentang kematian yang hadir menjemput duapupu kami…Innalillahiwainailaihirojiun….bagaikan ternampak2 kelibat dan suaranya yang mesra lagi peramah tika bertemu. Aruah seorang yang periang dan disenangi semua orang. Masih saya ingat ketika  mak dan ayah saya masih hidup, setiap kali pagi raya…aruah dan familynyalah yang akan muncul sebagai tetamu kami yang pertama…Ayat yang sama diulang-  chaq(panggilan untuk mak dan ayah saya) adalah pengganti kepada emak dan ayahnya. Aruah ayah dan emaknya adalah sepupu kepada ayah saya dan keakraban ini menjadi kelangsungan kepada generasi seterusnya. Alhamdulilah. Memandangkan ayah saya anak sulung , jadi keseluruhan anak-anak ayah membawa gelaran/pangkat(seumur hidup) abang dan kak dihadapan nama masing-masing)

Aruah adik merupakan anak ke 8 yakni yang bongsu dalam family. Mesra juga di panggil cu mazni. Seorang yang mudah mesra dan disenangi kami semua.  Aruah dilahirkan pada 22 march 1972 dan dijemput pada hari ini di usia  42 tahun.  Aruah telah berkahwin dan memiliki 2 putera dan 2 puteri yang masih kecil. Berita pemergiannya  mengejutkan seluruh family termasuklah guru2 dan pelajar di sekolahnya. Saya dimaklumkan beliau hanya muntah2 sebelum dijemput ALLAH  selepas pulang dari membeli barang2 keperluan anak2 lewat malam tadi ..Setakat yang diketahui aruah tidak mengidap sebarang penyakit.
'
Aruah telah  dibawa pulang ke kampung saya, disolati dan disemadikan di tanah perkuburan kampung saya  sekitar jam 12 tengahari. Dapatlah saya katakan di lokasi yang sama bersemadinya dua insan yang saya sayangi. Insya ALLAH kan saya ziarahnya jua di tika emngunjungi pusara emak dan ayah nanti. Buat seluruh family ucap takziah diiringi dan buat anak2  dan suaminya –adik Azman tabah dan redhalah atas pemergiaannya., berilah semangat dan perhatian kepada anak2. Mereka perlukan sokongan dari seorang ayah cum umi juga. Muga ALLAH bantu jua

Ya allah, berikanlah kebaikan dan cucurilah rahmat berterusan buat allahyarham sepupu kami adik mazni yang dikasihi..Luaskan ruang rehatnya dan tempatkannya di kalangan orng soleh dan ampunilah segala dosanya. Dia telah melaksanakan tugasnya dengan sempurna dan berilah kebaikan buatnya. Sekiranya ada sebarang hutang mngenainya mhn dimaklumi kepada pihak familynya secepat mungkin. Damailah adik di sana, menemui seluruh family kita yang telah sama2 di alam sana.. Insya ALLAH kita semua akan kembali kepadaNYA bila tika sampai waktunya.  Ya allah rahmatilah dia ya allah…

Sama-samalah kita mengambil iktibar atas sebuah kematian kerna ia adalah satu perjalanan yang mesti ditempuhi dan tak akan kembali lagi.. Perelokan amal dan perbaiki iman dari masa ke semasa pohonlah keampunan berterusan dari ALLAH  dan sahabat2 semua. Muga kematian kita adalah yang terbaik dan diakhiri degn husnul qatimah… buat semua pembaca KK, ayuh sama2 kita titipkan al fatihah buat aruah sebagai hadiahnya peribadi buatnya . Terima ksih ALLAH
 catatan dibuat pada 6/2/12@1428hrs



AL FATIHAH    

Tuesday, February 4, 2014

R2FLU Har-Irwan

Dengan Nama ALLAHyang Maha pengasih Lagi Maha Penyayang,


Misi: ROADTOUR TO FELDA LEPAR UTARA 01
Date : 31/1/14

Jaraknya lebih kurang 360 km perjalanannya dari Shah Alam ke FLU01. Satu perjalanan yang agak panjang tetapi 'advanture'. Konvoi kami hanya berhenti breakfast di rnr Geting Sepah sambil menikmati bayu pagi yang mendamaikan. Suasana dingin dan sejuk mencecah bawah 20 darjah singgah di pipi  dan menyucuk diri. Bersama shawl saya membelitkan diri bagi memanaskan diri. Inilah rahmat ALLAH yang Memiliki dan Menguasai alam ini. Dijadikan Alam ini untuk kita menempa pengalaman dan mensyukurinya. Sejauh manakah nikmat ALLAH kita syukuri??

Apabila konvoi kami exit di Chenor, panorama diselubungi hutan hijau sawit yang damai dan terpelihara. Indahnya lukisan ciptaan ALLAH ini yang berwarna biru dan kehijauan, gabungan dua warna yang dekat dengan ALLAH  dikawasan yang berbukit bukau ini. Namun lama kelamaan ianya agak membosankan dan kepala saya hampir berpusing-pusing bila “kapten” meneruskan misi ke FLU01  tanpa berhenti lagi. Suasana hutan yang sunyi kami tempuhi selepas melewati Bandar Pusat Jengka  yang merupakan pusat Bandar bagi Jengka dan kawasan sekitarnya.  Selepas menyusuri jalan yang bengkang-bengkok, berbukit bukau diseliputi pohon-pohon merendang kami tiba ke destinasi selepas hampir 5 jam pemanduan berhemah. Terima kasih ‘kapten’  Yatt dan Amal  yang mengemudikan McV masing-masing. Tidak ketinggalan ‘kapten’ Mala yang menyusul sejam kemudiannya. Terima kasih ALLAH yang telah memelihara kami kesemuanya untuk sampai ke  FLU01 ini dengan selamatnya. Misi konvoi 3 biji myV ke sini
Tudiaaaa...FLU01 kami datang....

Sejuk rasanya hati kami bila terpampang pintu gerbang  mengalu-alukan kedatangan dengan terpotretnya bakal pengantin yang diraikan menyambut kedatangan kami.  
Alhamdulillah perjalanan yang panjang terubat bila kami dijemput dan dihidangkan sendiri oleh bakal pengantin perempuan makan tengahari.  Ikan goreng, masak lemak kobis taufu tauhu,sambal belacan dicicah bersama kangkung rebus dan petai di samping telur goreng dadar dan  sambal itam belimbing bilis menjadi menu pilihan. Subhanallah sedapnya masih terasa apatah lagi dinikmati bersama-sama. INilah layanan terakahir har sebelum beberaa jam akan bergelar suri.Terima kasih ‘har’ dan family yang sudi mengundang kami meraikan hari bahagianya.

Semangat kemasyarakatan masih utuh di sini bila mereka bermuafakat menyediakan menu kenduri. Suasana petang itu menyaksikan lembu dilapah oleh kaum lelaki manakala kaum wanita sibuk menyiang bawang, nenas, kelapa dsb..Indahnya jika suasana pakatan ini masih dikekalkan di tempat kita. Kami?? hanya menyaksikannya...

Har, saya anggap seperti juga anak-anak saudara saya yang lain….Biarpun kami tiada talian persaudaraan secara mutlak tetapi naluri kasih sayang tetap terpahat.  Hubungan ini terjalin melalui Yatt yang memang saya anggap seperti  anak saudara saya dan mereka begitu akrab. Norhayati dan Haryati dua insan yang mesra, berbeza nama dan rupa  tapi  memiliki karektor yang hampir sama. Disenangi oleh kebanyakkan rakan sepejabat dan baik hati. Senyum dan keayuan mata Har menggambar rasa keikhlasannya. Subhanallah indahnya ciptaan ALLAH ini. Maka fahamilah saya, kenapa rakan2nya turut serta tanpa mengira jarak dan lokasi bagi meraikan hari bahagianya. Bertuah rasanya kami mengenali Har dan familynya yang kaya dengan senyuman dan berpekerti mulia.  Sedikitpun tidak canggung ketika berada  di rumah mereka.   Baik pengantin maupun familynya tetap melayan dan meraikan kami dengan sempurna  sebagai tetamu mereka. Terima kasih ALLAH.

Aku terima nikahnya....

Posing lah sebelah sini pulak dik....
Pada 31/1/14 menghampiri jam 9.25 malam, sah Har telah menjadi suri hati  kepada Irwan dengan dua kali lafaz . Alhmdulilah dan tahniahbarokallahSelamat pengantin baru.  Menyeka airmata seketika dari tumpah tatkala menyaksikan anaksaudara angkatku ini selamat diijabkabulkan. Selamat tinggal zaman bujang. (fullstop),Selamat melayari bahtera bernama perkahwinan dan kemudikan ia kerana ALLAH. Anggaplah semalam yang dilalui bersama sebagai kenangan terindah dan laluilah hari ini dengan lebih tega. Ibaratkan diri kalian telah bisa melepasi jambatan  yang payah kerna nun di penghujungnya ada bahagia menanti…  Buat anakanda irwan, pesan cu cuma satu bahagiakan Har, jadilah suami yang terbaik. Hayatilah makna Allah menciptakan wanita dari tulang rusuk laki-laki, dekat dengan lenganya untuk dilindunginya, dan dekat dengan hatinya untuk dicintainya. Segalanya kini menjadi tanggung jawabmu dan ingatlah kita hanya dipinjamkan untuk memelihara amanah ini dan jadilah yang terbaik.  
Ambillah junjungan besar kita Nabi MUHAMMAD sebagai ikon sepanjang masa. Berpegang teguhlah dengan tautan ALLAH dan gambarkan rasa syukur dengan melaksanakan tuntutannya…
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi”

Buat har yang disayangi,

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh…”
(wanita – dehearty)

Hubungan kekeluargaan antara Pahang dan Kedah kini telah disatukan dengan ikatan yang direstui. Doa kami muga ianya membawa bahagia hingga ke surga. Kami menyaksikan apa yang telah ditulis oleh ALLAH tentang jodoh Har-Irwan. Muga ALLAH panjangkan jodoh ini dan kekalkan bahagia hingga mewariskan generasi ummat Muhammad.  Semuga dirahmati dan diberkati kehidupan kita dan dipermudahkan segala urusan jua.

senyum terukir gambaran bahagia dicipta

macam cantik jer ...
Bagi anak2 saudara angkat ku yang lain bersabarlah menanti saat indah ni. Ianya pasti hadir. Bersabar dan  pasrahlah caturan ALLAH adalah yang terbaik. 

sempat posing lagi tuh u oooll (sory pinjam trade mark sapa yer)
Sedap menu disediakan -gulai kawah, sayur labu, pajri nenas, ulam timun,selom, sambal telur, ikan masin….sedapnya menjilat jari…sapa makan pasti nak lagi....ianya dimasak secara pakatan dan hubungan silaturahim masih diamalkan di sini....

 Pasangan dirai,dengan pelbagai aksi..yang pasti menciut lagi diingati
Apapun  uool memang d’best… terima kasih berkongsi kenangan terindah bersama izati, amal, ida, nina,chombi, mekti, intan, mala, kak rozei,yatt…………..
Kenangan terindah kita abadikan bersama.
mempastikan setiap wajah dirakamkan....
flower gulz ...warna tema krangkraf ke?
Ole2 dari pengantin....mengandungi nota kecil zikir sepanjang hari,kelendar kocek,  tasbih, kueh dan kerepek...
Mewakili semua sahabat yang hadir, saya memohon ampun maaf sekiranya ade diantara kami yang ter'over acting' > Maklumlah masing-masing xcited menjadi raja sehari dan menaiki tahta dicipta. Segalanya adalah sekadar menceriakan suasana dan menyuntiNk semangat keakraban yang terjalin. Atas penyediaan  homestay dberikan , kami amat berpuas hati dan terharu dengan tajaan diberikan. Hanya ALLAH yang membalas segala kebaikan diberikan sepanjang kami berada di Felda Lepar Utara 01 terutamanya Haryati dan family.

Atas pengalaman dan cabaran yang direntasi untuk sampai ke lokasi  ianya merupakan pengalaman berharga. Belajar mengingatkan ALLAH dalam setiap ketika dan membuat analisis atas entiti ditemui. Merenung dan berfikir  kesan dan tindakan sebelum pemanduan diteruskan. Kerjasama dan komitmen dari semua anggota konvoi amat diperlukan bagi membentuk keseragaman dalam tindakan. Apapun mengenali team Karangkraf @Karya Bestasi   adalah satu pengalaman yang terindah buat saya....Semuga ALLAH terus merestui perjalanan kita dan kehidupan kita...  Ampun maaf dihulurkan..doa ditadahkan muga bahagia pengantin diraikan..     

                 SELAMAT PENGANTI BARU BUAT HARYATI & IRWA
dan selamat menjadi warga Kedah buat Haryati....orang kedah baik2 belaka tau...masih tak caya??
cuba ceq try tanya en irwan...hihii....irwan ingat tau pesanan cu .

Wallhuaklam  


Thursday, January 30, 2014

Tahniah Aminatul Farhatain

Bismillahirohmanirohin..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Berapa kali kah lafaz ini kita ulang dan ulang dalam melaksanakan setiap perkara??  Masih saya ingat tak kala guru kami ingin meminum air ketika menyampaikan kuliahnya..Bermula dari membuka tudung botol, menuangkan air ke gelas,menutup tudung botol, memegang cawan, meneguk air sekali, dua kali, tiga kali......segalanya dimulai degn bismillah...Subhanallah indahnya bila setiap perilakunya dimulai degn bismillah.. Beliau bukan sekadar menyampaikan ilmu dakwahnya tapi turut beramal dengan ilmunya..Kagum saya dengan Ustaz Muhaizir Joi  ini yang suaranya juga  keudara  setiap pagii di KLfm dalam membicarakan kitab penawar hati.  Mudahan kita semua dapat  beramal  juga .Insya Allah

HARI INI....keputusan STAM2013 telah diumumkan. Tahniah dan syukur kepada semua  yang berjaya dan yang telah turut menyumbang kepada kejayaan keputusan STAM kali ini....Tak mumgkin dilupai jasa dan pengorbanan guru-guru, para ustaz/ustazah dan sokongan  serta doa yang berterusan dari ibu bapa yang dimuliakan....Mmmm.sapa-sapa yang ada anak2, anak saudara, sapupu sapapat pastinya akan turut menyumbangnya.Terima kasih ALLAH

PUTRAJAYA, 30 Jan (Bernama) -- Sebanyak 3,513 pelajar atau 60.4 peratus mendapat sekurang-kurangnya pangkat Maqbul (lulus) untuk 10 mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2013 daripada 5,816 calon..Keputusan itu menurun 7.1 peratus berbanding 2012 apabila daripada 5,819 yang menduduki peperiksaan, 3,927 atau 67.5 lulus semua mata pelajaran..
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata calon yang memperoleh sijil peringkat Mumtaz (cemerlang) pada 2013 ialah sebanyak 369 orang berbanding 385 orang pada tahun 2012.
Ditanya mengenai usaha kementerian dalam meningkatkan pencapaian peperiksaan STAM di masa akan datang, beliau berkata pihaknya kini merancang untuk mendapatkan penutur jati dari negara timur tengah untuk mengajar subjek Bahasa Arab.


Mengkhatam 10 subjek dalam tempuh setahun memang membebankan tapi kalian telah melaksanakan yang terbaik dalam menterjemahkan dalam keputusan ini demi kepentingan agama dan masyarakat....Natijahnya kini KPM pula akan menambahbaik keputusan akan datang dengan membandingakan keputusan terdahulu..
..Tidak terkecuali ingin saya rakamkan penghargaan tahniah dan terima kasih Allah yang telah memakbulkan  doa  anak saudara saya.   Sebagai antara  6 pelajar terbaik di sekolah SMKA An Nadhah  beliau memperolehi  8 subjek dengan mumtaz(cemerlang) dan 2 subjek Jayyid Jiddan (sangat baik).   Alhamdulilah  dan tahniah buat semua pelajar yang berjaya melonjakkan nama SMKA An Nadhah sebagai sekolah agama bantuan kerajaan  terbaik di Kedah Darulaman bagi STAM 2013

TAHNIAHye along...tidurmu pasti lena pas ini...Maklumlah debaran keputusan elah berakhir. Along telah buat yang terbaik  sebagai perintis dalam family..Seorang kakak yang penyanyang dan  menjadi contoh. Sehingga kini seingat saya...along senantiasa memperolehi kejayaan yang cemerlang dari UPSR, PMR, SPM dan kini STAM2013. Insya allah lembaran keputusan ini akan memberi peluang dan impian along untuk terus ke menara gading dan mngejar impiannya.. 

Along memang berhasrat untuk meneruskan pelajaran ke Mesir tapi secara peribadi, saya kurang setuju apatah lagi dengan pergolakan politik di Mesir yang masih goyang. Saranan Dr yusuf Qardawi  baru-baru ini saya setuju 100% yang menggesa ulama arab saudi berhenti menyokong kerajaan boneka tentera d Mesir yang menggunakan wang negara untuk membunuh rakyatnya dan menolak rampasan kuasa pada julai tahun lalu lagi . Ayuh kembalikan tahta pada Morsi dan kembalikan Mesir yang aman supaya ramai boleh bertamu.

seindah bowling....hidup perlu matlamat
Kejayaan along ini adalah satu permulaan buatnya meneruskan pengajian.. Ayuh along pegang tekad dan semangat untuk membantu ummat dengan ilmu dan amal . Jadikan semangat assyahid Ahmad Azam   sebagai rujukan. Muga ALLAH membantu along mencari peluang belajar dan dipermudahkan along membuat pilihan. Andaikata ada sebarang cadangan bagi membantu along membuat pilihan untuknya meneruskan pelajaran juga dialu-alukan.. Sebagai anak yang baik, saya yakin along akan menerima dengan tangan terbuka.  

Along 
seindah namamu di kagumi
Satu dalam sejuta engkaulah pemiliknya
AMINATUL FARHATAIN
kelahiranmu  dinanti di lebaran adha
  
hari ini
ibu ayah pasti mensyukuri
tiada berharga melainkan
ilmu diberi dimanfaati
akhlak mulia menjadi amalan 
sunnah menjadi sandaran

Ayuh
katakan pada mereka
restu dan redha kalian didambakan
iringi kejayaan dan langkah ini
akan ditteruskan..
insyaALLAH 

Tahniah along....muga ALLAH terus merahmati dan memberkati langkah2 along dalam kehidupan ini...
Anadinya tok dan wan masih bersama alangkah indahnya kan...Tentu wan dan tok akan bersyukur panjang.............
credit to BERNAMA



Wednesday, January 1, 2014

Diney dah 2 tahun


Selamat ulang tahun ke 2 buat cucunda saudaraku:: DINEY
MACAM COMEL JER?

Alhamdulillah  DINEY dlahirkan pada tanggal 1.1.2012 yakni dua tahun yang lalu di Kedah Medical Centre.
Ketika saya datang melawat, bayi kecil ini diasingkan dari bilik ibunya..Susah juga nak mencari biliknya..Maklumlah  dikawal ketat dan hanya orang yang berkenaan sahaja dibenarkan masuk. Tapi itu hanya seketika, kerana selepas dipastikan kesihatan  ibu dan anak sihat mereka dibenarkan keluar wad. Jadi sayalah yang meribanya dari hospital ke rumah. Alhamdulilah puteri bungsu lima beradik ini di sambut oleh abg dan kakak2nya dengan penuh ceria....masa tu ayahnya di mana yer?/ .....tika dilahirkan ayahnya berada nun di Abu dhabi kerana bertugas.

 Mengikut data family kami , Diniey adalah  cicit  ayah emak saya yang ke 20. Alhamdulilah...Mak masih sempat melihat pembesarannya sehinggalah mereka sekeluarga berhijrah ke Ruwais AD. Semasa pulang bercuti baru-baru ni, saya juga berkesempatan bercuti bersama mereka dari   AnCasa Teluk Kemang ke Grand season KL . Indahnya saat2 melayan puteri comel nie...geram sgt2 dan pandai pulak mengajuk satu dua perkataan... Sesekali pandang macm dora pun ada...hihiii..sory achu..tokchu melawak saja ye...

tudia cucu sapa nie????
Diney diambil dari kata Deen (agama) dan ni ( saya).. Mudahan puteri ini akan membawa obor agama dalam hidupnya, tindakan dan akhlaknya...Mudahan sentiasa membahagiakan ummi dan ayah dan akan terus manjaaaaaaaaaaaa..............dgn familynya ...


macam dora..

kalut nak solat jugak si kecik nie

achu nak posing jugak... 

Semuga ALLAH terus memberkati diney dan familynya di sana. Biarpun jauh namun kita dekat di hati dan ALLAH menjadi paksi kita bersama. Jaga diri dan agama...pasti ALLAH menjaga kita semua..Saam sayang dari tokchu muga2...diney sihat, selamat dan menceriakan family.. Ade rezeki kita jumpa lagi...  


2014 sudah datang...

Alhamdulilah

kita masih  diberi umur, nafas dan rezeki untuk meneruskan tahun 2014. Tahun yang mmberi seribu erti dan pelbagai tafsirannya.....Sama-samalah kita berdoa mudahan ALLAH mempermudahkan urusan hidup kita dengan bahagia  dunia dan akhirat.

Selamat datang 2014...
membuka lembaran kelendar kehidupan di tahun ini dengan penuh nekad dan keazaman baru.. bersediakah merealisasaikannya... Ayuh susun strategi dan mulakan hari ni.. Insya ALLAH barangsiapa berusaha pasti ade kejayaannya.. Belajarlah untuk mengingatkan diri dan berjimat cermat...

Saya berkongsi pangalaman di satu pagi di kotaraya....pagi yang nyaman bagi yang menyambut permulaan tahun baru. Bas yang bergerak dari PEndang  tiba di Pudu Central (kotaraya) seawal jam 415 pagi pada 1.1.2014. Di kala itu tak ramai lagi penumpang yang sampai melainkan kalangan generasi Y yang mengisi ruang yang ada. Saya turut serta melabuhkan diri di hamparan mozek berdepan dengan tangga bergerak masuk ke UTC. Inilah tempat yang saya rasakan selamat di waktu begini kerana cahayanya bendarang dan ada pengawal keselamatan UTC memantau.  Saya perhatikan ada macam2 gaya mereka menanti siang..ada yang terlelap bersandarkan beg, ada melentok di bahu kekasih, ada yang membelek2 smart phone masing-masing manakala selebihnya berborak-borak degn ragam muda mudi.

Sayalah pemerhati itu di satu pagi yang indah....memerhati anak2 generasi ini hati saya turut mendoakan mudahan ALLALH melindungi anak2 generasi ku daripada tergolong di kalangan ini.  Mengharapkan kesedaran mngundang dengan keikhlasan. Cukup2lah tahun 2013 bersosial dan kenali status diri . Saya takut degn ragam muda mudi hari ini yang tanpa segan silu menghampiri zina. Bayangkan usai menyaksikan pesta bunga api dan laungan tahun baru apa lagi yang mereka lakukan...Majoritinya di usia awal remaja ini adalah bercouple dan pakaiannya adalah 'boleh mengancam nafsu kelakian'. Astafirullah hal azaim..... Kasihan kepada jiwa-jiwa kosong ini  yang ingin mencari kebebasan dalam lingkup mereka sendiri. Padahnya menanti jika tersasar.

Bayangkan dalam waktu ini, mungkin ade juga seusia mereka, tidur di rumah, bersama family dan bermunajat dan memohon rahmat ilahi menghiasi diri.
Bertuahnya mereka termasuk dikalangan yang bersyukur. ...Indahnya kehidupan tanpa perlu berpesta sakan di awal tahun barukan....AKHLAK terjaga, AGAMA terpelihara. Duhai para penguasa bumiku tercinta....didiklah, pandulah dan arahkan generasi Y mencintai negara berpandukan agama ISLAM tercinta. Perjalanan mereka masih jauh dan mereka adalah anak2 yang mungkin bakal jadi menantu, adik atau saudara kita satu hari nanti. ALLAH tak pernah zalim kan.....

Selamat datang 2014,
YA ALLAH jadikan tahun ini adalah lebih baik dan perkenankan doa2 kami dan pandulah  kami semua menjadi anak-anak soleh-solehah. Ajari kami tentang iman, islam dan ehsan dan penuhilah ruang-ruang waktu kami dengan ilmu yang bermanfaat. Kuatkan jiwa-jiwa kami kebergantungan ke hadrat ALLAH taala dan afiatkan kami dan selamatkan kami dari segala fitnah dunia dan akhirat. Jadikan kelapangan waktu bagi  merapatkan silaturahim di antara kami dan sembuhkanlah saudara-saudara kami yang sedang sakit, jiran2 kami juga sahabat2 semua.....Murahkan rezeki kami untuk memberi dan berikan taufik hidayah berterusan buat kami. Izinkan anak-anak generasi kami bijak memilih rakan taulan dan membuat keputusan. YA ALLAH pindahkan kemudharatan buat  kami degn kemudahan dan pimpinlah kami untuk mebuat kebaikan dan kebajikan buat aruah2 ibu bapa kami dan maafilah mereka serta seluruh mereka yang di alam kubur. Gerakkan hati -hati kami untuk mengikuti sunnah rasul dalam kehidupan harian  dan  pandulah kami di alam ni........amin

 catatan 1.1.14

Friday, December 20, 2013

Setahun berlalu Zainah dalam kenangan #2

bersambung .........macam bersiri pulak...
Selamat jalan teman
Di sapa bidadara di sana
Menanti penuh ceria

Habuan pasti miliknya

Biarpun setahun berlalu namun bagaikan semalam peristiwa ini berputar kembali.. Menurut lapuran post mortem kematiannya diklasifikasikan sebagai accident dead dengan kecederaan teruk di bahagian kepala dan dada.   ALLAH jua yang Mengetahui setiap perencanaannya.  Pergi lah aruah bila sampai waktunya.. Bagi mendapatkan info berkenaan sila ke laman ondscene  dgn menyaksikan sendiri keadaan sebenar di lokasi kejadian....Credit untuk ondscene . MOhon di benarkan paparan ini untuk simpanan dan catatan...
MYV1665  dalam kenangan .. 


 Sebenarnya khabaran pemergiannya juga mengejutkan saya. Ntah kenapa, pagi itu 21122012 tak seperti biasa, saya hanya mengambil telefun ketika berada dalam kereta sekitar jam 6.30 am. Tergejut teramat dengan  beberapa sms yang di fwdkan…. Ia juga disusuli dengann beberapa miscall antaranya dari telefon bimbit aruah.  Ketika meneruskan perjalanan ke tempat kerja  pagi itu hati saya menidakkannya sehinggalah saya mendapat pengesahan sahih dari Insp.  Zul yang baru pulang dari menghantar  jenazah ke HKL .Innalilahi wainnailaihirojiun. Kemalangan ngeri yang membabitkan 5 biji kereta ini dimaklumkannya. Lebih menyayat hati mengikut kata polis, CRV yang dipandu laju telah menghentam MYV aruah dan aruah meninggal di tempat kejadian.  Ternyata miscall yang saya katakan mungkin tersalah tekan itu rupanya  adalah misi pencarian waris aruah daripada pihak polis. Walaupun agak terlewat waris dihubungi namun perancangan  rakan-rakan telah menemukan satu keputusan.  Mewakili rakan ofis, kami  telah menyusun rancangan  akan menguruskan jenazah mengikut pakej disediakan dan disemadikan di sekitar KL sahaja.( memandi, solatjenazah, van hingga ke kuburan) . Dan benarlah perancangan ALLAH, waris aruah telah dipermudahkan dengan rencana ini . Atas pemilihan familynya   aruah disemadikan di kg lamannya berdekatan dengan aruah emak dan ayahnya juga.. Semua urusan kita di atur oleh ALLAH jua. Baiknya urusan itu adalah kurniaan ALLAH, bukan semata-mata kerana usaha seseorang hamba dan kemahirannya…

Bayangkan anda  di sana....komen  yang menyentap rasa


MASIH SAYA INGAT:
 Selang dua hari sebelum kemalangan ini berlaku, aruah datang ke bilik untuk menyerahkan baju T yang dipinjamnya ketika acara riadah di Goldcost tempuhari. Wajahnya ceria dan kami berjenaka juga. ..Tiada sebarang petanda ditunjukkan.  Tak siapa menduga sembang-sembang kami menghampiri hari penghujungnya.  Pernah juga dia  menghulurkan RM150 kepada saya sebagi amal kebajikan tetapi saya memulangkannya semula kerana saya jugak tamakkan pahala…Tak pe lah kak, kita sama-sama buat amal dan pahalanya buat aruah emak ayah kita… Saya lebih serasi memanggilnya akak kerana dia senior dari segi umur dan kerjaya dari saya. Segalanya  milik ALLAH jua.  
     
Selepas ketiadaannya saya masih berhubung dengan kakaknya. Takdir ALLAH jua bagaikan mengantikan aruah yang tiada. wajah mereka hampir serupa, intonansi suaranya agak sama. Salam ukhuwah terjalin jua...Terima kasih ALLAH menemukan kak Miza pengganti aruah kak Zainah yang tiada.  Saya kongsikan pengalaman kakaknya, yang meneruskan amal jariahnya. Kata kak Miza,  banyak sekali stok telekung yang perlu dibaiki dan dia tak tahu nak menyambungkan tugas tersebut. Tetapi ALLAH telah memandunya  dengan diberikan ilham menerusi mimpi. Tambah kak miza lagi, dia bagaikan terdengar-dengar suara petunjuk dari aruah langkah demi langkah. Subhanallah. Kini kak Miza boleh meneruskan amal jariah tersebut dan saya amat menghargainya. Bagaikan mutiara yang hilang kembali bersinar dan walaupun aruah telah tiada tapi saya masih ada kakak ats silaturahim yang sedia ada.
harian metro punya bicara
   
Pemergian aruah Zainah telah mendapat liputan media massa. Berita di TV RTM  juga mengulas dan memberi info berulang tentang aruah . Aruah ketika itu  bertugas di unit berita dan terlibat langsung dengan setiap berita yang di on air kan.  Tahniah RTM kerana berkongsi kehilangan staff nya… Inilah harga yang perlu dibayar apabila bertugas di RTM yang  beroperasi 24jam. Tiada siapa menduga, seketika tamat siaran dan dalam  perjalanan balik,  ALLAH telah menjemputnya. Hanya kisah-kisah sebelum di playback kembali dan inilah ingatan terakhir yang dikongsikan.  Tiada siapa menyangka  dipenghujung perjalanannya ramai teman, rakan, juga ketua  turut serta menziarahi dan menyembahyangkannya.  Dia hanya insan kecil yang melaksanakan tugas dengan amanah di RTM.   

Hari ini 21 dis 2012 genaplah setahun dia telah dijemput ALLAH. Walaupun telah berlalu tetapi saya kongsikan apa yang dpat saya cungkil dari koleksi yang ada....Beberapa pic nya telah saya ambil dari rakan-rakan tetapi tak sempat diedit... Memadailah ini saya simpulkan.....

1) mati sering bertamu kepada kita namun bersiap siagakah kita?
Seringkali bermonolog, andainya ini catatatn terakhir ku...nampukah ia segar sebagai pena dakwah dan memberikan imbalan di sana... Atas alasan apakah yang mampu di jawab melekakan waktu  yang ada? 
 YA ALLAH Ampunilah daku, ats setiap salah silapku...Usah mnjadikan asbab buat ibu bapaku teraniaya kerana  kezaliman daku sendiri.. Ampuni dosa-dosa ku, guru2 ku, sahabat2 ku dan semua umat muslimin di dunia ini...Hidupkan hati2 kami dan pandanglah kami dengan kasih sayang dan ingat dan mencinta ALLAH. 

2) Wasiat dan amanat itu perlu...
 Antara kita  tiada siapa menduga perancangan bakal terlaksana andai esok kita telah tiada> Mengingat teman-teman, mencatat adalah antara metod yang perlu digunakan. Mungkin ada hutang belum terlaksana jua terlangsai atau sebarang amanah yang perlu disempurnakan. Izinkan rakan2 sebagai reminderr kita anadai ada kita terlupa...

3) Memaafkan
Berusahalah memaafkan mereka yang sering berdamping  degn kita. Kita tak menduga esok kita pasti bertemu mereka lagi....Hari ini kita musuh, tapi bukan selamanya dan sekali berkawan  berkwanlah selamanya.......

4) Mendoakan
HAri ini mngkin kita tak memerlukan doa mereka kerana kita mampu memohon dan munajat sendirian tapi sampai ketikanya kita amat-amat mngharapkan doa rakan2  sebagai subsidi kebajikan . Ayuh teman berdoalah dalam diam shabat2 kita kerana itulah sebaik2 doa dimakbulkan.

Ini adalah peringatan buat diri dan tiada kaitan dengan aruah.
Kesimpulannya, saya memohon para pembaca KK budiman, biarpun tanpa mengnali aruah ini, sma-sama kita titipkan doa dan AL FATIHAH sekali lagi buatnya. Andainya aruah ada sebarang salah silap mhn diampunkan dan andainya ada urusan berkaitan berhubunglah dengan saya untuk memaklumkan kepada pihk familynya...  Muga ALLAH jua menganjari pahala atas kebaikan kalian semua..

maaf zahir batin 
--------------- 
20122013@1824 ...
ayuh doakan keselamatan saya untuk pulang ke kg laman jua.....terimakasih

Setahun berlalu ..Zainah dalam kenangan #1

Dgn namaALLAH  yang maha pemurah lagi maha penyayang

Masih saya ingat…..21 disember 2012.........

 Tika membantu dua’pemandi mayat’  di HKL tempuhari, kami bagaikan saudara. Padahal ini adalah pertemuan kami yang kedua selepas membantu menyempurnakan  jenazah Yana anak saudara abang ipar saya  yang meninggal kerana komplikasi  jantung dan buah pinggang sebulan sebelumnya. Kali ini  urusan membantu menyempurnakan  jenazah ‘ dia "….

Sahabat yang pernah bersama –sama saya  mengharungi getir payah menghabiskan pembelajaran hujung minggu di SPACE UTM. Dialah yang membantuku menyiapkan tutorial elektronik, matematik hatta teori litar juga elektronik instrument.Banyak assigmnent kami kongsikan. Dia seorang study group yang bagus. Sesekali pernah saya merasai menu breakfast air tangannya.  Boleh lah di katakan dia seorang yang tekun belajar lagi baik hati. Aruah juga kerap  berjumpa pensyarah dan pastinya  segala tips diperolehinya  akan dikongsikan. Walaupun  berlainan tempat kerja namun ianya tidak membataskan perhubungan kami.  Dia di  Angkasapuri RTM  manakala saya di BTP KL dulu.

Paling tak saya lupakan, dia juga pernah bertamu di kampung saya  bagi merawat penyakitnya.   Boleh dikatakan memori itu segar diingatan family saya juga.  Endiometrosis telah mencengkam hidupnya namun kepayahan tersebut tak membataskan pergerakkannya. Biarpun  begitu, dia pernah beberapa kali menjalani pembedahan demi pembedahan untuk merawat penyakit dialaminya. Yang segar lagi  di ingatan saya, penyakitnya menunjukkan kesan positif  dengan meminum minyak habbatus sawda yang diperolehi langsung dari tanah suci Mekah.  Lazimnya dipesan menerusi rakan2 yang pergi ke sana dari masa ke semasa. Subhanallah.

Kini dia adalah sekujur jasad yang kaku... Kesan jahitan  postmortem mencorakkan badannya juga. Sekali lagi saya kaakan jahitan nya kemas dan cannnntik sangat.....  Saya menangis tapi siapa yang peduli kerana dia tetap sahabatku dan telah mendahuluiku....Saya memohon izin untuk turut serta berada di bilik mandi mayat itu inilah peranan dan khidmat terakhir saya kepadanya......dari ALLAH kita datang kepadaNYA kita dikembalikan....

Tika air mandian di curahkan ke badannya,  saya cuma berbisik dalam hati…duhai sahabatku indahnya  pertemuan kita semalam……..Atas nama Bengkel pengurusan stratejik jangka panjang dan keperluan latihan bahagian operasi penyiaran 13-15 dis 2013  di Goldcost Morib Resor. Kita berkongsi bilik di tingkat 8 dan  bekerjasama sepanjang bengkel tersebut . Sesekali hati di risik lucu bila konvoi  saya ke  destinasi ini hanya sekadar  nama. Bersama MYV pecutanmu mendahului dan meninggalkan  D’vaku.  Namun ade kalanya MYV berada betul-betul dihadapan saya tapi sekelip mata cuma  pasti ia akan menerobos laluan yang ada. Yang jelas, dia menanti saya dengan setia di bilik dengan secawan teh. Tika itu sikitpun tak saya sangka ianya petanda  akhir untuk dikenang

Menyaksikan sekujur tubuh yang kaku  dihadapan saya kini, dialah teman sebilikku seminggu yang lalu. Rupanya sengaja ALLAH  taqdirkan agar saya menyaksikan sekujur tubuh itulah yang menghidupkan qiayamullail, mendendangkan zikir dan AQ sepanjang 2 malam bersama. Kenapalah saya enak menyelimuti diri ini tika alunan zikirnya memecah lenaku ?? Kenapalah saya tidur mengiring bila sedar cahaya lampu menggangu tidur..Astaqfirullah… YA ALLAH ampunilah  dosa dan kecuaian saya semalam….
Akhirnya saya tak dapat menyimpan rahsia lagi….Tika basuhan  air dicurahkan di kepalanya oleh salah seorang pemandi mayat  …..saya lontarkan apa yang terbuku di hati… YA ALLAH, saya menyaksi sesungguhnya inilah wajah yang menghidupkan malamnya dengan qiyam dan zikir…Beruntungnya hajjah…( kata-kata ini terhenti ….) …Dua pemandi mayat tadi bagai terkedu  ………….mereka menanti-nnti cerita saya lagi….Bagi saya  mereka menyempurnakan jenazah dengan sempurna dan profesional sekali.
Sambil menggosok2 tangan kirinya , saya masih ingat saya berkata-kata….inilah tangan yang turut bersama –sama menunaikan zakat di PPZ  dan dia seorang pemurah. Beberapa kali juga  terserempak  dengannya atas urusan yang sama. Ada tikanya kami  sama-sama menghulurkan derma pada tabung pembangunan islam di selatan Thailand.

 Tika menyentuh tangan kanannya, hati terpana lagi…..Ya ALLAH… maafilah sahabatku ini. Kecederaan parah pada lengannya  yang  longlai ku sambut dan kami saksikan…Kini saya faham….yang patah riuk  akibat kemalangan itu juga  jahitan kesan post mortem hanya di bahagian lengannya sedangkan tangannya sempurna dan terpelihara. Subhanallah…. Sesungguhnya tangan itulah yang telah membuat amal kebajikan yang kecil tapi besar sumbangannya di sisi ALLAH insya ALLAH. Kemahiran menjahit yang ada padanya digunakan antara lain untuk membaiki telekung-telekung wakaf di masjid dan surau  kami.  Ada tikanya dia merungut, kenapa orang suka berwakaf dengan telekung yang dah longgar, rosak dan lama?? Soalan ini tak memerlukan jawapan  kerana saya menyerahkan sepenuhnya kepadanya membuat penilaian (QC).  Kadang-kadang dia juga turut mencuci telekung wakaf di luar  pengetahuan sesiapa.   

Tika kakinya yang sejuk kaku  di disirami air , saya katakan….ya ALLAH inilah  kaki yang telah menyempurnakan rukun haji . .. ketika ini saya tak dapat meneruskannya dan  sebak untuk berkata-kata. Lantas dua makcik pemandi mayat tadi menyebut-nyebut nama aruah hajah…hajah....ooo berapa usianya? Tahun bila  dia pergi?? Accident di mana??….Saya juga katakan  umrah pun dia dok pii…murah rezeki aruah ni..dia ni ade kemahiran yang menjana pendapatan juga.  Kaki ini lah yang dok pi qiyam kat masjid Negara di penghujung bulan Ramadan . Subhanallah.  Pengendali urusan mayat  juga memberikan komitmen yang baik ketika menguruskan jenazah aruah.  Atas permintaan saya  bagi melengkapkan kain kafan nya ialah meminta di lapikkan dengan plastic alas memelihara kehomatan jenazahnya.  Ini bagi mengelakan sebarang komplikasi kerana jenazah aruah yang dibawa  dari KL ke Muar. Seketika dicelakkan dan dikafankan, terserlah wajahnya..wajah aruah yang seolah-olah sedang tidur nyenyak . Hanya terkesan calar sedikit di atas dahinya.  Ketika kucupan terakhir saya padanya….. saya memohon ampun maaf andai ada kekurangan menyempurnakan urusan jenazahnya dan selamat jalan kak zainah…selamat jalan….masa akak dah sampai…saya juga yang lum pasti….( juga sampaikan salam kepada aruah mak dan ayah saya di sana jugak). Lama kucupan saya hingga di dahinya yang sejuk ghedi itu.. Muga ALLAH merahmati dan mencucuri rahmat berterusan buatnya….dan ditempatkan mereka dikalangan orng soleh dan di jannahtul firdaus.

Biarpun aruah sahabat saya seketika Cuma, tak banyak dikongsikan kerana kini  kami berbeza seksyen, dan bumbung walaupun dalam satu jabatan yang sama. Terima kasih ALLAH memberi saya peluang untuk menemani sahabat saya dipenghujung perjalanannya. Ramai rakan taulan yang terperanjat dengan pemergiaannya ini . 

Dia adalah sahabatku...Hajjah Zainah Md Sarif yang telah meninggalkan kami kerana kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah... Sama-samalah kita bacakan AL FATIHAH dan hadiahkan buatnya ..muga ini dpat membantunya di alam  juga sana sbg hadiah sempena ulangtahun pemergiannya. ya ALLAAH cucuri dan rahmatilah dia.....Hjah Zainah ni dan berikan kebaikan, luaskan kuburnya, terangi kuburnya dan berikan dia kebaikan dan ditempatkan di firdausimu... Juga buat semua AL FATIHAH untuk penghuni2 kubur khususnya buat ayahandaku dan bondaku jua...  


usai disolati....jenazah dibawa keluar untuk di tutup dgn kain batik lepas sebelum ditutup 
bersambung ...........pic make a story..........

catatan 20/12/2013..(sengaja diawalkan kerana saya akan bercuti pada tarih berkenaaan)

Thursday, December 19, 2013

result PMR 2013 hari ini

19122013.........hari debaran buat anak-anak  yang telah mengambil  PMR 2013. Sejak awl lagi debaran waris menanti penuh misteri berapakah aggreget bakal  diperolehi. Pengumuman keputusan mencatatkan  peratusan meningkat tahun demi tahun.  Inilah statistik yang dibuat berdasarkan pencapaiannya kali ni.

Syabas dan tahniah kepada semua yang telah membantu mempengaruhi keputusan PMR kali ini. Buat guru-guru yang di hormati..budimu ditaburkan , tuaiannya membenihkan hasilan terbaik. Terima kasih kerana memberi tunjuk ajar kepada generasi kami untuk berjaya. Doakan kejayaan mereka sebagai satu anjakan yang bakal melonjakankan lagi kecemerlangan mereka dunia dan akhirat.   Nakhodakanlah pelayaran mereka mengikut arus terurus bukan terputus. Mereka adalah generasi yang perlukan pedoman dan panduan.

 Tidak terkecuali buat kakak2 dan abang2ku yang sabar mendoakan kejayaaan anak-anak mereka. Disamping memberikan sepenuh sokongan, perhatian juga peraturan, redza merekalah didambakan.
Akhirnya misteri result PMR saya perolehi menerusi sms
11.25 PMR Emaad dapat 2a 6b..math dan geo b.
11.34 Sara anak kak ija dapat 5a 3b
11.35 zaid dapat 8a, alhamdulilah
1135 Alhamdulilah melalui sms 15888 dapat 8a (shahmi)

salam, bagaimana result abg ib?
1138: . 9A   Alhamdulillah

ikmal???


Alhamdulilah...alhamdullillah....Alhamdulilah
Terima kasih ALLAH....
Untuk kali ini saya simpulkan anak2 saudara saya telah berjaya mengekalkan dan  membaiki prestasi kejayaan yang dirintis oleh abang dan kakak mereka  Inilah yang dikatakan mudahnya mendidik anak jika tahu acuannya. Ini adalah rekod peribadi masing masing untuk meneruskan kecemerlangan . \

Emaad akan berhijrah ke sekolah  TTDi dari  kota damansara
Zaid akan terus mencipta rekod kejayaan  buat MRSMnya
Shahmi akan berhijrah dari  SMS Lahad Dato ke SMS di kota tinggi
Ibrahim akan meneruskan kecemerlangan dirgahayu Maktab Mahmud.
InsyaALLAH

Ini adalah empat saudara sepupu yang bertarung untuk PMR kali ini . Muga pertarungan mereke terus meraih ilmu sebagai bekalan dunia dan akhirat.Kejayaan yang didambakan, tapi usaha diperlukan . Ayuh anak-anakku  teruskan menobatkan ilmu sebagai senjata tajam yang amat  diperlukan. Seperti aruah wan pernah katakan.....''wan hanya bekalkan ilmu dan carilah sebanyak mungkin dan selagi mahu.....' Harta wan hanya sekangkang kera ni lah... ilmu sahaja harta yang berkekalan .. Al fatihah buat almarhum wan dan tok juga. Bagaikan terpanggil untuk memberitahu aruah mak dan ayah saya....lihatlah inilah keputusan kejayaaan cucu-cucu mak dan ayah....mereka bijak mak ayah...mereka boleh...terus doakan meraka lagi.....

Kepada semua, cu ingatkan, jadikan kejayaaan hari ini sebagai satu langkah lebih dekat dengan ALLAH. Mengerti makna kesyukuran dan berterima kasihlah kepada ibu, mama dan ayah. Muga restu mereka terus mengiringi.................amin



Keputusan UPSR tempuhari....
Ini adalah pertembungan anak-anak bungsu dalam family saya
Adik Huda, adik Zaki dan abang idad
Keputusan Huda dan Zaki adalah seri 4A 1B manakala abang idad terus merahsiakannya
apapun ini adalah catatan peribadi milik mereka
Mereka berhak mengubahnya untuk mencipta kejayaan seiring dengan jejak-jejak yang telah dirintis oleh generasi terdahulu.
Muga anak-anak saudara saya terpandu arahnya 
bijak memilih rakan dan terus menghargai pengorbanan, kasih sayang yang dicurahkan...

SALAM KEJAYAAN SALAM TAHNIAH    
Mohon mendoakan kejayaan anak2 generasiin di dunia di akhirat.
Terima kasih