Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Awal pagi ni saya menerima satu kejutan yang teramat…tentang
kematian yang hadir menjemput duapupu kami…Innalillahiwainailaihirojiun….bagaikan
ternampak2 kelibat dan suaranya yang mesra lagi peramah tika bertemu. Aruah seorang
yang periang dan disenangi semua orang. Masih saya ingat ketika mak dan ayah saya masih hidup, setiap kali
pagi raya…aruah dan familynyalah yang akan muncul sebagai tetamu kami yang
pertama…Ayat yang sama diulang- chaq(panggilan
untuk mak dan ayah saya) adalah pengganti kepada emak dan ayahnya. Aruah ayah
dan emaknya adalah sepupu kepada ayah saya dan keakraban ini menjadi
kelangsungan kepada generasi seterusnya. Alhamdulilah. Memandangkan ayah saya
anak sulung , jadi keseluruhan anak-anak ayah membawa gelaran/pangkat(seumur
hidup) abang dan kak dihadapan nama masing-masing)
Aruah adik merupakan anak ke 8 yakni yang bongsu dalam
family. Mesra juga di panggil cu mazni. Seorang yang mudah mesra dan disenangi kami semua. Aruah dilahirkan
pada 22 march 1972 dan dijemput pada hari ini di usia 42 tahun.
Aruah telah berkahwin dan memiliki 2 putera dan 2 puteri yang masih kecil.
Berita pemergiannya mengejutkan seluruh family termasuklah
guru2 dan pelajar di sekolahnya. Saya dimaklumkan beliau hanya muntah2 sebelum
dijemput ALLAH selepas pulang dari
membeli barang2 keperluan anak2 lewat malam tadi ..Setakat yang diketahui aruah
tidak mengidap sebarang penyakit.
'
Aruah telah dibawa pulang ke kampung saya, disolati
dan disemadikan di tanah perkuburan kampung saya sekitar jam 12 tengahari. Dapatlah saya katakan
di lokasi yang sama bersemadinya dua insan yang saya sayangi. Insya ALLAH kan saya
ziarahnya jua di tika emngunjungi pusara emak dan ayah nanti. Buat seluruh family ucap takziah diiringi dan
buat anak2 dan suaminya –adik Azman tabah
dan redhalah atas pemergiaannya., berilah semangat dan perhatian kepada anak2. Mereka
perlukan sokongan dari seorang ayah cum umi juga. Muga ALLAH bantu jua
Ya allah, berikanlah kebaikan dan cucurilah rahmat
berterusan buat allahyarham sepupu kami adik mazni yang dikasihi..Luaskan ruang
rehatnya dan tempatkannya di kalangan orng soleh dan ampunilah segala dosanya.
Dia telah melaksanakan tugasnya dengan sempurna dan berilah kebaikan buatnya. Sekiranya
ada sebarang hutang mngenainya mhn dimaklumi kepada pihak familynya secepat mungkin.
Damailah adik di sana, menemui seluruh family kita yang telah sama2 di alam
sana.. Insya ALLAH kita semua akan kembali kepadaNYA bila tika sampai waktunya.
Ya allah rahmatilah dia ya allah…
Sama-samalah kita mengambil iktibar atas sebuah kematian
kerna ia adalah satu perjalanan yang mesti ditempuhi dan tak akan kembali
lagi.. Perelokan amal dan perbaiki iman dari masa ke semasa pohonlah keampunan
berterusan dari ALLAH dan sahabat2
semua. Muga kematian kita adalah yang terbaik dan diakhiri degn husnul qatimah…
buat semua pembaca KK, ayuh sama2 kita titipkan al fatihah buat aruah sebagai
hadiahnya peribadi buatnya . Terima ksih ALLAH
catatan dibuat pada 6/2/12@1428hrs
![]() | ||
| AL FATIHAH |


3 comments:
Assalamualaikum Ain
Al Fatihah
moga arwah ditempatkan bersama dgn orang2 yg soleh serta kuburnya diterangi dgn cahaya Syurga...amen
Assalamualaikum Ain
Al Fatihah
waaalikumusalam tuan hj ,
amen.
mudahan doa kita diperkenankan..
terima ksih
Post a Comment