Dengan Nama ALLAHyang Maha pengasih Lagi Maha Penyayang,
Misi: ROADTOUR TO FELDA LEPAR UTARA 01
Date : 31/1/14
Jaraknya lebih kurang 360 km perjalanannya dari Shah Alam ke FLU01.
Satu perjalanan yang agak panjang tetapi 'advanture'. Konvoi kami hanya berhenti
breakfast di rnr Geting Sepah sambil menikmati bayu pagi yang mendamaikan.
Suasana dingin dan sejuk mencecah bawah 20 darjah singgah di pipi dan menyucuk diri. Bersama shawl saya
membelitkan diri bagi memanaskan diri. Inilah rahmat ALLAH yang Memiliki dan Menguasai alam ini. Dijadikan Alam ini untuk kita menempa pengalaman dan
mensyukurinya. Sejauh manakah nikmat ALLAH kita syukuri??
Apabila konvoi kami exit di
Chenor, panorama diselubungi hutan hijau sawit yang damai dan terpelihara.
Indahnya lukisan ciptaan ALLAH ini yang berwarna biru dan kehijauan, gabungan
dua warna yang dekat dengan ALLAH
dikawasan yang berbukit bukau ini. Namun lama kelamaan ianya agak
membosankan dan kepala saya hampir berpusing-pusing bila “kapten” meneruskan
misi ke FLU01 tanpa berhenti lagi.
Suasana hutan yang sunyi kami tempuhi selepas melewati Bandar Pusat Jengka yang merupakan pusat Bandar bagi Jengka dan
kawasan sekitarnya. Selepas menyusuri
jalan yang bengkang-bengkok, berbukit bukau diseliputi pohon-pohon merendang
kami tiba ke destinasi selepas hampir 5 jam pemanduan berhemah. Terima kasih ‘kapten’ Yatt dan Amal
yang mengemudikan McV masing-masing. Tidak ketinggalan ‘kapten’ Mala
yang menyusul sejam kemudiannya. Terima kasih ALLAH yang telah memelihara kami
kesemuanya untuk sampai ke FLU01 ini
dengan selamatnya. Misi konvoi 3 biji myV ke sini
| Tudiaaaa...FLU01 kami datang.... |
Alhamdulillah perjalanan yang
panjang terubat bila kami dijemput dan dihidangkan sendiri oleh bakal pengantin
perempuan makan tengahari. Ikan goreng,
masak lemak kobis taufu tauhu,sambal belacan dicicah bersama kangkung rebus dan
petai di samping telur goreng dadar dan
sambal itam belimbing bilis menjadi menu pilihan. Subhanallah sedapnya
masih terasa apatah lagi dinikmati bersama-sama. INilah layanan terakahir har sebelum beberaa jam akan bergelar suri.Terima kasih ‘har’ dan family
yang sudi mengundang kami meraikan hari bahagianya.
Semangat kemasyarakatan masih utuh di sini bila mereka bermuafakat menyediakan menu kenduri. Suasana petang itu menyaksikan lembu dilapah oleh kaum lelaki manakala kaum wanita sibuk menyiang bawang, nenas, kelapa dsb..Indahnya jika suasana pakatan ini masih dikekalkan di tempat kita. Kami?? hanya menyaksikannya...
Har, saya anggap seperti juga
anak-anak saudara saya yang lain….Biarpun kami tiada talian persaudaraan secara
mutlak tetapi naluri kasih sayang tetap terpahat. Hubungan ini terjalin melalui Yatt yang
memang saya anggap seperti anak saudara
saya dan mereka begitu akrab. Norhayati dan Haryati dua insan yang mesra, berbeza
nama dan rupa tapi memiliki karektor yang hampir sama. Disenangi
oleh kebanyakkan rakan sepejabat dan baik hati. Senyum dan keayuan mata Har menggambar
rasa keikhlasannya. Subhanallah indahnya ciptaan ALLAH ini. Maka fahamilah saya,
kenapa rakan2nya turut serta tanpa mengira jarak dan lokasi bagi meraikan hari
bahagianya. Bertuah rasanya kami mengenali Har dan familynya yang kaya dengan
senyuman dan berpekerti mulia. Sedikitpun tidak canggung ketika berada di rumah mereka. Baik pengantin maupun
familynya tetap melayan dan meraikan kami dengan sempurna sebagai tetamu mereka. Terima kasih
ALLAH.
| Aku terima nikahnya.... |
| Posing lah sebelah sini pulak dik.... |
Pada 31/1/14 menghampiri jam 9.25
malam, sah Har telah menjadi suri hati kepada Irwan dengan dua kali lafaz .
Alhmdulilah dan tahniah…barokallah…Selamat pengantin baru. Menyeka airmata seketika dari tumpah tatkala
menyaksikan anaksaudara angkatku ini selamat diijabkabulkan. Selamat tinggal
zaman bujang. (fullstop),Selamat melayari bahtera bernama perkahwinan dan
kemudikan ia kerana ALLAH. Anggaplah semalam yang dilalui bersama sebagai
kenangan terindah dan laluilah hari ini dengan lebih tega. Ibaratkan diri
kalian telah bisa melepasi jambatan yang
payah kerna nun di penghujungnya ada bahagia menanti… Buat anakanda irwan, pesan cu cuma satu
bahagiakan Har, jadilah suami yang terbaik. Hayatilah makna Allah menciptakan wanita dari tulang rusuk
laki-laki, dekat dengan lenganya untuk dilindunginya, dan dekat dengan hatinya
untuk dicintainya. Segalanya kini menjadi tanggung jawabmu dan ingatlah
kita hanya dipinjamkan untuk memelihara amanah ini dan jadilah yang terbaik.
Ambillah junjungan besar kita
Nabi MUHAMMAD sebagai ikon sepanjang masa. Berpegang teguhlah dengan tautan
ALLAH dan gambarkan rasa syukur dengan melaksanakan tuntutannya…
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi Bukan dari kepala untuk dijunjung Tapi dekat dibahu untuk dilindung Dekat jua di hati untuk dikasihi Engkaulah wanita hiasan duniawi” |
Buat har yang disayangi,
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh…”
(wanita – dehearty)
Hubungan kekeluargaan antara
Pahang dan Kedah kini telah disatukan dengan ikatan yang direstui. Doa
kami muga ianya membawa bahagia hingga ke surga. Kami menyaksikan apa yang
telah ditulis oleh ALLAH tentang jodoh Har-Irwan. Muga ALLAH panjangkan jodoh
ini dan kekalkan bahagia hingga mewariskan generasi ummat Muhammad. Semuga dirahmati dan diberkati kehidupan kita
dan dipermudahkan segala urusan jua.
Bagi anak2 saudara angkat ku yang
lain bersabarlah menanti saat indah ni. Ianya pasti hadir. Bersabar dan pasrahlah caturan ALLAH adalah yang terbaik.
| senyum terukir gambaran bahagia dicipta |
| macam cantik jer ... |
![]() |
| sempat posing lagi tuh u oooll (sory pinjam trade mark sapa yer) |
Sedap menu disediakan -gulai kawah, sayur
labu, pajri nenas, ulam timun,selom, sambal telur, ikan masin….sedapnya
menjilat jari…sapa makan pasti nak lagi....ianya dimasak secara pakatan dan
hubungan silaturahim masih diamalkan di sini....
Pasangan dirai,dengan pelbagai
aksi..yang pasti menciut lagi diingati
Apapun
uool memang d’best… terima kasih berkongsi kenangan terindah bersama
izati, amal, ida, nina,chombi, mekti, intan, mala, kak rozei,yatt…………..
Kenangan terindah kita abadikan bersama.
![]() |
| mempastikan setiap wajah dirakamkan.... |
| flower gulz ...warna tema krangkraf ke? |
| Ole2 dari pengantin....mengandungi nota kecil zikir sepanjang hari,kelendar kocek, tasbih, kueh dan kerepek... |
Atas pengalaman dan cabaran yang direntasi untuk sampai ke lokasi ianya merupakan pengalaman berharga. Belajar mengingatkan ALLAH dalam setiap ketika dan membuat analisis atas entiti ditemui. Merenung dan berfikir kesan dan tindakan sebelum pemanduan diteruskan. Kerjasama dan komitmen dari semua anggota konvoi amat diperlukan bagi membentuk keseragaman dalam tindakan. Apapun mengenali team Karangkraf @Karya Bestasi adalah satu pengalaman yang terindah buat saya....Semuga ALLAH terus merestui perjalanan kita dan kehidupan kita... Ampun maaf dihulurkan..doa ditadahkan muga bahagia pengantin diraikan..
SELAMAT PENGANTI BARU BUAT HARYATI & IRWAN
dan selamat menjadi warga Kedah buat Haryati....orang kedah baik2 belaka tau...masih tak caya??
cuba ceq try tanya en irwan...hihii....irwan ingat tau pesanan cu .
Wallhuaklam




2 comments:
Havoc! tq cu abadikan kami semua dlm blog gojes inim.. :) <3
Terima kasih
terima kasih berkongsi gumbira bersama ye..muga allah selamatkan kita duniya dan akhirat...amin
Post a Comment