Friday, December 20, 2013

Setahun berlalu ..Zainah dalam kenangan #1

Dgn namaALLAH  yang maha pemurah lagi maha penyayang

Masih saya ingat…..21 disember 2012.........

 Tika membantu dua’pemandi mayat’  di HKL tempuhari, kami bagaikan saudara. Padahal ini adalah pertemuan kami yang kedua selepas membantu menyempurnakan  jenazah Yana anak saudara abang ipar saya  yang meninggal kerana komplikasi  jantung dan buah pinggang sebulan sebelumnya. Kali ini  urusan membantu menyempurnakan  jenazah ‘ dia "….

Sahabat yang pernah bersama –sama saya  mengharungi getir payah menghabiskan pembelajaran hujung minggu di SPACE UTM. Dialah yang membantuku menyiapkan tutorial elektronik, matematik hatta teori litar juga elektronik instrument.Banyak assigmnent kami kongsikan. Dia seorang study group yang bagus. Sesekali pernah saya merasai menu breakfast air tangannya.  Boleh lah di katakan dia seorang yang tekun belajar lagi baik hati. Aruah juga kerap  berjumpa pensyarah dan pastinya  segala tips diperolehinya  akan dikongsikan. Walaupun  berlainan tempat kerja namun ianya tidak membataskan perhubungan kami.  Dia di  Angkasapuri RTM  manakala saya di BTP KL dulu.

Paling tak saya lupakan, dia juga pernah bertamu di kampung saya  bagi merawat penyakitnya.   Boleh dikatakan memori itu segar diingatan family saya juga.  Endiometrosis telah mencengkam hidupnya namun kepayahan tersebut tak membataskan pergerakkannya. Biarpun  begitu, dia pernah beberapa kali menjalani pembedahan demi pembedahan untuk merawat penyakit dialaminya. Yang segar lagi  di ingatan saya, penyakitnya menunjukkan kesan positif  dengan meminum minyak habbatus sawda yang diperolehi langsung dari tanah suci Mekah.  Lazimnya dipesan menerusi rakan2 yang pergi ke sana dari masa ke semasa. Subhanallah.

Kini dia adalah sekujur jasad yang kaku... Kesan jahitan  postmortem mencorakkan badannya juga. Sekali lagi saya kaakan jahitan nya kemas dan cannnntik sangat.....  Saya menangis tapi siapa yang peduli kerana dia tetap sahabatku dan telah mendahuluiku....Saya memohon izin untuk turut serta berada di bilik mandi mayat itu inilah peranan dan khidmat terakhir saya kepadanya......dari ALLAH kita datang kepadaNYA kita dikembalikan....

Tika air mandian di curahkan ke badannya,  saya cuma berbisik dalam hati…duhai sahabatku indahnya  pertemuan kita semalam……..Atas nama Bengkel pengurusan stratejik jangka panjang dan keperluan latihan bahagian operasi penyiaran 13-15 dis 2013  di Goldcost Morib Resor. Kita berkongsi bilik di tingkat 8 dan  bekerjasama sepanjang bengkel tersebut . Sesekali hati di risik lucu bila konvoi  saya ke  destinasi ini hanya sekadar  nama. Bersama MYV pecutanmu mendahului dan meninggalkan  D’vaku.  Namun ade kalanya MYV berada betul-betul dihadapan saya tapi sekelip mata cuma  pasti ia akan menerobos laluan yang ada. Yang jelas, dia menanti saya dengan setia di bilik dengan secawan teh. Tika itu sikitpun tak saya sangka ianya petanda  akhir untuk dikenang

Menyaksikan sekujur tubuh yang kaku  dihadapan saya kini, dialah teman sebilikku seminggu yang lalu. Rupanya sengaja ALLAH  taqdirkan agar saya menyaksikan sekujur tubuh itulah yang menghidupkan qiayamullail, mendendangkan zikir dan AQ sepanjang 2 malam bersama. Kenapalah saya enak menyelimuti diri ini tika alunan zikirnya memecah lenaku ?? Kenapalah saya tidur mengiring bila sedar cahaya lampu menggangu tidur..Astaqfirullah… YA ALLAH ampunilah  dosa dan kecuaian saya semalam….
Akhirnya saya tak dapat menyimpan rahsia lagi….Tika basuhan  air dicurahkan di kepalanya oleh salah seorang pemandi mayat  …..saya lontarkan apa yang terbuku di hati… YA ALLAH, saya menyaksi sesungguhnya inilah wajah yang menghidupkan malamnya dengan qiyam dan zikir…Beruntungnya hajjah…( kata-kata ini terhenti ….) …Dua pemandi mayat tadi bagai terkedu  ………….mereka menanti-nnti cerita saya lagi….Bagi saya  mereka menyempurnakan jenazah dengan sempurna dan profesional sekali.
Sambil menggosok2 tangan kirinya , saya masih ingat saya berkata-kata….inilah tangan yang turut bersama –sama menunaikan zakat di PPZ  dan dia seorang pemurah. Beberapa kali juga  terserempak  dengannya atas urusan yang sama. Ada tikanya kami  sama-sama menghulurkan derma pada tabung pembangunan islam di selatan Thailand.

 Tika menyentuh tangan kanannya, hati terpana lagi…..Ya ALLAH… maafilah sahabatku ini. Kecederaan parah pada lengannya  yang  longlai ku sambut dan kami saksikan…Kini saya faham….yang patah riuk  akibat kemalangan itu juga  jahitan kesan post mortem hanya di bahagian lengannya sedangkan tangannya sempurna dan terpelihara. Subhanallah…. Sesungguhnya tangan itulah yang telah membuat amal kebajikan yang kecil tapi besar sumbangannya di sisi ALLAH insya ALLAH. Kemahiran menjahit yang ada padanya digunakan antara lain untuk membaiki telekung-telekung wakaf di masjid dan surau  kami.  Ada tikanya dia merungut, kenapa orang suka berwakaf dengan telekung yang dah longgar, rosak dan lama?? Soalan ini tak memerlukan jawapan  kerana saya menyerahkan sepenuhnya kepadanya membuat penilaian (QC).  Kadang-kadang dia juga turut mencuci telekung wakaf di luar  pengetahuan sesiapa.   

Tika kakinya yang sejuk kaku  di disirami air , saya katakan….ya ALLAH inilah  kaki yang telah menyempurnakan rukun haji . .. ketika ini saya tak dapat meneruskannya dan  sebak untuk berkata-kata. Lantas dua makcik pemandi mayat tadi menyebut-nyebut nama aruah hajah…hajah....ooo berapa usianya? Tahun bila  dia pergi?? Accident di mana??….Saya juga katakan  umrah pun dia dok pii…murah rezeki aruah ni..dia ni ade kemahiran yang menjana pendapatan juga.  Kaki ini lah yang dok pi qiyam kat masjid Negara di penghujung bulan Ramadan . Subhanallah.  Pengendali urusan mayat  juga memberikan komitmen yang baik ketika menguruskan jenazah aruah.  Atas permintaan saya  bagi melengkapkan kain kafan nya ialah meminta di lapikkan dengan plastic alas memelihara kehomatan jenazahnya.  Ini bagi mengelakan sebarang komplikasi kerana jenazah aruah yang dibawa  dari KL ke Muar. Seketika dicelakkan dan dikafankan, terserlah wajahnya..wajah aruah yang seolah-olah sedang tidur nyenyak . Hanya terkesan calar sedikit di atas dahinya.  Ketika kucupan terakhir saya padanya….. saya memohon ampun maaf andai ada kekurangan menyempurnakan urusan jenazahnya dan selamat jalan kak zainah…selamat jalan….masa akak dah sampai…saya juga yang lum pasti….( juga sampaikan salam kepada aruah mak dan ayah saya di sana jugak). Lama kucupan saya hingga di dahinya yang sejuk ghedi itu.. Muga ALLAH merahmati dan mencucuri rahmat berterusan buatnya….dan ditempatkan mereka dikalangan orng soleh dan di jannahtul firdaus.

Biarpun aruah sahabat saya seketika Cuma, tak banyak dikongsikan kerana kini  kami berbeza seksyen, dan bumbung walaupun dalam satu jabatan yang sama. Terima kasih ALLAH memberi saya peluang untuk menemani sahabat saya dipenghujung perjalanannya. Ramai rakan taulan yang terperanjat dengan pemergiaannya ini . 

Dia adalah sahabatku...Hajjah Zainah Md Sarif yang telah meninggalkan kami kerana kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah... Sama-samalah kita bacakan AL FATIHAH dan hadiahkan buatnya ..muga ini dpat membantunya di alam  juga sana sbg hadiah sempena ulangtahun pemergiannya. ya ALLAAH cucuri dan rahmatilah dia.....Hjah Zainah ni dan berikan kebaikan, luaskan kuburnya, terangi kuburnya dan berikan dia kebaikan dan ditempatkan di firdausimu... Juga buat semua AL FATIHAH untuk penghuni2 kubur khususnya buat ayahandaku dan bondaku jua...  


usai disolati....jenazah dibawa keluar untuk di tutup dgn kain batik lepas sebelum ditutup 
bersambung ...........pic make a story..........

catatan 20/12/2013..(sengaja diawalkan kerana saya akan bercuti pada tarih berkenaaan)

No comments: