sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Tuesday, November 29, 2011
Word less Wednesday # 8
lokasi kejadian : MUZIUM NEGARA @ 24 Nov 2011
ohh anak...dari mana datangnya keberanian menyentuh dan membelai dengan sang belit ni..? Memegang tanpa rasa geli "geleman" bahkan dipupuk degan rasa kasih sayang....Iinilah antara kejadian yg benar2 berlaku baru-baru ini. Gelagat anak2 saudaraku seketika berkunjung di MN sempena pameran inovasi KPKK.
Ade berani??
Friday, November 25, 2011
begini kisahnya
Mana resit belian emas kamu ni naqi...? Betul ke ni emas 916? Dua pertanyaan daripada Tuan Pendaftar Nikah Cerai ( Tn Hj Abd Rahman Ahmad Yusuf) ini menjadikan kami yang berada berhampiran tergejut. Peliknya kawin sekarang nie, nampaknya syarat nikah dah bertambah. Bukan sahaja nak pengantin lelaki dan perempuan, wali , ijab dan kabul tetapi juga resit. Walau bagaimanapun dengan diplomasi jugak, tuan pendaftar boleh menerima kecuaian ini selepas menimbang2 ( agak2 berat emas 916 tu) - dan memperincikan nilai emas tersebut. Syukurlah...urusan scanning telah berjalan lancar. Menurutnya tujuan resit tersebut adalah untuk mengelakkan penyelewengan emas yang dijadikan hantaran perkahwinan. Dalam dunia yg cacamerba, semua pihak haruslah berhati-hati dan bersama2 membenterasnya..
Manakala pengantin perempuan pula tertinggal kad pengenalan dan memaksanya menghafal no ic di hadapan imam pendaftar. Dalam kekalutan melaksanakan sesuatu, kekadang kita terlupa sesuatu. Inilah mananya manusia yang seringkali alpa. Semuga ALLAH ampuni kita
Pada tanggal 19112011, jam 1608, AHMAD NAQIYUDDIN dan AMIRA selamat diijabqabulkan di hadapan pendaftar nikah di Masjid Amru Abn Al ass. ALHAMDULILAH...sah!! Dengan sekali lafaz, termeterai ikatan pernikahan yang berkuatkuasa serta merta di antara mereka berdua.. Barokallahulakum....
Ahmad Naqiyuddin adalah putera tunggal daripada empat beradik, anak sulung abg ke 7. Seorang anak saudara yang baik dan dilahirkan di KK semasa umi dan ayahnya bertugas di sana.Membesar di Kedah dan bekerja di KL, dan kini bertemu jodoh pulak di sini. Majis pernikahan telah sempurna dilaksanakan di Masjid Amru Al As,Bandar Baru Sentul. Suasana petang jumaat yang barokah dan ketenangan seusai ujan bagaikan merestui majlis penyatuan ini. Imam merangkap jurunikah yang peramah memainkan peranannya dengan sebaiknya. Rombongan pihak lelaki di wakili oleh sanak saudara yang berada di sekitar KL sahaja manakala emak bapa saudaranya lah merangkap juru andam. Bila lagi pengantin lelaki nak mnja-manja dengan saudara mara kan.. sapu bedak, sarungkan stokin dan pakaikan sampin.... wah-wah q-deen.
Al kisahnya, Tak banyak yang saya tahu tentang cinta mereka.. Tentang anak saya ini....hmmm pada mulanya pelik jugak sebab dia pernah bercerita , along nie tak de makwe la cu.. Sesekali kami berselorah iye ke along nie ?? betul..kwn2 along dah kata along ni gay ...Nauzubillah...Begitulah dunia bicara anak2 sekarang..Macam2......Syukur. Kini Along Q-deen dah sah mnjadi seorang suami..Tak banyak yang saya tahu tentang menantu baru..cuma yang pastinya cinta mereka berputik di tempat kerja. Syukurlah akhirnya berbuah hingga ke nikah. Buat anakanda baru saya, Amira, selamat menjadi ahli keluarga kami yag besaq dan semuga pandai menyesuaikan diri dan jadilah isteri sholehah. Mudahan Anakanda Naqiyuddin juga mampu memikul tanggunjawab sebagai suami, anak, ayah dan ketua keluarga yang membawa hingga ke syurga. Amin
Anak-anakku hayatilah nasihat Rasullulah ini
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai
![]() |
| sesi soal jawab: hah gelabah seketika.. |

| Barakallahu laka wabaaroka 'alaika wa jama'a bainakumaa fii khoir. [Semoga Allah memberkatimu dan meletakkan keberkatan ke atasmu serta menghimpunkan kedua kamu dalam keberkatan] |
![]() |
| "Semoga perkahwinan anak saudaraku ni kekal sehingga ke akhir hayat dan insyaAllah sampai ke syurga" |
Notakaki :
Ahmad Naqiyuddin adalah putera tunggal daripada empat beradik, anak sulung abg ke 7. Seorang anak saudara yang baik dan dilahirkan di KK semasa umi dan ayahnya bertugas di sana.Membesar di Kedah dan bekerja di KL, dan kini bertemu jodoh pulak di sini. Majis pernikahan telah sempurna dilaksanakan di Masjid Amru Al As,Bandar Baru Sentul. Suasana petang jumaat yang barokah dan ketenangan seusai ujan bagaikan merestui majlis penyatuan ini. Imam merangkap jurunikah yang peramah memainkan peranannya dengan sebaiknya. Rombongan pihak lelaki di wakili oleh sanak saudara yang berada di sekitar KL sahaja manakala emak bapa saudaranya lah merangkap juru andam. Bila lagi pengantin lelaki nak mnja-manja dengan saudara mara kan.. sapu bedak, sarungkan stokin dan pakaikan sampin.... wah-wah q-deen.
Al kisahnya, Tak banyak yang saya tahu tentang cinta mereka.. Tentang anak saya ini....hmmm pada mulanya pelik jugak sebab dia pernah bercerita , along nie tak de makwe la cu.. Sesekali kami berselorah iye ke along nie ?? betul..kwn2 along dah kata along ni gay ...Nauzubillah...Begitulah dunia bicara anak2 sekarang..Macam2......Syukur. Kini Along Q-deen dah sah mnjadi seorang suami..Tak banyak yang saya tahu tentang menantu baru..cuma yang pastinya cinta mereka berputik di tempat kerja. Syukurlah akhirnya berbuah hingga ke nikah. Buat anakanda baru saya, Amira, selamat menjadi ahli keluarga kami yag besaq dan semuga pandai menyesuaikan diri dan jadilah isteri sholehah. Mudahan Anakanda Naqiyuddin juga mampu memikul tanggunjawab sebagai suami, anak, ayah dan ketua keluarga yang membawa hingga ke syurga. Amin
Anak-anakku hayatilah nasihat Rasullulah ini
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT :
NAQIYUDIIN DAN AMIRA
Wednesday, November 16, 2011
Monday, November 14, 2011
aset kita
MASA ialah aset kita yang tidak akan dapat diganti. Fokus pada kerja penting dan ignore semua wasteful buzyness. lack of time is actually lack of priority. ACTION is the key
----Prof Dr MuHaya---
Dikongsikan kata2 manis ini sebagai pedoman buat diri..Dalam kesibukan hakiki adakalanya terlalai memaknakan masa..Mudahan ALLAH ampuni dan permudahkan urusan.
Friday, November 11, 2011
alhamdulilah...Terimalah.korban kami
Usai solat raya di masjid Jamiul Rahman, kami bergerak ke pusara ayah dan anakanda Zulkifli yang terletak bersebelahan masjid sahaja. Doa diiringi mudahan ALLAH mencucuri rahmat keatas mereka dan ditempatkan di kalangan orang soleh dan diberi kenikmatan dan keluasan kubur seperti nikmatnya syurga. Doa ini juga di khususkan buat aruah2 tuk2 dan wan2, nenek2 emak/ayah, abang kembar saya-Husain dan Hasaan, anak2 saudara -YusufFirdaus, Huda Hayati, Ishaq, Fatimah , guru2 dan semua saudara mara juga muslimin muslimat yang telah mendahui menyambut panggilan ALLAH. Damai dan bahagialah mereka di sana. InsyaALLAH, kelak saya juga akan menyusulinya
Tidak seperti tahun sebelumnya, kali ini ibadah korban keluarga dibuat pada hari raya pertama. Kali ini mewakili family HJ MANSOR, ibadah korban disertai oleh mak, kak SitiKhadijah, abg Soleh, kak Rusnina,saya, anakanda Saleh Murshidi dan anakanda Ilyas Tufail. Syukur genaplah giliran 7 orang mewakili juga seekor lembu untuk disembelihkan. Ibadah korban family ini telah diamalkan ketika ayah masih bersama lagi dan kini diteruskan lagi.IIbadah korban adalah sunnat muakad dan dituntut untuk semua menunaikannya. Mudahan ALLAH menerima ibadah ini dan pengorbanan ini menjadi satu azam buat semua melakasakannaya lagi ditahun depan. Segalanya kerana ALLAH. Daging sembelihan diagihkan terus kepada jiran2 kg dan sahabat taulan ayah dan emak.
Manakala sebahagian tulang di ambil dan menjadi menu tengahari anak cucu cicit yang datang beraya..Hidangan ini juga sebagai pembuka kenduri korban dan hari raya aidul adha. Daging rebus dicicah dengan air asam dan daging goreng menjadi santapan bersama disampaing ketupat, mee dan nasi himpit. Keadaan cuaca yang panas bagaikan merestui pengorbanan dilaksanakan dengan jayanya.
Apa yang istimewanya, usai urusan lembu disempurnakan, seekor kambing peliharaan pula di sembelih. Ia bukan untuk niat korban kerana usianya belum cukup matang tetapi hanyalah untuk makan beramai-ramai. Kredit kepada abang soleh yang meneruskan kesinambungan ayah yang memelihara kambing(sunnah Nabi). Jannapori vs kampong : jannpong. Cantik kan nama tu? Alhamdulilah rezeki namonya...sup daging menjadi santapan tengahari, kambing panggang pulak mnjadi menu malam. Kredit saya berikan kepada semua yang telah membantu menyediakannya ...
Sayangnya..kamera yang merakam ketika proses panggang kambing tu ditinggal di kg ats permintaan anak saudara.Lepas ni kena berguru dengan Pakngah Helmi / kak shami skill buat lamb chop. Hanya ingatan, pengalaman dan cetusan minda menjadi coretan kembara kehidupan kali ini. Kita layan kambing2 yang ada..pengubat kerinduan pada lamb chop

| dgn Nama ALLAH..ibadah ini kami mulakan |
| apa yg penting: kerjasama |

| panjang telinga ala jannapori |
![]() |
| ibu dan anak : lambang kasih sayang |
![]() |
| boleh layan daun hijau juga : jom menguyah |
Thursday, November 10, 2011
Ranjau Menuju Ikhlas
Bersama Ustazah Nor Hafizah Musa (pensyarah UTM dan penceramah motivasi )
dalam Kuliah Dhuha Muslimat " RANJAU MENUJU IKHLAS"
pada SABTU 12/11/2011, jam 9.15pagi
di Surau Al Mustaqim. (SAM)
InsyaALLAH kuliah ini akan mengupas secara ilmiah dengan itonansi kasih sayang daripada seorang pakar motivasi yang tak asing lagi. Sama-samalah kita menjadikan hari minggu ini sebagai lapangsasar ilmu di samping bercuti bersama family. Semuga ALLAH merahmati kita InsyaALLAH jumpa di sana.
SAM kini dalam proses penambahbaikan demi memberi keselesaan kepada para jemaah untuk menunaikan solat dan mengimarahkan surau. Tatkala menjelangnya ramadan lalu, ruang solat wanita diperluaskan dengan kemudahan aircond dan cat baru. Subhanallah segala dana dan sumbangan diberi telah diguna sebaik mungkin oleh AJK dan pihak yang menguruskan pembangunan surau ini. Sumbangan kepakaran arkitek, pelukis pelan dan sebagainya juga telah mempercepatkan proses pembangunan suarau ini. Walau bagaimanapun, pihak SAM masih mengalu-alukan sumbangan kewangan dari kita. InsyaALLAH kini pembinaan kolah wuduk sedang dilaksanakan dan sama-samalah kita menanam saham akhirat dengan menginfakkan derma untuk pembangunan ini. Semuga ALLAH mencatatkan amalan pahala ini untuk diri kita, ibu bapa kita dan semua yang kita sayangi sementara masa ada waktu...
Anda adalah dijemput dan menikmati sendiri pengisian majlis ilmu dan program-program anjuran surau ini dari masa ke semasa. Alamatnya SAM ,Jalan AU5C/8, Lembah Keramat, Hulu Kelang, 54200 Kuala Lumpur surau.mustaqim@gmail.comalmustaqim-au5.blogspot.com
Bank Islam : 12113010041674
Ustaz Azhar di KL
Bersama Ostaz Azhar Idrus di KL menjana ilmu daripada kitab : Anak kunci Syurga
11112011: Jumaat : Dataran Maybank, Bangsar
12112011 Sabtu : Masjid Khairiyah Taman Sri Gombak, Selangor
26112011 Sabtu : Masjid Ihsan Bandar Kinrara Puchong, Selangor
27112011 Ahad : MAsjid AlFalah USJ 8, Subang Jaya. Selangor
Rasai sendiri nikmatnya berada dalam majlis ilmu ini...Jadikan temujanji kali ini ..mudahan ALLLAH mempermudahkan segala. Amin
SUMBER dan perubahan sila rujuk : USTAZAZHAR

Forum : Apa peranan Kita?
![]() |
Menarik ..
Di mana peranan kita dalam aqidah islamiah ??
Tepuk dada tanya imam !! Apa jawab iman??
Ayuh sama-sama kongsikan peranan kita bersama tokoh-tokoh ilmuwan ini. Berazam dan berusaha mempertingkatkan iman dan amal dalam kehidupan . InsyaALLAH hidup berkat, masyarakat selamat.
Sama-samalah kita ke MASJID NEGERI SELANGOR
pada Hujung minggu ini: 12 NOV 2011 (malam sabtu selepas maghrib)
dalam santai ilmu di FORUM PERDANA EHWAL ISLAM
Jommm....InsyaALLAH
Thursday, November 3, 2011
Selamat Berkorban
| dah bersedia pun unta ni... |
| ana pun sedia juga... |
Ada yang berkorban di tanah air dan ada juga di luar negara. Semuanya satu matlamat.. Mencari redza ALLAH. Bukan sahaja unta tetapi juga lembu dan kambing sebagai pengganti diri mengambil kisah ketaatan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail atas perintah ALLAH. Hebatnya kisah mereka ....kita susuri bersama.
Walau bagaimana pun, ada bebarapa adab yang elok kita lakukan sebelum menyempurnakan ibadah korban ini. Saya akui agak terlewat saya mengetahuinya, namun saya akan beramal dengan hadis ini. Terimakasih tazkirah atas perkongsian ini:
Larangan memotong rambut dan kuku pada yang berhasrat untuk berkorban.
Nabi bersabda, “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya”. (HR Muslim)Nabi bersabda, “Sesiapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali dia memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban”. (HR Muslim)
InsyaALLAH , kita sama2 amal dengan sunnah yang dikongsikan ini.
Hari ini Jumaat..nak potong kuku???..Bertahanlah dulu..Lepas ni ikut ketertiban memotong kuku cara rasullulah tau.. Dah dapat dua sunnah..Subhanallah.
![]() |
| sumber :rujuk disini |
moOd: balik kampung....
menghitung hari....
Salam Jumaat yang ke 8 Zulhijjah..cuma ada satu hari lagi untuk kita meraikan hari Raya Haji @Aidil Adha.
Apakah persiapan kita ...?
Kini para hujjaz yang menjadi tetamu ALLAH sedang sibuk mempersiapkan diri untuk berwukuf di Arafah.. Mereka berlumba mengejar pahala yang ditawarkan. Sila rujuk : ..KEISTIMEWAAN ARAFAH (terima kasih). Mudahan kesempatan dan peluang ini juga akan saya nikmati jua nanti . Insya ALLAH
Tapi bagaimana dengan kita...? lidah dan bibir masih kelu untuk membesarkan ALLAH, bertasbih dan berzikir di samping bermuhasabah. Memadaikah sekadar menghitung hari untuk menyambut raya, bercuti dan berkorban(menumpahkan darah). Marilah sama-sama kita merebut peluang yang ada pada masa ini, tahun ini dgn tawaran pahalanya :
Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.
Rasulullah saw. ditanya mengenai puasa pada hari Arafah. Rasulullah saw.mengatakan, Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (HR Muslim)
..
Subhanallah..hebatnya tawaran ALLAH..Masih adakah Esok? Berkesempatankah kita di tahun hadapan...?? Ayuh sama-sama kita menunaikan ibadah puasa ini..kemunjaknya esok 9 Zulhijjah.
YA ALLAH ampunil diri ini atas kecuaian masa lampau dan akan datang...Alhamdulilah kesempatan berpuasa ini telah saya mulai beberapa hari sudah..insyaALLAH semuga hingga ke klimaknya KPI ibadah ini dapat disempurnakan. Membayangkan waktu berbuka puasa bersama family di kg ..indahnya nikmat berpuasa sebelum beraya. SeLAMAt BERPUASA

Nosrtalgia HAJI 2009 : kredit untuk haji/hajah: cikna/cik zul/maksu/kakteh dan ustaz fuad.
Bumi Arafah :Muga satu hari nnti, saya juga akan berada di sini...di bumi ini dan melaksanakan satu misi
KERANAMU ALLAH kami datang....menjadi tetamu dan menerima panggilannMU
Penyu menangis..
terima kasih sahabat..
penyu kini tak menangis lagi
kering sudah air matanya
melihat rakusnya manusia
mengejar
dan di kejar
walau tiada kesudahannya
terima kasih sahabat
penyu bagai ternakan kini
namun nangisnya tidak lagi
Kerna terukir untuk diabadi
Buat sahabatku Norhanahusni @ JKC
Terima kasih daun keladi kerana menghadiahkan seekor penyu ganu
Sebagai kenangan dan ole2 seketika berinduksi di sana.
Saya suka penyu ni.....mana mau cari sebegini cantik sekali...( I LIKE)
| Terima kasih adindaku nana |
Mari berdoa
salam 7 zulhijjah ...
diperpanjangkan zikir yang elok diamalkan pada hari wukuf . Bahkan anjuran ini juga disampaikan oleh Ustaz dalam kuliah zuhur di masjid tadi .Sama2 kita amalkan di samping berpuasa. InsyaALLAH biarpun kita belum menerima jemputannya namun peluang yang tiba, kita kejar bersama...
sumber perkongsian : DOA ZIKIR

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, Tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan pujian. Dialah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu”
Keterangan:
Waktu wukuf menghadap kiblat, membaca Talbiyah, Tahlil [seperti diatas] dan memperbanyak doa terutama agar terbebas dari siksa neraka
Waktu wukuf menghadap kiblat, membaca Talbiyah, Tahlil [seperti diatas] dan memperbanyak doa terutama agar terbebas dari siksa neraka
Referensi:
Panduan Manasik Haji dan Umrah, Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani رحمه الله. Terbitan At-Tibyan-Solo
Panduan Manasik Haji dan Umrah, Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani رحمه الله. Terbitan At-Tibyan-Solo
Wednesday, November 2, 2011
12 langkah...
| si cilik celik komputer.... |
Seketika saya ber"blogwalking" dan singgah di SINI, saya kongsikan manfaatnya.. Pemiliknya u r d winner , berkongsi info tentang kesihatan dan panduan sihat yang menarik. Jom lakukan 12 langkah regangan utk mngurangkan masalah sakit dan lenguhnya bahu..
"Menghadap monitor komputer berjam-jam akan menyebabkan bahu dan tengkuk akan berasa letih dan lenguh. Lakukan senaman ringkas selama empat minit ini bagi setiap sejam atau apabila anda berasa letih apabila anda menggunakan komputer. "
Senaman ringkas ini akan menjadikan anda lebih selesa. Amalkannya selalu!
![]() |
| ayuh...jadikan amalan!! |
| saya dah buat!!! |
sumber : terima kasih
Tuesday, November 1, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)