Pesta buku 2016..
Hari minggu merupakan hari untuk ku berpesta.
Memandangkan hanya MAEP ia bukan sahaja mudah tetapi lokasinya juga agak menyenangkan. Kemudahan parking kereta juga banyak dan bayarannya sebanyak RM3/sehari kita boleh berada selama mana suka dan apabila petang( selepas jam 4.00ptg), tiada bayaran dikenakan.
Sudah menjadi kelaziman ku, acapkali PBKL dianjurkan, kehadiran ku lebih dari dua kali.
Lawatan pertama merupakan lawatan persahabatan, recce kata bahasa broadcasting atau survey bahasa mudahnya. Membuat tinjauan dan meneliti buku-buku baru, lokasi booth dan yang best dapat baca buku hingga puas dari booth ke booth. Tiada sebarang larangan untuk kita memilih dan membaca buka. Penat berdiri boleh duduk dan penat mata boleh singgah ke pentas untuk menikmati selingan pelancaran buku, persembahan atau sebagainya Selain itu kedudukannya agak selesa berbanding tahun sebelumnya. Secara jujur saya setuju dengan pandangan sahabatku, jika dulu laluan sempit dan boleh bertemu bontot(maaf cakap) kini tidak lagi. Begitu juga berebut ruang solat dan tempat mengambil wuduk selain tandas dalam satu-satu masa.
Di MAEP, ruangnya agak luas bagi memberi keselesaan kepada pengunjung PBKL2016. Saya juga dapati food track memainkan peranannya menyediakan menu dan makanan yang memenuhi cita rasa. Walaupun begitu perlu diambil perhatian tentang harganya, biarlah memadai kerana pengunjung tiada pilihan dan bukan masa untuk mengaut keuntungan semata-mata. Pihak berkenaan perlulah membuat kawalan harga bagi menjamin kepuasan pengguna.

Lawatan keduaku pada hari Ahad 8/5/2016 merupakan ruang waktu untuk ku terus mencapai buku pilihan dan membayarnya. Agak lama juga saya meneliti buku YANG DIPAMERKAN. Ada juga buku yang sesuai dijadikan buah tangan sebagai hadiah saham akhirat. Ilmu saya tak banyak mana, amalan pun kurang tapi hanya ini satu cara boleh dipraktikkan untuk beramal jariah .
![]() |
| terbaharu sempena PBKL2016 |
dah berjaya mencipta namanya dengan menghasilkan karya keduanya ALIM LAM HAMZAH YA . Cuma satu harapanku, sampaikan ilmu agama dengan jelas dan kembalikan akidah islam yang sebenar, muga ummah dapat diselamatkan . Bukunya menarik cuma bahasa dan kalam tasaufnya perlu dipermudahkan. Bahasa jiwa bangsa dan ilmu jugalah yang mendidik peradapan negara
![]() |
| Sdra PYAN |
![]() |
| berkenan dengan muka depan terus |
Sedar tak sedar, waktu dah mengamit jam 9.30 malam. Ruang booth menjadi semakin pudar apabila mereka mula menutup ruang booth dengan kanvas. Ya petugas juga empunya masa untuk rehat merana mereka perlu bertugas untuk esok yakni isnin yang merpakan hari penutup
Saya katakan..pesta kali ini adalah pesta buku paling santai dan saya bangga ini menjadi paltform tahunan kita menikmati bahan ilmiah yang terkini.
![]() |
| time out...see you next year |







No comments:
Post a Comment