nah..minyak dah murahtapi..
Kesan C19, harga minyak dunia turun .
terkini harga seliter minyak adalah RM1.35 seliter. Bayangkanlah kereta kecil dan murah seperti d'Va hanya memerlukan RM 40 untuk penuh. SUBHANALLAH
Tapi, Pergerakan pula terbatas, Perjalanannya hanya dari rumah ke pejabat dan begitulah sebaliknya. Dengan muatan minyak sepenuh itu dapatlah bertahan dalam dua minggu dan bayangkan lagi berapa manfaatnya diberikan jika kereta "stay at home forever". Minyak kereta telah membantu meringankan perbelanjaan kewangan tetapi bagaimana pula dengan risikonya?
Ya, risiko agak tinggi jika tak menjaga tahap kebersihan dan tidak menggunakan sentiasa hand sanitizer. Semua kita terdedah kepada wabak C19
Bagi saya, harga minyak juga menyumbang kepada kecairan perbelanjaan bulanan kerana d'Va saya tu tak pernah duduk diam. Setiap hari dimanfaatkan. Berjela jika hendak dinukilkan. Seolah-olah bisikan saya padanya, bawalah daku ke syurga dengan asbabnya.
Tetapi kini
minyak murah tiada kemana
ada kereta terbantut pergerakan
ada jalan laluan terhalang
Lalu lebuh raya tiada pilihan
ada mahar perlu dilunaskan
dengan kekangan waktu kerja sekarang, saya tiada pilihan laluan lagi. Banyak laluan alternatif elak tol telah ditutup sepenuhnya. Melalui jalan sirim Bukit Jalil atau Jlan Kelang lama-Kinrara yang merupakan laluan tanpa tol telah DITUTUP . Kedua-dua laluan telah dituiutup sepenuhnya.

No comments:
Post a Comment