Bismillahi rohmanirohim
Alhamdulillah .. pagian yang indah lagi diberkati.. di Jumaat yang terakhir di Ramadzan
1434H. Sejauhmanakah pengisian Ramadan kita sehingga kini dan sepantas manakah
pecutan di saat akhir ini?? Ramadan di penghujung dan akan beransur
meninggalkan kita….
Sedih dan pilu mula mengusik kalbu…apakah ini pertemuan
terakhir ku…
..
Kesempatan yang ada sewajarnya di gandakan dan bertuahnya
saya berada di KL_Selangor ni apabila pintu2 masjid terbentang luas seolah-olah mengalukan kedatangan ummah.
Pelbagai juadah rohani disediakan dengan penampilan ustaz2 pilihan. Walau
sehebat manapun sheikh, ustaz atau tuan guru diundang,seandainya hati-hati ini masih dilalaikan dengan duniawi, ia tidak memberi
sebarang makna. Namun bagi yang lembut hatinya dengan jentikan surah-surah pilihan bisa menggetar dan
mengalirkan air mata penyesalan. Ya Ramadan
datang dan pergi dan kita masih sama dari hari ke hari namun bilangan usia akan
terus digandakan.
Alangkah indahnya jika selamanya Ramadan yang menjadi pesta ibadah sepanjang hari. Tapi segalanya telah ditentukan oleh AL KHALID dan ALLAH LEBIH MENGETAHUI.
Sapalah kita untuk mempertikaikan kejadian Pemiliknya. YA ALLAH ampunilah daku,
atas kesilapan2 ku selama ni sama ada secara sedar maupun tak. Tanggalkan daki2
dosa ku sebelum munculnya Syawal kelak
dan akhirilah penghujungku dengan yang baik..
Hari ini banyak media Fb dan ikim fm juga menyebar
luaskan kematian seorang ‘kaki masjid’ yang dijemput ALLAH ketika sedang sujud,
di petang khamis di Ramadan yang dimuliakan. Innalilahi wainnailaihi rojiun.. Hati
menjadi cemburu dan ingin rasanya mengimbau
alur perjalanan aruah semasa hayatnya….Berbahagialah
aruah yang selayaknya memperolehi jannah firdaus …dan semuga dicucuri rahmat berterusan jua. Tenang
dan damailah duhai saudaraku kan kelak..kami jua pasti menyusulimu.
Kematian aruah
juga bagaikan pecikan ingatan saya pada aruah ayahanda saya. Ketika solat
maghirb di masjid jamiul rahman, di
malam jumaat juga, ayah tiba2 rebah tapi
sempat berpaut pada anak tangga ke
tempat bacaan khutbah. Kemudian ayah
patuh meneruskan solatnya dan untuk kali
keduanya ketika yasin dibacakan tetiba ayah semakin lemah dan rebah dipangkuan jemaah
disebelahnya…. Rupa-rupanya 5 hari selepas itu ayah dijemputNYA. Apa yang saya simpulkan tentang ayah, ye ayah
memang ‘kaki masjid’ dan tidak meninggalkan solat berjemaah 5 waktu setiap hari. Itulah rutinnya sejak pencen kakitangan
kerajaan dan dia menggunakan
seluruh kederatnya untuk bersolat di masjid.
Dari langkahan yang laju hingga bertongkat dan setapak demi setapak, ayah tetap ke masjid.
Mudahan kita semua mendapat menggunakan kesempatan dan waktu
yang ade ini sebaiknya dan menjadi hamba ALLAH yang terpandu arahnya…
moood..sedih...AL FATIHAH Buat aruah ayahnada dan bonda saya , juga saudara2 kiat yang telah dijemout ALLAH. Muga terus dicucuri dan dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang2 soleh. nsya ALLAh.
No comments:
Post a Comment