![]() |
| seribu makna tersirat |
Ramadan bagi saya kali ini agak berbeza dgn tahun-thun sebelumnya. Lazimnya menjelang awal ramadan, saya akan menyambutnya di kg . Tapi kali ini BUKAN SEBAB " jimat duit tak payah balik kg" tetapi segalanyanya daripada caturan ILAHI..Ada sahaja pengisian dan jadual majlis ilmu yang hebat sebelum ramadan .sayang nak tinggalkan.. Tatacara dan adab meraikan ramadan di ulang bicara sebagai satu peringatan dan galakan beribadah. .Peluang kehadiran Ramadan perlu digunakan sebaiknya kerana di bulan ini berbagai-bagai tawaran ALLAH sediakan. Bagi diri yang serba kekurangan ini, iman yang turun naik perlu dilentuk dengan berhati-hati secara istiqamah.
Saya juga dijemput menghadiri majlis berbuka puasa di MESRAHOME. Mereka menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak anak yatim dari Rumah Jalinan Kasih. Inilah satu- satunya "
event yang saya hadiri berlangsung melibatkan dua buah pertubuhan kebajikan. Jemputan pula daripada pihak MH diterima dengan hati terbuka .
MesraHome sebuah rumah penempatan orang orang tua muslimah yang diusahakan oleh sepasang suami isteri yang budiman. Walaupun mereka berada di zon selesa dengan keluarga yang bahagia, namun jiwa mereka tetap merasa bertanggungjwab. MH imembuktikan keprihatinan meraka terhadap warga tua yang terabai. MH sentiasa mengalu-alukan kehadiran semua orang dari berbagai bagai peringkat umur bagi menyemai nilai nilai murni dan memupuk kasih sayang sesama insan.
![]() |
| sebelum berbuka sama2 dengar tazkirah dulu |
![]() |
| decorasi pintu gerbang yang menarik....mmm..kambing bakar |
![]() |
sebelum dapat duit raya dan guudies kena buat persembahan dulu...hebat2 belaka





No comments:
Post a Comment