Sudahkan kita bersedia merebut tawaran malam alqadr?? Sudahkan kita berada di lapangan dan bersedia memecut??
Jangan tanya bila nak bermula.. Kerana jawapannya dari sekarang... Apabila masuknya Magrib, bermula lah hari baru dalam Islam..jadi lazimi lah amalan yg boleh menjadikan pahalanya berlipat ganda....
Saya ingat kata ustaz dalam satu kuliah... Saranan ya setiap malam di ramadan ini bawalah duit ke masjid dan menabung lah di situ. Pahala solat terawih dapat dan andainya malm itu adalah malam al qadar pastinya kita tak dikecualikan pahalanya. Yang baik kita kongsi dan beramal. Tak susah jika anggap mudah dan tak payah berkira kira dengan Allah. Kata Prof Dr Muhaya.. Ada beri dapat. Ringkas tapi tiga perkataan ini bermakna bila kita praktikannya Yakinlah Allah catat apa yg kita niat dan hajat.
Ingatan ini. Buat diri sendiri.. Jangan abaikan bersedekah setiap hari di ramadan. Jangan lupa BACA Al-Quran secara paksa sehari sejuzuk dan becakap sedikit tapi yg baik baik sahja... Dan amalan berselawat teruskan lah berkali kali.... Hingga jadi sebati..
Juga doakan emak ayah yg pergi dan doakan keampunan untuk semua orang termasuk diri sendiri
Ingatkan saya andainya terlupa..
Buatlah kebaikan kerana ia mungkin biasa hari ni tapi akan menjadi luarbiasa bila generasi kita juga bakal mewarisi... Insya allah..
Saya maafi semua semua dan mhn maafi saya juga.
Ainhany
3/4/2023
No comments:
Post a Comment