Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
12 mei 2013..
"Selamat Hari
Jururawat "
" Selamat hari
IBU"
Subhanallah……indahnya
1205 tahun ini…Bersama lakaran tarikh keramat ini juga aku dilahirkan.. Namun apa ertinya
seorang anak tanpa ibu juga ayah tercinta di sisi dan apalah maknanya hari ibu bila dia tiada bersama lagi.. Alangkah rindunya
pada hari semalam yang dilalui biarpun cuma ucap salam yang menggegar
gegendang telinga ni. Mak…itulah gelaran yang kekal dan abadi buat makku
tercinta. Ku pejamkan mata seketika, hadirkan wajah mak….. Itu lah wajah emak
ku: HJH CHE PUTEH DAUD.. Seorang wanita yang sabar, tabah dalam melahirkan zuriatnya..
Bukan seorang, dua tetapi kami 13 orang
semuanya..Namun dua abang kembarku telah dijemput ilahi di awal kelahirannya ..
Mak bersedih tetapi merelakan pinjaman
tersebut. Wajah mak terus bersamaku lagi…Di penghujung usianya mak memang seorang
wanita yang hebat.
Hanya dalam tempuh kurang dari
3 bulan …Mak dikesan menghadapi masalah
jantung dan memerlukan ubat bawah lidah
bagi meredakan pernafasannya. Sesekali dengup jantung mak bergerak pantas dan pernafasannya menjadi
pendek. Mak pernah menolak untuk memakannya tetapi bila dipujuk mak menerimanya
..Manja kan mak saya…..Ye saya mengakui mak memang manja ..
Manja mak dulunya bersendikan pada ayah, dan
bila ayah telah tiada anak-anaklah tempat mak menumpahkan manjanya. Ye mak manja sebab mak anak
bungsu dari dua beradik, Tetapi kini kedua-dua wanita ini telah pulang ke pangkuan
ilahi… Emak adalah anugerah yang amat bermakna buat kami Menyatukan perasaan
rindu dengan segumpal perasaan ingin
bertemunya lagi dan lagi….. Andainya perpisahan semalam bisa ditangguhkan …ku ingin menyaksikan mak
pergi dihadapanku, kan ku lafazkan
permohonan maaf dzahir bathin atas
kecuaian dan kekhilafan ku terhadapmu mak. Ku pohon halal air susumu yang
mengalir dalam hidupku ini Kan ku peluk
erat tanpa kulepaskan lagi dirimu mak. Kan ku cium seluruh wajahmu kerana
itulah yang pernah daku lakukan tika bersama.
Mak tahu kan ,diri
ini bukanlah anak yang sempurna melayanmu, adakalanya panggilanmu tak kusahut,
tuturmu tak ku endahkan dan manjamu tak ku pedulikan ….Namun dirimu tak pernah
berdendam malah kaulah teman, sahabat, pendorong, pencetus, penasihat yang berwibawa apalagi tika ayah telah
dijemput ilahi. Kasih sayang kau berikan terlalu mahal untuk kami kesebelasan
anak-anakmu ini. Redzamu didambakan dalam mengharungi kehidupan ini. Bersama setulus
dOa ku awali pagi ini hadiah buat ayah dan emak tercinta. Mendoakan mereka di alam
barzah dilapangkan kubur, disinari dengan cahaya yang gemerlapan, dicucuri
rahmat yang berterusan, diampuni dosa-dosa mereka dan ditempatkan di kalangan orang2
yang soleh dan ditemukan di jannah kelak.
Kususuri lagi dengan bersedeqah tika menghadiri kuliah duha. Hadiah buat mereka.....YA ALLAH, berikan balasan yang sebaiknya buat ibu dan ayah kami atas didikan yang telah diberikan dan pahala
yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan kepada kami adik beradik.
Peliharalah mereka sebagaimana mereka pernah memelihara kami.YA ALLLAH maafilah kami jika lalai
menunaikan hak sebagai anak terhadapmu….
Terima kasih mak…terputus sudah doa
mak buat kami tetapi kan kupastikan doaku berterusan buat mak dan ayah di sana.
Kan ku titipkan salam sayang berterusan untuk mu…
TERIMA KASIH MAK…..
Di kesempatan ini juga saya ucapkan Selamat Hari Ibu buat seluruh ibu, mama, emak, mummy , maa... di kalangan pembaca KK, sahabat, anak2 saudaraku, juga adik beradikku... Anugerah tertinggi bila ibu dinobatkan pada minggu ke dua bulan mei. Hebat kan ibu2 tersayang.....Setiap hari adalah hari ibu dan itulah sewajarnya kita ingat............... Agama telah meletakan ibu ditempat yang mulia sehingga syurga ditelapak kaki ibu....Tanpa restu, doa dan redzanya hidup pasti kucar- kacir. Buat ibu yang dihormati, ayuh pimpinlah anak-anakmu mencintai ALLAH dan bimbinglah mereka takutkan ALLAH. Muga anak generasi akan terpandu arahnya.. Pengorbanan ibu tak mampu dibalas jua....Buat anak2 saudaraku dan cucu2 saudaraku...berazamlah menjadi anak soleh/ah dan membahagiakan ibu dan ayah.. Terima kasih ALLAH dan peliharalah ibu-ibu yang kami sayangi.
Selamat hari jururawat juga buat misi-misi aka jururawat yang telah dilantik menunaikan amanahnya.. Besarnya pengorbanan kalian dan kalianlah perawat terhebat ...Ku kagumi jasa yang telah diberikan. Hanya ALLAH yang mampu membalasnya... Selamat bertugas para jururawat yang dihormati...
2 comments:
Assalamualaikum Ain
Al Fatihah
moga kubur mereka diteranggi oleh cahaya Syurga
Waalaikumusalam tuan hj Atuk
insyaALLAH ..Mudahan segala kebajikan untuk mereka diterima ALLAH.
terima kasih THR
Post a Comment