Setiap detik
dan hari dilalui adalah hari-hari tua dunia ni. Semakin hari semakin bertambah
usia ‘ketua’anku. Diri ni hanya
sebahagian dari jisim yang bakal luput apabila tiba waktunya…Mengenang kembali
tempoh kelahiranku dulu, apakah kesulitan yang telah emak tempuhi semasa mengandungkan daku pada usia 35 tahun. Subhanallah. Sesungguhnya ALLAH jualah yeng
memelihara kita semua dan kelahiran anak adalah satu anugerah.
Mengenang kembali
kuliah duha semalam, ustaz membahaskan kenapa anak soleh menjadi asset saham
akhirat di sebutkan selepas ilmu yang bermanfaat dan harta yang sedekahkan? Di
segi adatnya dua yang teratas mampu dilakukan oleh setiap individu itu sendiri secara
terang atau sembunyi. Ayuh kita masih hidup dan di beri peluang ini perbanyakan sedekah, berinfak, membelanjakan harta ke
jalan ALLAH dan mewakafkannya untuk kebajikan dan agama. Berkongsilah ilmu dan
menyampaikannya untuk faedah bersama. Ini adalah amalan yang digalakan ketika
masih hidup. Manakala anak soleh
ditempat ketiga kerana ia hanya akan
dilakukan selepas ibu ayah telah tiada lagi. Tepuk dada Tanya iman….adalah
saya anak soleh/ah yang senantiasa
mendoakan aruah ibu ayah?? Atau sebaliknya ( nau zubillah) Anak mungkin menjadi bonus atau mungkin
sebaliknya. Apakah jaminan generasi akan terus mendoakan kita dan berkesinambungan
doa di cabang-cabnag keturunan kita?? Ingatan ini buat diri kerana diri
mengimpikan emak ayah bahagia mempunyai diri ini sebagai anak mereka….INsya ALLAH
Terima kasih
ALLAH yang memanjangkan usia saya hingga hari ini. AL HAMDULILAH.. Usia ini yang akan dipertanggungjawbkan di akhirat kelak ke arah mana di manfaatkan...YA ALLAH , terlalu banyak nikmat mu ku raih dengan RAHMANNYA sifatmu...Dari celik mata segala organku telah disetkan sebaik kejadian dan DIA sentiasa memerhatiku.... Tapi sedarkah aku sedang diperhatikan??
Aku harus menyiapkan manifesto diri sementara diberi peluang hidup ini. Kewarasan dan kelapangan waktu harus ku manfaatkan. YA ALLAH pandulah daku agar aku lebih berhati-hati menyusuri pentas ini...
Terlalu kerdil diri ini ku ..siapalah aku pada pandanganMU ...
DI kesempatan ini juga saya mengucapkan teramat-amat ucap terima kasih buat sahabat, teman, rakan, saudara mara yang sudi menalifon,, menghantar sms, mendoa, mengucapkan dan meraikan hari ulngtahun kelahiranku kali ini.... Saya amat terharu dengan setiap ucapan tersebut dan saya hargai dan aminkan...Doakan keberkatan dalam hidup dan diluaskan rezeki, dipermudahakan urusan, dipanjangkan umur.....Amin...InsyaALLAH sama-sama kita sering mendoakan sahabat kita sama ada di ketahui maupun tidak ......itulah rahsia doa dikhabulkan....ALLAH AKBAR
saya ungkit semula (capture) ucap terima dan diabadikan disini untuk tatapan peribadi....
IBU--; SHL chu, semuga dipanjangkan Umor, dimurahkan rezeki dan berbahagia di samping yang tercinta..amin
AZAN--; SHL chu, kakak doakan chu sihat tubuh badan, murah rezeki, diberkati hidup dan berbahagaa
CIKNA--; salam, Selamat Ulang tahun kelahiran > Muga ALLAH kurniakan kebahagiaan dunia berpanjangan hingga ke akhirat. Amin
THIS --; Salam, Semuga dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang, rezeki yang luasdan iman yang mantop serta diberkati ilahi. happey birthday
FID--; SHL kak ani..semuga akak sihat selalu
IMAH--;, SHL..muga panjang umur dimurahkan rezeki..syg kak anie:)
TEH --; SHL
NJEr--; heppy beday cu
dan mohn maaf ade beberapa sms yang tak sengaja terdelete.. ade..apapun saya amat hargai. Terima kasih yee saya mendoakan semua memperolehi kebajikan jua..
DI FB juga ucap ku abadikan .....
dan mohn maaf ade beberapa sms yang tak sengaja terdelete.. ade..apapun saya amat hargai. Terima kasih yee saya mendoakan semua memperolehi kebajikan jua..
DI FB juga ucap ku abadikan .....



2 comments:
Assalamualaikum Ain
selamat hari jadi
buat sambutan kat mana...he he
waaalikumusalam THR,
terima kasih ats ucap ke 2 nie..hihii
Adiraikan dalam majlis berbuka puasa sunat rejab...Alhamdulilah..terimakasih ats kejutan diberi jua.
makan sampai lupa diri...hihii
Post a Comment