Thursday, May 30, 2013

wajah baru

assalamualaikum wbkth

Setelah sekian lama, KK berwajah baru hari ini. Namun pengisiannya tetap sama kerana inilah identiti KK...Lagipun tak salah kan sesekali langsir ditukar gantikan bagi menimbulkan mood keceriaan bersama.
Ada ketikanya KK juga bersawang dan berjerubu ....... keadaan dan suasana mempengaruhinya..Dipaksa namun  tak mampu jua...Ialah kekangan...

Ketika memandulah mencurah-curah  idea /perkara nak dikongsikan...Menikmati suasana alam di pagi hari tika cuti persekolahan memang mendamaikan. Jika biasanya mengambil masa hampir 45-sejam untuk sampai ke ofis tetapi dalam dua minggu nie hanya 20-30 min sahaja diperuntukan> Subhanallah. hebatkan masa boleh berubah bergantung kepada keadaaan...Bagi guru-guru terutamanya kakak2 dan abang2 saya..inilah masa mereka bercuti setelah bertungkus lumuh sebelum ni. Cuti jangan tak cuti...
Nak kata punca kesesakan disebabkan guru ke sekolah..oh kejamnya saya tapi itulah hakikatnya...Dengan ertikata lain guru penyumbang terbesar kepada negara. Tanpa guru sapalah kita.. terima kasih cikgu

Bila cuti sekolah jugaklah saya menjadi pengantara untuk anak-anak saudara.. Saya suka kerjaya tak resmi ni( tapi macam resmi lah juga)..Melayan anak-anak saudara dan memudahkan urusan mereka ..Macam minggu lepas saya ke LCCT urusan menghantar anakku Atiqah ke Sandakan .. Yang memeningkan kepala bila dah sampai sana masalah parking pulak jadi perkara utama.......dua kali tawaf barulah dibuka pintu parking yang ditutup tu...Sudahlah nun jauh disana....menapak lagi.... Nak parking tepi jalan risau jugak...udahnya biarlah kita jadi pengguna berhemah..Hidup biar berbakti dan mnghormati.. Andai ada peti komen memang saya nak komen laaa.....pertama masalah parking, keduanya ongkos parkingnya.... ketiga ...ke empat......fikir-fikirkan...

Sayang seribu kali sayang, program yang dirancangkan  untuk pengisian  anak-anak saudara ke XPDC G-nious muslim  dibatalkan di saat akhir. Duit akan dikembalikan tetapi saya belum lagi beri no akaun saya kerana sedih bercampur kesian. Tak pe duit  tu tak lari cuma buntu juga plan pengisian untuk anak2 saudara yang meniti usia remaja nie.   Mereka ade tenaga dan tenaga mereka harus digembelingkan untuk sahsiah diri....InsyaALLAH dengan ilmu yang ada, anak2 akan terpandu ke arah diredai. InsyaALLAH dengan cuti yang berbaki dan selepas menyambut balik abang dan anaknya dari Sabah nanti boleh lah saya cuti pulak. Nak melayan anak saudara di kampung pula.

Bila balik kampung boleh lah merancang.....sabar nooo...
teringat pulak si putih nie manja lagi gebu bulunya..
masjid ini menjadi saksi cinta kita. 

di sini ada mereka

No comments: