Thursday, May 30, 2013

Dirgahayu Tuanku

Lokasi : masjid negara

ALHamdulilah...patik bersama rakyat tuanku dari pelbagai golongan turut serta semalam bagi meraikan ulangtahun Tuanku.   Dari satu sudut saya melihat, inilah hakikatnya kita yang bernama manusia, sebahagian dari makhluk ALLAH yang diciptakan. Sehebat manapun kita, WAJIB kita menunaikan perintahNYA. Memohon kepadaNYA berterusannya untuk kehidupan yang lebih berkat. Rukun solat bukan perintah semborono tapi ia adalah WAJIB dan boleh jatuh ke KAFIR meninggalkannya...Begitu juga kita perlu berdoa senantiasa ...Nikmat yang kita kecapi hari ini adalah dari doa semalam dan doa akan datang adalah doa hari ini.. Moralnya....doa itu perlu dan rindu ALLAH juga perlu.

Majlis yasin dan doa selamat dibacakan usai solat magrib oleh imam besar MN. DYMM Tuanku segak bergaya berbaju melayu serba kuning diapit oleh TPM dan vip yang lain. Menyelak buku cenderamata yang  di berikan di pintu masuk ruang solat, ianya berkulit tebal dan berwarna kuning. Cantik  .  Saya  terharu  bercampur  bangga kerana dari muka depan  hingga ke kulit belakang hanya tulisan jawi digunakan.  Subhanallah dalam fenomena tulisan jawi diketepikan, institusi diraja masih memartabatkannya. Inilah tulisan bangsa kita.  Kitalah bangsa yang perlu membangunkan tulisan ini. BAHASA JIWA BANGSA. Semuga ALLAH pelihara  institusi diraja kita dan bahasa jawi diperkasakan semula.


Saya berpuasa semalam ,jadi terpaksalah mencari  ruang di tepi tiang  bagi 'menyorok"  ketika berbuka roti gardenia  dengan air> Cukuplah sebagai syarat berbuka dan menghormati majlis tersebut.  Walaupun  dimaklumkan Tuanku Permaisuri Hamimah turut hadir tapi saya tak berkesempatan bersalam dan  bertemu jarak dekat.  Inilah indahnya jemaaah wanita dalam solat, tiada perbezaan dari segi pakaiannya..Sungguhpun dikhaskan ruang dan berbeza sejadahnya tetapi bila dalam saf kita serupa disisi ALLAH.  Apapun saya bturut bersyukur kerana tuanku permaisuri telah mengenakan tudung yang sempurna. Payah jika dijadikan mudah menjadi terindah dipandangan kita dan pandangan ALLAH.  ALhamdulillah

Teringat satu pengalaman ketika di satu majlis juga yang turut disertai oleh Permaisuri Tuanku Aishah dulu. Tempat dan lokasinya sama. Ketika saya sedang  melipat telekung, ada seorang makcik lalu sambil mencium2 tangannya. Dia turut mengucapkan "subhanallah lembutnya tangan permaisuri ni". Saya memandangnya dan fahamlah  maksudnya kerana dia baru bersalaman dan berbaris panjang tadi.  Ia bagaikan satu cabaran dan bagi menyahutnya saya ambil kesempatan terus ke laluan kapet merah terakhir di tepi pancuran air di masjid negara.. Biarlah diri ini orang yang terakhir bersalaman dan menanti tuanku keluar dari ruang solat yang masih dikerumuni rakyat....Inilah pengalaman saya.....Benarlah apa yang makcik itu rasai.....Subhanallah tangannya begitu"soft' rasa macam salam dengan kapas dan macam2 lagi saya katakan dalam hati. Indahnya saya lah rakyat terakhir yang disalamnya sebelum diiring pengiring terus ke dewan makan. Cukuplah pengalaman ini buat insan sekerdil saya ni dan cukuplah saya mngkoreksi diri kerana saya di sisi ALLAH. Selayaknya kah saya berkulit tulus mulus sedangkan masih ade pana dosa yang belum terampun dan perlu dibersihkan.  YA ALLAH peliharakah akhlakku dan pandulah daku tiap ketika.

ooop....time up...N3 ini ku nukilkan sebagai pengucapan  "dirgahayu tuanku " sempena hari keputeraan DYMM yang dipertuan Agung .
YA ALLAH pandulah raja kami ni, sejahtera dan makmurkan bumi ini  dan berkatilah negara kami di bawah kepimpinan tuanku. Berlakulah adil kerana adil itu dekat dengan ALLAH. YA ALLAH lanjutkan usia tuanku dan permaisuri dengan sihat, bahagia dan selamat. Muga KEDAH juga akan aman berkat. Amin


DAULAT TUANKU....DAULAT TUANKU.... DAULAT TUANKU


2 comments:

Mimi Azirah said...

Daulat tuanku

Norhazlina Mohd. Zaki said...

alhamdulillah...manis Tuanku Permaisuri bertudung...kalau yg lain 4low lagi bagus...