Wednesday, June 27, 2012

Putus saf


Lokasi:  Masjid
Masa kejadian : solat asar.

Kejadian ini berlaku di bahagian muslimat. Pada ketika itu saya berada no.3 dari kanan.  Mana kala ketika imam bertakbir, saya dapati jemaah yang berada di sebelah kanan saya ini menghendaki saya merapatkan saf disebelahnya. Kemudian apabila saya pandang ke sebelah kiri, jemaah kiri telah memulakan solat. Kaget seketika, sama ada memberati belah kanan atau kiri, jadi saya mengambil jalan tengah berpandukan kedudukan imam dan keseimbangan saf. Sebelum mengangkat takbir, saya memberati sebelah kiri berbanding dua orang sahaja disebelah kanan saya. Namun hingga ke akhir solat, jemaah sebelah kanan tidak berusaha merapati saf ini…masyaALLAH terputuslah pahala jamaah nya andainya saya di jalan yang benar dan berdosalah saya jika saya punca terputusnya saf ini.
Oleh itu saya meminta pandangan, bagaimanakah sepatutnya tata cara saf solat berjamaah muslimat apabila situasi begini berlaku..   >>>Siapakah yang perlu beralah untuk memperolehi pahala jamaah. 

Namun pengalaman juga dikongsikan bersama. Tahun lalu, semasa bersolat terawih di Masjid SultanAbu Bakar, JB, saya terkasima apabila mendapati setiap jemaah (majoritinya dikalangan pelajar maahad berhampiran) amat2 memelihara saf. Pantang ada ruang kosong pasti ada gerakan demi gerakan untuk menghubungkan saf-saf ini. Indahnya suasana berada dikalangan pelajar2 yang mempraktikkan ilmunya dan sedikit sebanyak kita juga beramal bersama.

Menjelangnya Ramadan yang bakal bertamu nanti, masih adalah  sikap segelintir muslimat yang bersolat jamaah dengan  memelihara saf atau sebaliknya??? sedih rasanya bersolat tanpa memperolehi pahala jamaah kerana kecuaian memelihara  saf  ini.. Kebanyakkannya situasi ini berlaku apabila usai 8 rakaat yang pertama dalam solat tarawikh. Masing2 malas untuk mengubah posisi, mengharapkan akan ada jamaah yang akan mengisi kekosongan saf di sebelah mereka. Kesannya  ada kelompok demi kelompok  jemaah bersolat sedangnya hanya satu imam. Di mana silapnya?? Apakah kerana  imam tak mngingatkannya atau ceteknya ilmu kita?

Ayuh…masih belum terlewat untuk sama-sama kita mengkoreksi diri. Menutup dan berazam tak mngulangi kesilapan, kecuaian lalu tika bersolat. Ayuh kita geledah kitab-kitab yang membicarakan tentang solat jamaah dan bertanya mr google juga bertalaqqi dgn guru yng murshid agar   tahun ini lebih baik dari tahun lalu. Saya mngakui kelemahan diri dan saya juga masih bertatih memerdekakan diri dari kejahilan. InsyaALLAH Allah berikan petunjuknya buat kita
mengintai ilmudi masjid Al Azim: subhanallah

No comments: