Kehadapan adindaku Fauziah @Jiey
Terima kasih yang teramat atas kiriman kad jemputan ini..sungguh indah serinya kad yang berhias pupple ini..warna yang harmoni….tahniah adikku jiey yang bakal melangkah ke jinjang pelamin pada 30 jun ini bersama putera Hamzi.
Sunguh jauh kad ini dikirimkan…Merasai diri ini terlalu kerdil dan seketika cuma pertemuan kita semalam namun silaturahim kita masih terjalin.. Jiey ,, tiey, adalah diantara adik2ku yang menjalani praktikal di opis lamaku kira4-5 tahun yang lalu. Walaupun seketika tapi sifat ramah dan saling menghormati disusuli dengan kemesraan mereka menjadikan hubungan ini berterusan. Mereka antara graduan USIM yang berjaya dan mempunyai kerjaya sekarang. Sesekali mengimbau kenangan bagaimana mereka bekerjasama menyiapkan satu projek video klip berasaskan “raw tape” yang diberikan. Kebolehan, keberanian dan komitmen mereka telah menyakinkan pihak kami untuk memberikan markah terbaik kepada mereka.
| antara adik2 ku dari usim |
| jamuan perpisahan....indahnya saat ini |
Pusara ayah juga perlu ku ziarahi…alhamdulillah..sepanjang rejab-syaaban ini, rasa syukur dipanjatkan kerana kerap kali ku hadiahkan bacaan yasin tahlil,doa, AQ buat ayah secara jamaah. InsyaAllaH , kepulangan ini pasti disusuli dengan mengunjungi pusara ayah, abang ipar juga anak saudaraku. lagi. Apakah bersisa rumput atau sudah disisir?
Di samping itu , dapat juga bertemu dengan anak2 dan cucu2ku-along alya, angah akis, abg hariz, dania dan dinie yang akan berangkat ke Dhubai. Entah bila pulak dapat ku bermanja dengan mereka…Almaklum sajalah…keterbatasan segalanya. Daku harus memanfaatkan setiap ruang kepulangan ku ini…
Maafkan akak sekali lagi,
Tolong leraikan ikrar Jiey menantikan kehadiran akak di majlis mu nanti..Sesungguhnya akak tak mampu melaksanakannya. Biarpun begitu, doa tetap mengiringimu…Mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan menjadi milikku. Putera idaman itu adalah hadiah dari ALLAH untuk mu yang bakal mengemudikan pelayaran bahtera hingga ke syurga. InsyaALLAH. Jadikanlah ‘syamail rasullulah’ sebagai rujukan dan coraklah mawaddah warohmah dalam rumah tangga kalian. InsyaALLAH Jiey, yang berlatarbelakangkan pendidikan agama ini pasti lebih mengetahuinya. Sapalah diri ini berbanding dirimu …Selain itu, kuputarkan lagu ‘Barokallah “nyanyian Mahir Zain sebagai tuntas doa mengiringi di hari bahagiamu..insyaALLAH
andainya ada pertemuan lagi…kita boleh saling mengenali dan perkenalkanlah putera Hamzi ye.. Mudahan ikatan perkahwinan ini dirahmati dan berkati hingga ke akhir hayat. Terima kasih ALLAH dan terima kasih adindaku Fauziah (Jiey) dan Hamzi.. Semuga bahagia
![]() |
| masihkah kau ingat...... |
salam kasih sayang,
kakakmu


1 comment:
Assalamualaikum Ain
saya tumpang ucapkan selamat pengantin baru untuk Jie dan Hamzi
Al Fatihah untuk aruah ayahanda ain
Post a Comment