Friday, June 15, 2012

Murka ALLAH ????

Saya menerima sms dari kakak yang memaklumkan beberapa rakan gurunya tak dapat balik ke Tawau/ Lahad Datu kerana tersangkut di KK berikutan ribut yang melanda. Bunyinya macam satu bencana alam dan pelik tetapi tiada pulak ulasan dipanjangkan di media-media. Bagaimana pun syukurlah kerana abang dan anak saudara saya selamat sampai di KLIA biarpun kejadian berlaku selang beberapa hari saja sebelum itu.  ALLAH AKBAR...DIA MAHA MENGETAHUI

 

Biarpun fakta sains mempunyai jawapan tentangnya , Marilah kita mengambil iktibar, merendahkan diri dengan mengakui kekuasaan ALLAH dgn beristifar. Mudahan  ALLAH masih sayangkan kita dan mengampuni dosa-dosa lampau kita. Sesungguhnya kita tak mampu mengelak andai itu ketentuan ALLAH tetapi kita perlulah bermuhasabah tentang sesuatu yang diciptakan. Akal kita tak dapat mentafsirnya tetapi kita ada sumber yang perlu kita rujuk. Kembalilah kita mentaati ALLAH dan bersegeralah bertaubat supaya RAHMAN ALLAH sentiasa bersama kita.. Mudahan MALAYSIA ku tercinta selamat dari segala musibah dan mnjadikan kita lebih menghargai nikmat yang telah diberikan.

 

Terima kasih sumber (EZLI)  yang telah memperincikan fenomena ini, Saya  menghargainya dan sama-sama kita kongsikan ....Mudahan bertambah keimanan kita, sentiasa ingat ALLAH dan beristifar serta bersyukur. 

****---------------------------------------------------****

SUMBER INI DIPETIK DARI: EZLI 
Pada 12.6.2012, Kota Kinabalu telah digemparkan dengan satu fenomena awan misteri akhir zaman yang belum pernah dilihat penduduk di sana seumur hidup dengan mata kasar,secara tiba-tiba telah dapat dilihat pada tahun 2012 ini.

Adakah anda semua merasakan kesemua fenomena ini wujud dengan suka-suka??? 
TIDAK wahai pembaca sekalian…
Merujuk kepada wikipedia,fenomena kejadian awan misteri berkenaan dinamakan Awan Arcus.

An arcus cloud is a low, horizontal cloud formation. Roll clouds and shelf clouds are the two types of arcus clouds. A shelf cloud is usually associated with the leading edge of thunderstorm outflow; roll clouds are usually formed by outflows of cold air from sea breezes or cold fronts in the absence of thunderstorms.
shelf cloud is a low, horizontal, wedge-shaped arcus cloud. A shelf cloud is attached to the base of the parent cloud, which is usually a thunderstorm, but could form on any type of convective clouds. 

Rising cloud motion often can be seen in the leading (outer) part of the shelf cloud, while the underside often appears turbulent and wind-torn. Cool, sinking air from a storm cloud's downdraft spreads out across the land surface, with the leading edge called a gust front


This outflow cuts under warm air being drawn into the storm's updraft

As the lower cooler air lifts the warm moist air, its water condenses, creating a cloud which often rolls with the different winds above and below (wind shear).
People seeing a shelf cloud may believe they have seen a wall cloud. This is a likely mistake, since an approaching shelf cloud appears to form a wall made of cloud. A shelf cloud usually appears on the leading edge of a storm, and a wall cloud will usually be at the rear of the storm.
A sharp, strong gust front will cause the lowest part of the leading edge of a shelf cloud to be ragged and lined with rising fractus clouds. In a severe case there will be vortices along the edge, with twisting masses of scud that may reach to the ground or be accompanied by rising dust. 
A very low shelf cloud accompanied by these signs is the best indicator that a potentially violent wind squall is approaching. An extreme example of this phenomenon looks almost like a tornado and is known as a gustnado.



Awan pelik iaitu Awan Arcus terbentuk pada pagi 12 Jun 2012 ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan...

Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah. 
 
awan nano


awan nano 2


awan nano 3


awan nano 4


awan nano 5


awan nano 6
Penjelasan untuk 'Fenomena Awan Luar Biasa'. Awan tadi dipanggil awan Arcus. Ia hanya kejadian alam normal tetapi jarang berlaku.


(Gambar) Fenomena luar biasa - Awan pelik di sabah

Awan pelik terbentuk pada pagi 12 Jun..Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan... Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah.

ASTAQFIRULLAH....!!!!
Punca kejadian adalah dipercayai daripada taufan yang sedang melanda filipina. Taufan yang kedua sedang menuju ke arah negara Filipina mungkin adalah penyebab kejadian awan pelik di bahagian Pantai Barat Sabah berlaku.
Awan Pelik Di Kota Kinabalu Sabah


Lagi pic di sini:  PEWARIS
YA ALLAH SELAMATKAN KAMI DARI SEGALA BENCANA YANG MEMUDARATKAN KAMI, 
SESUNGGUHNYA KAMI TAK MAMPU MENGHADAPINYA. 
TERIMALAH DOA DAN HARAPAN KAMI DENGAN MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA KAMI DAN
BERIKAN KAMI KELAPANGAN DAN KESELAMATAN .
Kami hanya makhluk yang lemah dan senantiasa mengharapkan rahmat dan hidayatMU
YA ALLAH peliharakanlah kakak ku dan anak2nya di Lahad Datu
Sesungguhnya kasih dan sayangMU jualah yang memelihara mereka 
Permudahkan urusan mereka  di sana
MAAFI KAMI YA ALLAH
MAAFKAN KAMI
 AMIN

11 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Saya ni bukanlah ahli meteorology yang dapat menceritakan corak awan! Teapi yang penting adalah kandungan awan tersebut. Malah kalau diikutkan, bukanlah ada apa2 sangat dgn puting beliung hanya konsep tekanan rendah dan tinggi pada udara panas sehingga mampu menerbangkan objek yang bertan2 beratnya! Kuasa Allah SWT. Hanya dgn angin saja....

Angin yg Allah Swt tiupkan membawa 3 jenis awan iaitu sahaabul thiqaal, almusiraat dan al muznu. Ketiga2nya awan ini mengandungi AlKhab`a iaitu benda2 yg wujud tetapi tidak nampak pada pdgn mata spt `ions`, molecular vapour, micronuterints dsb yg sedia bercantum dan turun ke bumi (Surah AnNaml:25أَلَّا يَسۡجُدُواْ لِلَّهِ ٱلَّذِى يُخۡرِجُ ٱلۡخَبۡءَ فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَيَعۡلَمُ مَا تُخۡفُونَ وَمَا تُعۡلِنُونَ Bahawa mereka tidak menyembah Allah Yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi [2] dan Yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan.
Awan AlMuznu inilah yg membawa manafaat kepada manusia dgn memberikan minuman yang segar asalkan tidak tercemar dengan pencemaran2 buatan manusia.
(Surah AlWaqiaah:69 ءَأَنتُمۡ أَنزَلۡتُمُوهُ مِنَ ٱلۡمُزۡنِ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنزِلُونَ Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan?
Sebab itu, air yang paling sesuai utk minuman manusia adalah dari pergunungan kerana mengandungi semua micronutrients utk keperluan manusia. Surah AlMursalaat:27 وَجَعَلْنَا فِيهَا رَوَاسِيَ شَامِخَاتٍ وَأَسْقَيْنَاكُم مَّاءً فُرَاتًا Dan Kami telah jadikan di bumi: gunung-ganang yang menetapnya, yang tinggi menjulang; dan Kami telah memberi minum kepada kamu air yang tawar lagi memuaskan dahaga.
Awan mu`siraat pula membawa air hujan yang agal lebat sehingga dapat menumbuhkan padan ragut dan menghidupkan bijian2 dan hidupan dlm tanah sehingga menggegarkan sitolpasm dan mengeluarkan plumul dan radikel bijibenih.
Surah AnNaba`:14-16 وَأَنزَلْنَا مِنَ الْمُعْصِرَاتِ مَاءً ثَجَّاجًا ﴿١٤﴾ لِّنُخْرِجَ بِهِ حَبًّا وَنَبَاتًا ﴿١٥﴾ وَجَنَّاتٍ أَلْفَافًا Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah,Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan,Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?

Tetapi yg nak cerita skrg ni adalah awan ke 3 iaitu awan berat yg melampau sehingga mengeluarkan hujan batu (Surah Al`Araaf:57وَهُوَ ٱلَّذِى يُرۡسِلُ ٱلرِّيَـٰحَ بُشۡرَۢا بَيۡنَ يَدَىۡ رَحۡمَتِهِۦ‌ۖ حَتَّىٰٓ إِذَآ أَقَلَّتۡ سَحَابً۬ا ثِقَالاً۬ سُقۡنَـٰهُ لِبَلَدٍ۬ مَّيِّتٍ۬ Surah Al`Araaf:84 وَأَمۡطَرۡنَا عَلَيۡهِم مَّطَرً۬ا‌ۖ فَٱنظُرۡ ڪَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلۡمُجۡرِمِينَ Dan Kami turunkan kepada mereka hujan [batu]; maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu.
Sehinggakan pd zaman Nabi Nuh apabila Allah mahu memusnahkan melakukan banjir dunia hanya datang dari `AtTanur` iaitu tungku yg panas tempat bakar roti, dan pada pemikiran manusia tidak logik tempat itu boleh mengeluarkan air tetapi tiada yg mustahil bagi Allah SWT (Surah Hud:40حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَ أَمۡرُنَا وَفَارَ ٱلتَّنُّورُ قُلۡنَا ٱحۡمِلۡ فِيہَا مِن ڪُلٍّ۬ زَوۡجَيۡنِ ٱثۡنَيۡنِ وَأَهۡلَكَ إِلَّا مَن سَبَقَ عَلَيۡهِ ٱلۡقَوۡلُ وَمَنۡ ءَامَنَ‌ۚ وَمَآ ءَامَنَ مَعَهُ ۥۤ إِلَّا قَلِيلٌ۬ Hingga apabila perintah Kami datang dan dapur [1] telah memancarkan air, Kami berfirman: “Muatkanlah ke dalam bahtera itu dari masing-masing binatang sepasang [jantan dan betina], dan keluargamu kecuali orang yang telah terdahulu ketetapan terhadapnya dan [muatkan pula] orang-orang yang beriman. Wallahualam

pena rozie said...

peringatan untuk diri sendiri jgk...

zeqzeq z said...

Kun fayakunn

ainhany said...

Waalaikumusalam wbkth ustzh,

Subhanallah, Satu huraian yang mnjawab persoalan terkini berpandukan AQ. Alhamdulilah dan terima ksih usazah yang berkongsi dan memberi info ini. Saya amat2 hargai dan mudahan ALLAH mengampunkan dosa2 kita dan mnjauhi dari segala malapetaka...

Ya ALLAH..Jadikan angin2 yang memberi rahmat dan kesejahteraan buat kami dan taqdirkan kematian kami dalam iman.Amin

Terima kasih

ainhany said...

salam cikgu penarozie,

sama-sama kita mngambil iktibarnya.
Mudahan keselamatan buat semua.
Amin

terima kasih

ainhany said...

salam zeqzeq z ,


Amin.
ALLAH jua yang MAHA segala..
(mmpercayai dan mmperakui rukun iman yang ke 6)

Muga kita mnjadi hamba yang taat.
Terima kasih

Kakzakie said...

Salam Ucu Ain...

Sesungguhnya inilah Kunfayakun Allah yg tidak boleh dinafikan oleh manusia. Walau dikatakan terjadi berikutan taufan melanda di Filipina namun inilah juga keagungan Allah. Siapa juga tidak boleh menghalang. Fenomena yg harapnya mampu menambah kekuatan iman kita...

mama ju, said...

Salam sejahtera Ain

Insafnya...moga ianya menyedarkan saya. Mohon share, mama ingin dokumentasi ni masuk ke blog mama. Tkasih.

ainhany said...

waalaikumusalam kakak zakie,

insyaALLAH...
Tidak ada yang tak benar melainkan benar belaka dan mudahan kita mnjadi hamba yang berfikir dan bertambah keyakinan denng kun fayakun illahi. Amin

ainhany said...

salam mamaju,

silakan mama .Kita jadikan pedoman dan ingatan bersama...Muga kita hamba yang sentiasa ingat mngingat. InsyaALLAH

azlina said...

assalamualaikum...

memang insaf...kuasa Allah mengatasi segala-galanya kami berlindung denganmu ya Allah dari segala bala bencana..