ianya sekadar satu tajuk yang tak mungkin berlaku namun itu bukan persoalannya, kerana apa yang diirumuskan adalah sejauh mana kecintaan kita pada Rasulullah. Siapalah kira tanpa rasul yang diutuskan dan betapa mulianya kita sebagai ummat Muhammad. Adakah kita telah bersyukur? Dilahirkan sebagai islam dan menjadikan syahadat sebagai akujanji sekurang kurangnya 5 kali sehari. Pernahkah kita tahu, nabi menangis dan risau akan ummatnya jika ketiadaaanya. Sehinggakan sebelum mengakhiri hidup pun rasullulah masih mengingati " ummati". Peranan, akhlak dan peribadi Muhammad SAW secara keseluruhannya merupakan satu contoh yang terbaik dan selayaknya kita mencontohi perilaku yang pernah baginda rasul laksanakan. Namun...adakah ini sekadar satu persoalan??
Sama-samalah kita mengkoreksi diri dan memikul tanggungjawab sebagai duta rasul sebaiknya. Rasul telah tiada namun peranan kita belum berakhir. Lantiklah diri masing-masing sebagai Duta Rasul, meneruskan kesinambungan yang pernah baginda lakukan. Menyuburkan rasa cintakan ALLAH, rasul dan menyebar luaskan ilmu agama dan akhlak mulianya. Sama-sama mengajak diri, keluarga dan sahabat taulan menegakkan sunnah, memelihara syariat dan berazam mengikut Nabi. Buktikan kecintaan nabi dengan menggariskan beberapa target berpandukan hadis yang tepat. Sehingga kini, bertanyalah pada diri, sejauhmana bacaan hadis/ sirah ada di rumah kita.
Sama-samalah membanyakkan berselawat dan meningkatkan amal membuktikan kecintaan kita padanya. Menjadikan sekurang-kurangnya 100 kali selawat sebagai santapan harian. Berazam mengikut nabi dalam gerak dan diam serta memohon syafaat rasul untuk menyelamatkan ummat di akhirat kelak. Biarpun Nabi Ibrahim( hasbiyallah...), Nabi Nuh ( la ilahaila anta.._), Nabi Zakariya( robbihabli...) yang mempunyai doa tertentu dalam situasi yang tertentu, namun doa itu masih boleh terus diamalkan sementara kita mengharapkan doa rasulullah yang disyafaatkan khusus buat kita sebagai ummatnya. (Sebaik2 ummat.) InsyaALLAH buktikan kecintaan juga dengan menziarahinya sebagai lambang kerinduan kepada kekasih Allah ini. Bila rindu mengamit rasa, kunjungan itu satu penawarnya.
Sama-sama kita berazam dan mengimarahkan program yang disusun sempena kedatangan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sebelum berakhirnya program, lafaz marhaban, qasidah yang dipimpin oleh pelajar tahfiz dari taman permata bergema. Betapa bertuahnya qariah surau SAM dan bertuahnya saya terpilih sekali lagi bersama-sama dalam majlis memperingati junjungan besar nabi muhammad ini. Semuga setiap langkahmu mnjadi ibadat dan ku hadiahkan buat ayahanda tersayang...SemuGa ALLAH cucuri rahmat berterusan buatmu ayah.
wallahuaklam.

1 comment:
Assalamualaikum Ain
Alhamdulillah
walaupun saya tak kesempatan dlm majlis itu
saya dapat ilmu drp sini
terima kasih
ps:saya wakili ain pd malam isnin nanti di padang depan petronas
Post a Comment