![]() |
| Dalam kenangan... |
Salam takziah buat ibu ayah allahyarham anakanda faris...Tiada ayat yang mampu saya perpanjangkan kerana tersebak dan tersentuh dengan pemergiaannya.Biarpun saya tak mengenalinya namun saya memahami nya...Berat mata memandang...berat lagi mereka yang memikul. Syukurlah ayah dan ibunya telah melaksana amanah dengan baik dan terbaik dan berusaha mengubat tanpa pasrah dan menyerah.Andainya perkara yang sama berlaku dalam keluarga saya....apa yang mampu saya korbankan....Ya ALLAH ampunilah kelalaian kami, permudahkanlah urusan kami dan ringankan beban kami dan berikan kebaikan buat semua.
Kepada kalian yang telah membaca n3 tentang adik Faris ini, apa kata selepas ini sama2 kita terus menyalurkan RM ke akaun ayahnya sebagai membiayai kos rawatan yang ditangggung. Biarlah anakanda tenang lagi damai di sana tanpa ada hutang yang tertangguh...Sama2 merasai dan menjiwai naluri ibu bapa dan biarpun kita tak mengenalinya tetapi sebagai sesama muslim sumbangan semua amat2 dialu-alukan. INsyaALLAH kita adalah insan prihatin.....Hari ini kita mmbantu....mudahan ALLAH bantu kita jua nanti
untuk menjiwainya lagi....ayuh ziarah ke blog MAZIDUL..di sini kan ditemui makna airmata Faris...Subhanallah..sebak..piluuuu....sediakah anda diuji??
AL FATIHAH buat allahyarham anaknda Faris
(jua buat ayah, anak saudara, abg ipar......semuga rahmat dicucuri dan damai kalian disana)
Sumber Foto :Blog Bersama Mazidul


1 comment:
memang ada baca...
sedih teramat sangat.....
membaca pun dah dapat rasa kesakitan yang di tanggung...
syurga untuk adik faris ni....
Post a Comment