![]() |
| seiras aljazeera.. |
Sebagai memenuhi tuntutan kemasyarakatan kini TV Hijrah mengatur program turun padangnya di hujung minggu ini menerusi "CINTA MASJID" Menjadikan masjid sebagai lokasi singgahan dengan aktiviti yang pelbagai. Saya mengajak teman2 sekitar ibukota untuk bersama2 memeriahkan program yang direncanakan pada 4 -5 februari ni. Jadikan ia aktiviti santai family
UNTUK LANJUT RUJUK : DISINI
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda berkata,
program tersebut akan diadakan pada 4 dan 5 Februari ini bersempena sambutan Maulidur Rasul.
“Masjid pertama yang dipilih untuk menjadi masjid pertama yang akan menerima kunjungan TV AlHijrah ialah Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda Kuala Lumpur.
“Cinta Masjid bertujuan memperlihatkan masjid-masjid yang mempunyai keistimewaan tersendiri yang boleh dijadikan masjid contoh oleh masjid-masjid lain seluruh negara,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
![]() |
| Ostaz Don |
Program Cinta Masjid tidak ketinggalan memberi peluang kepada penduduk setempat mengenali dengan lebih dekat personaliti TV AlHijrah seperti Ustaz Don, Chef Iskandar, Wan Kamaruddin, Amin Idris, Shahrul Faizi, Irma Hasmie dan pemenang rancangan Solehah musim pertama, Amie Sofia
Ambillaah kesempatan dan peluang di cuti hujung minggu untuk menjadikan masjid Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda Kuala Lumpur. sebagai destinasi singgahan. Mengembalikan peranan masjid sebagai pusat ekonomi, perpaduan dan sumber ilmu. Muga ALLAH merestui langkah-langkah kita.Amin


1 comment:
tabik springg utk tv al hijrah..tv lain duk sebuk cerita tk faedah..huuuu
Post a Comment