Friday, March 25, 2011

Titian sirat Mustaqim dimanakah letaknya??

Bicara Adden bersama Dato Hassan Din Al hafiz, pendakwah tersohor, mantan imam istana negara telah mengulas tajuk ini di masjid assyakirin KLCC . Kupasan beliau berdasarkan kajian terperinci dalil yang berkait dengannya bersumberkan hadis soheh dan Al quran.

Walaupun secara logiknya, tiada seorang pun yang pernah menyusuri titian ke sana, namun  kita mengetahui tentangnya bersumberkan  AQ dan pandangan yang telah dan pernah di kupas oleh ulamak terdahulu.  Kita wajib mempercayai dan menyakini keujudan Qiamat dan  alam akhirat tersebut.

Mendefinasikan titian sebagai jambatan, sirat sebagai jalan dan al mustaqim yang lurus/betul...Dengan bantuan power point berpandukan rujukan hadis dan AQ serta beberapa pandangan qilaf ulamak, Dato Ustaz telah mendedahkan dan berkongsi penyelidikannya tentang dimana letaknya sirat tersebut? Dari pemahaman dan maklumat baru yang dikongsikan, titian sirat adalah jalan yang akan dilalui ke Mashyar sebelum dihitung sama ada ke syurga atau neraka.  Walaupun selama ini kita lebih maklum titian sirat ialah jambatan yang merentasi neraka untuk ke syurga namun ianya perlu diterjemahkan. Hakikatnya syurga maupun neraka mempunyai pintu yang tersendiri dan ALLAH tidak kejam menghukum makhluknya.  Dikaitkan dengan dalil cara/perjalanan makhluknya  untuk sampai ke mashyar ALLAH itu adalah mengikut amalan di dunia. Ada golongan yang akan berjalan kaki, berkenderaan( hadiah buat golongan yang menunaikan ibadah korban) dan ada yang akan berjalan dengan muka( mungkiin lambatlah dia ke masyar kelak )..

Walaupun ini adalah penyelidikan ilmiah ustaz yang dikongsikan dan saya menerimanya dengan hati  terbuka. Tambah ustaz lagi, merujuk surah al waqiah(ayat 27) di kanan itu syurga, kiri itu neraka dan ditengah-tengah ada tembuk besar sebagai pemisah. Bagi orang kafir, syaitan, jin jahat dan sewaktu dengannya langsung di masukan ke neraka ( Az Zumar 71). Bagi kalangan nabiyyin, sidiqqin, syuhada dan solehin  mereka  di masukan ke syurga tanpa hisab ( az Zumar 73). Manakala satu golongan lagi akan menanti perhitungan mahkamah ALLAH,  Berapa lama, ??? mengikut amalan dengan azab kepanasan melampau, berdiri emnunggu untuk dibicarakan di mahkamah masyar.  

Apakah kita dalam kategori  mndapat layanan VVIP di Masyar???
1. Imam/ pemimpin yang adil
2. Remaja yang dididik dengan suasana ibadah kepada ALLAH
3. Org yang hatinya terpikat kepada masjid dan ber cita2 untuk datang semula lagi
4. Org yang berkasih sayang kerana ALLAH, berpisah dan bertemu kerana ALLAH
5. Orang yang ingat ALLAH , menanguis takutkan azab ALLAH
6. Lelaki yg diajak oer berkedudukan utk bermaksiat tetapi menolak kerana ALLAH
7. Orang yang bersedekah dan menghulurkan bantuan dan merahsiakan pemberiannya.

Kesimpulannya, perhatikan amalan solat kita, kerana inilah kunci ibadah dan amalan yang utama dinilai nanti.
Begitu juga setiap amalan kita samada dosa/ pahala akan ditimbang sukat di alam akhirat nanti. Carilah keampunan ALLAH dan kembalilah ke jalan yang direstui sebelum ajal dijemput. ALLAH amat dekat dengan kita dan amat kasih kepada kita...:) Semuga kita menjadi hamba yang bersyukur dan dijauhi dari azab neraka.

Ini adalah catatan peribadi yang dikongsikan dan sekiranya ada ketidak jelasan isi ini adalah kelemahan dan mohon diperbetulkan. Yang baik itu dari ALLAH jua adanya.

Terimakasih masjid as syakiran yang telah memberi diskaun parking. Ini adalah kerjasama yang baik dan satu aklternatif untuk menarik jemaah memakmurkan masjid. Semuga ALLAH restui jalan-jalan ibadah yang dilalui. Amin

No comments: