Sunday, March 20, 2011

Fenomena 21 Mac

Pada bulan ini Bumi akan mengalami Ekuinoks pada 21 Mac jam 07:21 waktu tempatan Malaysia. Ekuinoks berasal dari perkataan Latin bermaksud sama malam. Pada tarikh ini malam dan siang di Bumi hampir sama. Vernal ekuinoks menandakan bermulanya musim bunga di hemisfera utara manakala di hemisfera selatan mengalami musim luruh.

Semasa vernal ekuinoks, Matahari bergerak melintasi khatulistiwa samawi dari hemisfera selatan ke hemisfera utara setiap tahun. Pada waktu tersebut mana-mana tempat di Bumi akan mengalami hampir sama siang dan malam. Iaitu dua belas jam siang dan dua belas jam malam. Keadaan ini berlaku disebabkan pada waktu tersebut, paksi putaran Bumi berserenjang dengan garis yang menghubungkan pusat Bumi dan Matahari. Ini bermakna sinar cahaya Matahari bersudut tepat dengan paksi putaran. Bumi menyebabkan separuh Bumi siang dan separuh lagi malam. Walau bagaimanapun harus difahami tempoh waktu siang malam tersebut tidak tepat dua belas jam bagi semua tempat. Ini disebabkan geometri Matahari bukan satu titik tetapi satu cakera dengan semi-diameter 16 arka saat. Faktor ini dan biasan atmosfera akan mempengaruhi waktu terbit dan terbenam Matahari. Waktu siang lebih panjang sedikit bagi kawasan yang jauh dari khatulistiwa kerana Matahari terbit dan terbenam lebih panjang di kawasan ini.

Bagi Kuala Lumpur tempoh siang pada tarikh ini ialah 12 jam 06 minit 32 saat dengan waktu terbit dan terbenam Matahari pada tarikh ini ialah 07:17 dan 19:24 masing-masing. Manakala bagi Mekah Saudi Arabia yang terletak di hemisfera utara, tempoh siangnya 12 jam 07 minit 30 saat dan bagi Moscow Russia yang terletak lebih jauh di hemisfera utara ialah 12 jam 13 minit 38 saat.

SUBHANALLAH...indahnya ciptaanMU buat kami
TERIMA KASIH ALLAH

Sumber (untuk mendalami lagi)  jom : DISINI

6 comments:

sahromnasrudin said...

ALLAHUAKBAR..

Sungguh besar ciptaan-MU...

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Cakerawala patuh pada arahan penciptanya, namun manusia selalu ingkar, kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.

Rozali said...

Assalamualaikum Ain

Subhanallah
patutlah ramai pengkaji alam ini memeluk Islam...mereka tahu keagunggan Allah

Wassalam

ainhany said...

Salam Shah,

ALLAH AKBAR
Muga kita sentiasa bersyukur .

ainhany said...

Waalaikumusalam cikgu,

Benar tu...
Besarnya KUASA ALLAH dan DIALAH penguasa sebenarnya.
Alhamdulilah..muga kita diantar mereka yg bersyukur

ainhany said...

Waalaikumusalam Tn Hj,

Benar tu..dlam AQ bnyak fakta sains yang masih belum dikaji..:) semuga ALLAH memberikan hidayat berterusan buat kita. Amin