Bungkusan yang telah poskan itu, hanya mampu saya ambil selepas dua minggu tersadai di pusat Pungut Pos Laju, Taman Shemelin. Cheras. Segalanya berpunca dari cuti-cuti Malaysia dan tugasan kerja yang perlu diselesaikan dengan kekangan masa yang terhad..
SUBHANALLAH…..
Di lembaran ke 4, teka teki saya terjawab…siapakan insan yang dimaksudkan. Terima kasih. Seorang srikandi yang bertubuh kecil, namun mempunyai kredibility dan profesional. Beliaulah yang mendominasikan di sebalik pembikinan buku bertajuk FITRAHKAH KITA Sebagai Hamba Ciptaan Ilahi ni? Bersendikan agama yang kukuh dan memperolehi kelulusan dari USIM melayakkan beliau berada di ‘post’nya sekarang. Betapa bertuahnya kerjaya yang diceburinya. Tidak sekadar meneliti setiap patah perkataan yang dituliskan oleh seseorang penulis tetapi juga bertanggungjawab meneliti keseluruhan isi kandungan buku tersebut. Manuskrip asal yang diterimanya akan diteliti dan di edit dengan kepakarannya. Bayangkan status dan kerjayanya dalam menyampai dan menyebarkan ilmu ALLAH ini seiringan dengan penulis. Kerja penerbitan buku merupakan satu kerja pasukan.. Selain konsistan dan minat yang berterusan serta kemahiran berbahasa,tahap kesabaran yang tepu juga diperlukan. Segalanya mampu ditempuhinya…![]() |
| Mana satu NMK agaknya?? |
| Celebrati karangkraf yang menghiasi kad raya 2010..Mana satu ni? |
Tiada yang lebih baik selain dari membahagiakan orang sekeliling...Saya akui rasa gembira berbaur terharu apabila menerima buku ini. Tambahan lagi ianya di sunting oleh seorang srikandi yang saya kenali. Seorang yang sabar, tenang dan bermotivasi tinggi. Semuga kebaikan dan ilmu yang dialirkan menghias peribadi dalam menghargai setiap nikmat yang ALLAH berikan.
Ya ALLAH, berikan ilham kepada Cik Norhayati Mat Kassem, permudahkan urusan nya, perkenankanlah hajatnya, perolehkan akan dirinya kebahagiaan, kesihatan, ketenangan, kekayaan dan keselamatan di dunia dan akhirat... Terima Kasih Ya ALLAH

4 comments:
Assalamualaikum Ain
saya aminkan doa2 tu
amin amin amin
Wassalam
Assalamualaikum wbt
Islam adalah agama fitrah (Surah ArRom:30فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفً۬اۚ فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِى فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيۡہَاۚ لَا تَبۡدِيلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِۚ ) Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama [Allah]; [tetaplah atas] fithrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fithrah itu. Tidak ada perubahan pada fithrah Allah. [Itulah] agama yang lurus;
Jadi b/siapa yang menyalahi perintah Allah SWT, maka ia telah menyalahi fitrah manusia dimana kesudahan dgn kehancuran dan kebinasaan. Surah AlAhzab:62مَّلۡعُونِينَۖ أَيۡنَمَا ثُقِفُوٓاْ أُخِذُواْ وَقُتِّلُواْ تَقۡتِيلاً۬ (٦١) سُنَّةَ ٱللَّهِ فِى ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلُۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ ٱللَّهِ تَبۡدِيلاً۬ Orang2 dalam keadaan terla’nat. Di mana saja mereka dijumpai, mereka ditangkap dan dibunuh dengan sehebat-hebatnya. (61) Sebagai sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum [mu], dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada sunnah Allah.
Tidak hairanlah mana2 manusia atau perubahan pembangunan yg menyalahi fitrah, akan menemui kehancuran dan kerosakan akhirnya. Wallahualam
Waalaikumusalam Tn Hj,
Amin. Muga diperkenankan jua doa bersama.
Terimakasih dan alhamdulillah
waalaikumusalam ustz taj,
Insya ALLAH. Kembalilah kepada fitrah dan jadilah orang2 yang tahu mnsyukuri dan tidak mnzalimi diri.
Muga dijauhi kebinasaan/azab akibat perbuatan kita sendiri juga..."Peliharalah kami dan bimbinglah kami untuk membangun bersama ISLAM"
Terima kasih ats perkOngsian ini, Ianya menjadi tips jua.
Allah Akbar
Post a Comment