adik-adikku..InsyaALLAH BOLEH
Seketika cuti sekolah lalu baru saya tahu rupa-rupanya anak-anak saudara saya peminat setia rancangan ini..-Fatin, shahirah, shahme, shahir dan nadia menanti-nanti waktu siaran rancangan ini. Sebahagian teka-teki siapa finalis ke peringkat akhir terjawab dan mengena. Berbaloilah mereka meminati program reality seperti ini kerana ini satu dakwah dan pendekatan menerusi rakan sebaya amat terkesan dengan jiwa mereka.
Tahniah dan syukur kepada JAKIM dan RTM dan lain2 penaja yang mencungkil bakat2 anak-anak ini. Mereka yang terpilih ke peringkat ini bukan sahaja berkebolehan berpidato, tetapi juga mampu bertarannum, nasyid, bacaan surah dan sebagainya. Mengukur kepada keupayaan mereka, sekalung tahniah buat ibu bapa yang telah mendidik adik-adikku ini. Segalanya bermula dari rumah itulah keyword yang dapat dikatakan. Ibu bapa lah yang mencorakkan adik2. Alhamdulillah. Mungkinkah satu hari nanti ada anak-anak saudara saya juga terpilih untuk menyertai program relity yang mendidik jiwa seperti ini. InsyaALLAH BOLEH
Apabila disebut program realiti , adik-adik kecil ini juga telah mendapat menerima latihan dan bimbingan daripara murabbi dan ra’e yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang terkenal seperti Ustazah Asni Mansor, Ust. Mohd Zamri Mohd Zainuddin, Ust. Ahmad Badhrulsani ,Ust. Amir Azizi Ridzuan juga raeinya
ustz Farihin Abdul Fatah
Kini kemuncak finalis akan bertarung malam nanti...
Tujuh orang peserta adikku tersebut ialah Muhammad Amirul Munir Azlin, 9, Muhammad ‘Ammar Mukhlis Abd Mohsin,12, Zaid Najmuddin Zul Akmal, 11, Muhammad Abdussalam Mohd Nidzomuddin, 11, Syafiqah Fasiha Ahmad Safri, 11, Siti Nur Alia Safri, 11, dan juga Iffah Ahmad Hilmi, 13.
![]() |
| Cantiknya anak-anak perembuan yang bertudungkan.. |
![]() | ||
| ketika semi akhir peserta adik-adiku bersama murabbi |
Untuk adik-adiku..buat yang terbaik dan jawab soalan dengan tenang.( soalan bocor tak ?).
Pertandingan Peringkat Akhir program realiti “ADIK-ADIKKU” musim kedua akan disiarkan secara langsung melalui TV1 dari Dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari Isnin, 21 Mac 2011 dan bermula pada pukul 9.00 hingga 11.00 malam.
Untuk anak2 saudaraku....saksikan yer..walaupun kita tak bisa menjadi seperti mereka, tetapi kita bisa memiliki ilmu yang dianugerahakan. Antara mereka dengan kita tiada bezanya...jika kita memanfaatkan segala kurniaan ALLAH sebaiknya...Semuga pemilihan anak-anak saudaraku juga tepat dan kita mendoakan kejayaan mereka yang terpilih dan bakal beraksi ini..
adik-adikku..InsyaALLAH BOLEH


10 comments:
Assalamualaikum Ain
kalau ada masa saya nak tonton juga
Wassalam
assalamualaikum..
semoga asas akhlak yang telah diterap kepada anak-anak ini kan menjadi benteng untuk mereka apabila meningkat ke alam remaja kelak...
Waalaikumusalam Tn Hj,
Sila2...x lupa nooo..
usai solat isya kita sama-sama saksikan..Yang baik kita hebahkan..:)
Waalaikumusalam Shah,
InsyaALLAH..muga paksi mereka tetap sama dan akhlak mereka menjadi ikutan . Amin
bagus ada program macam ni
salam Sharinginfoz,
ye bagus sekali.
Anak2 bagai kain putih..kitalah yang mewarnai mereka..
terima kasih
semalam dah tengok final...tu lah 1st tengok...tapi teruja...aku tengok sampai habis..tahniah amirul & fasiha...
salam snsa,
keterujaaan yang memukau..Inilah kehebatan mereka...merekalah juara dan daei yang diperlukan ummah.
Doakan mereka Insya ALLAH boleh!!
terima kasih
murobbi & ra'e tu ape maksudnya ye??
salam leyzajamil,
murobbi itu adalah pembimbing/guru( ala2 mentor gitu) dan rae itu alaa macam pengetua dalam AF..hihii..
Post a Comment