Solat merupakan tiang agama dan merupakan ibadat yang pertama akan ditanya di akhirat kelak. Kunci kesempurnaan solat berkaitan dengan kesucian dzahir dan bathin beserta wuduk. Sama-samalah kita berusaha membuat revision dari masa ke semasa dengan mengambil input untuk penambahbaikan dalam ibadat kita. Jadikanlah semakin bertambah usia kita semakin tunduk dalam ketaatan kita kepada ALLAH Taala.
Sesi ilmu yang dibimbing oleh Ustazah Ros Izzanuri Bt Jamaluddin, seorang ustazah, yang muda usianya, berpegalaman sebagai pendakwah di beberapa jabatan kerajaan dan swasta dan seorang yang lemah lembut tetapi tegas berkaitan dengan hukum hakam agama. Beberapa teguran dan perbincangan yang melibatkan thaharah wanita dibincangkan secara terbuka dan perlu dijadikan iktibar dan tindakan untuk memperolehi kesempurnaan dalam solat.
Bagi memperolehi kesempurnaan dalam solat, niat perlulah sebati dalam hati bermula dari permulaan takbir hinggalah salam. Suntiklah rasa kemanisan dalam ibadah dengan kusyuk dan penyerahan berterusan dengan ALLAH. Sekiranya ada lintasan atau rasa keduniaan yang mmpengaruhi kembalilah istifar> Mudah-mudahan kita sentiasa tawadduk dlam ibadah.
Secara teori dan praktikalnya,peserta didedahkan dengan cara solat dan peranan yang wanita dalam jamaah. Ustazah juga menggalakan peserta menunaikan solat khado dari masa ke semasa sebagai top-up kecuaian kita terdahulu. Walaupun secara zahirnya, kita tak pernah mengabaikan solat tetapi kita memohon solat kita diterima dan pengampunan ALLAH jua atas kesilapan semalam.
Majlis berakhir seusai solat dzuhur berjamaah dan peserta tak melepaskan peluang bersalaman dan bertemu mesra dengan ustazah. Saya rasa bertuah terpilih untuk mnghadiri majlis ilmu ini dan bersyukur dengan pengisian hujung minggu ini. Tidak ketinggalan juga di majlis ini, saya diketemukan pulak dengan senior dari sekolah menengah yang telah lama berpisah. Kami berpeluk-pelukan dan menzahirkan rasa kesyukuran atas pertemuan ini di samping bertukar-tukar no telefon. Terima kasih ALLAH yang menemukan seorang ‘adik’ dengan kak siti khadijah (kini beliau adalah guru quran dan ibu yang berjaya). Semuga ALLAH memudahkan urusan kita dan mengampuni kesilapan terdahulu dan menjadikan ibadat kita sempurna dari masa ke semasa.
TERIMA KASIH ALLAH dan tahniah kepada pihak penganjur Masjid Bukit Indah. Muga program ini ada kesinambungannya
14 comments:
Assalamualaikum Ain
Alhamdulillah
Syukur
dihadirkan oleh Allah dlm majlis semacam itu
Wassalam
assalamualaikum..
trime kasih atas perkongsian ini..ia sangat bermanfaat dan membuat kita merenung sejenak akan wuduk yang selama ini kita ambil..
Assalammualaikom wtb. Allhamdullah..masa yang free perlu diisi dengan pelbagai program yang berfaedah. Bercampur dan berkumpul lah dengan orang-orang yang soleh. InsyaAllah tempiasnya pasti akan kita rasakan.
JazakaAllah
Waalaikumusalam wbkth THR,
Alhamdulillah....
satu peluang untuk refresh ilmu>Muga sentiasa dihadirkan lagi...:)
terima kasih
Waalaikumusalam wbkth Sahrom,
insyaALLAH.
Sama-sama kita berlapang dada dan bersedia menerima teguran..masih banyak yang kita tak tahu tentang rahsia solat Ayuh kita selusuri dan bongkarkan ...
Salam ain
Alhamdulillah ilmu seronok dapat hadir dalam majlis seumpama...
Waalaikumusalam kak shami,
betul tu...seronok tambahan pula bila pelbagai peringkat umur sama2 menghadirinya...masing2 mengkoreksi diri..
Alhamdulillah dan terima kasih
terima kasih juga berkongsi ilmu begini....
assalamualaikum ainhany...
syukur alhamdulilah dapt bersama dlm majlis ilmu dan dapat berkongsi bersama ilmu yg di pelajari utk menafaat bersama...
btw semua gambar kita mmg secara auto dlm picasa...ain blh sign in blog klik kt may account kemudian klik pada picasa klik pd setting kt situ ada tls album privasi samaada kita hendak kongsi atau membenarkan atau tidak membernarkan gambar kita di copy oleh org lain...dan lain2 lagi
thanks for sharing, penting ni esp yang melibatkan ibadat kan
Salam eelobo,
sama-samalah kita berkongsi dan tegur menegur..:)
terima kasih
Salams Sharinginfoz ,
setuju tu..ibadat perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa.
terima kasih
Waalaikumusalam dik MI,
alhamdulillah...mengali ilmu ilahi tidak ada kesudahanya...semakin digali semakin tak mencukupi..muga kita twadduk dalam ibadah.
terima kasih
Waalaikumusalam kak Ina,
Terima kasih, ain da cuba dan fahamlah akan ilmu yang dijelaskan di sini dan dlm blog akak tu..
penah juga ain upload pic ke picasa jer..cuma tak abih explore pernya..Lemahnya dirinie..Terimakasih ats perkongsian dan pengalaman yg telah ditrjemahkan..Ain menghargainya
Terima kasih
Post a Comment