Tuesday, February 22, 2011

Kematian mengejar kita...


KU HADIAHKAN AL FATIHAH BUAT MEREKA..
Aruah Tn Hj Zuhri Daud merupakan bekas rakan sepejabat saya ketika kami sama-sama berkhidmat di BTP. Kreativitinya sebagai pereka grafik yang terlibat secara langsung dengan pembikinan grafik, animasi (ketika itu mggunakan software amiga),set&prop,juga lukisan grafik yang dilukis frame by frame yang kemudiannya dicapturekan menggunakan kamera pegun. Melihatkan ketekunannya dan kretiviti yang ada, saya sebagai orang baru pada ketika itu, saling bertukar-tukar pandangan semasa menyiapkan produksi sesebuah penerbitan rancangan TVPendidikan. Ada ketikanya team posproduksi terhibur dengan kelakarnya dan ada ketikanya suara Tn.Hj Zuhri digunakan sebagai suara latar untuk membaca surah-surah dalam AQ. Bacaannya mantop dan sering juga diundang sebagai pembaca doa untuk majlis2 rasmi Kementerian Pelajaran. Be;iau bukan ustaz tapi inilah kelebihan yang dimilikinya. Namun selepas bersara, beliau telah memperuntukan seluruh dirinya untuk memakmurkan surau berdekatan dengan rumahnya. Menurut sumber, beliau dan isterinya memberikan sepenuh masa mengajar AQ utk orang dewasa dan kanak-kanak di rumahnya dan juga memegang jawatan sebagai Imam 1, Masjid Al Mardhiah, Taman Melawati.  Berita kematiannya pada petang Selasa 8/02/2011 amat mengejutkan.
Innalillahiwainailaihirojiun..bagaikan satu pesta ibadah di surau yang telah dinaiktaraf sebagai masjid itu.(beliau penah mewasiatkan sekiranya dia meninggal dunia sempurnakan urusan jenazahnya di masjid ini saja). Ketika saya melangkah ke masjid itu azan isya sedang berkumandang. Buat pertama kalinya saya saksikan, kehadiran jemaah yang melimpah di segenap ruang solat sedangkan jenazahnya terpaku di situ. Saya juga berkesempatan solat jenazah berjamaah yang dipimpin oleh kerabatnya.. Bertuahnya aruah Tn Hj Zuhri menyaksikan para jemaah yng pernah dipimpinnya bersamaa menyembahnyangannya…Ramai di kalangan keluarga dan taulannya datang mengunjungi jenazahnya buat kali terakhir begitu juga rakan2 ex BTP. Indahnya pertemuan yang direncanakan ALLAH ini dan..Alangkah indahnya kematiannya ..Aruah dikebumikan mengikut perancangan pada jam 1030 malam setelah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 4.30 petang.Semuga ALLAH mencucuri rahmat atasnya dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

Selang dua hari selepas itu, petang Khamis 10/2/2011, saya dimaklumkan pula dengan berita kematian anak kedua En. Hasnol akibat kecelakaan jalan raya ketika pulang dari kerja. En. Hasnul adalah staff di BTP dan kami satu department ketika saya bekerja di sana tempuhari.  Mengingat kembali , rumahtangga En. Hasnol dan isterinya hanya dikurniakan putera2 yang melebihi 5 orang dan kini salah seorang darinya telah dijemput pulang. Saya hanya dapat menyedekahkan doa dan yasin buat aruah kerana ketika itu saya masih di Kedah. Jenazahnya dikebumikan pada malam itu juga dan bertuahlah aruah meninggal di usia muda dan disempurnakan urusannya oleh ibu ayahnya..Semuga dicucuri rahmat atas rohnya.
 Pada Ahad 12/02/2011, dari Hospital Sg Buluh, saya menerima pulak berita sedih-kelahiran dan kematian seorang baby. Kakak kepada sahabat saya, Ilham telah melahirkan bb perempuan secara normal. walaupun beliau telah sedia maklum yang bbnya tak berdenyut hampir 3 minggu sebelum ini, namun pihak hospital tetap menanti proses kelahirannya secara normal. Syukur, menurut Ilham, bb sempurna dan tiada tanda2 pucat atau kekurangan tenaga biarpun telah terputus hubungan terlebih dulu. Saya mengucapkan takziah kepada walid
(ayah Ilham) yang tiba dari Terengganu semata-mata menyambut cucunya untuk disemadikan di Kuala Berang… Lewat jam1100 pagi, walid memaklumkan urusannya telah selesai. Bayi yang diberi nama Jannahtul Firdausi`bakal menanti ibu ayahnya kelak. Semuga kak Chik dan suaminya, serta anak sulungnya Alya tabah menghadapi ujian ini dan ALLAH menggantikan yang lebih baik lagi satu hari nanti.. Untuk Walid@ family angkat saya ini, saya dului mhn ampun maaf tak dapat bersama-sama  mengecapi nikmat kesedihan kerana masih di Kedah. Kita sama-sama terima ALLAH lebih Mengetahui dan adanya hikmah ALLAH di dalamnya.

Dan lewat semalam sahabat karib( Norain Isa) ketika di Sekolah Menengah Pendang, memaklumkan kematian bekas guru kami satu ketika dulu. Cikgu Mohd Shariff atau lebih mesra dipanggil sebagai Cikgu Sharif Lobo, telah dijemput ALLAH pada petang Jumaat 11/02/2011. Panggilan gelaran tersebut diambil dari sebuah rancangan siri popularTV sekitar 80an. Nama rancangannya, saya sudah lupa …Cuma ingat sheriff Lobo..Itulah raut wajahnya. Punca dan sebab kematian juga tak dimaklumkan…..Yang pasti aruah telah tua dan bersara. Cuma saya mengambil kesempatan disini,  memohon ampun maaf dan muga dihalalkan ilmu yang telah aruah curahkan selama ini. Menerusinya saya mengenal bahasa sastera klasik kerana beliaulah yang mengajar Hikayat Malim Deman salah satu buku yang menjadi subjek utama Sastera. Aruah yang saya ingat adalah seorang yang softspoken, mudah senyum dan pemurah markah. Saya sering mendapat markah tinggi semasa peperiksaan penggal dengan aggregate A1 dalam sastera ketika SPM. Mungkin inilah rentetan hidup saya…bergelumang dengan kesusasteraan pada mulanya sebelum berkecimpung dalam teknologi kejuruteraan kini. Semuga ALLAH mencucuri rahmat atas roh aruah.
Demi masa...kematian mengejar kita

Sama-sama kita hadiahkan Al fatihah buat meraka yang telah dijemput.. Hari ini untuk mereka, hari kita sapa yang tahu..Jadikanlah kematian sebagai peringatan buat yang kita. Kehidupan lawannya kematian, itulah sunnahtullah. Bayangkan kehidupan tanpa kematian juga satu penyiksaaan. Inilah pemikiran logic kita. Namun ALLAH lebih mengetahui setiap kehidupan kita telah tertulis tahap rezekinya. Andainya hingga disini saja….itulah bekalan yang dibawa kesana. Haruslah kita membuat persediaan sebelum kematian menjemput. Berbuatlah kebajikan sebanyak mungkin dan carilah restu ALLAH. Jika masih mempunyai emak ayah, ia satu bonus untuk menikmati redha ALLAH. Jagalah hati dan kasihi mereka seperti mana mereka memelihara kita sejak kecil. Hatta nyamuk pun dilarang gigit, inikan pula hati mereka diremuk-redamkan..Andainya ada ciri-ciri anak derhaka, U-turnla sebelum terlewat. Sekiranya dah terlewat, taubat tak berguna lagi, neraka juga yang menanti..dan yang tinggal hanya menyaksi…inilah pembalasan yang diadili. Jangan izinkan si Tanggang kembali…Al Qamah diwarisi…
AL Fatihah...Damailah dirimu di sini

4 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ain

Al Fatihah untuk mereka

moga kubur mereka diteranggi dgn cahaya Syurga

Wassalam

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Semua musibah dan perkara yg berlaku pada manusia dlm ketetapan Allah sebelum seseorg itu dilahirkan lagi. Semuana sudah tertulis! Surah AlHadid:22مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِىٓ أَنفُسِكُمۡ إِلَّا فِى ڪِتَـٰبٍ۬ مِّن قَبۡلِ أَن نَّبۡرَأَهَآ‌ۚ
Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan [tidak pula] pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab [Lauh Mahfuzh] sebelum Kami menciptakannya`
Siapalah yg dapat menggenggam dan melepaskan jiwa manusia ketika mati, tidur dan hidup selain daripada Allah SWT? Dialah Yang Maha Berkuasa. Surah AzZumar:42 Allah memegang jiwa [orang] ketika matinya dan [memegang] jiwa [orang] yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa [orang] yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.
Allah SWT memberi peluang hidup hanya seketika utk kita berikhtiar supaya kita berkesempatan mengikut petunjuk sebelum kita kembali menemuiNya. Surah AlBalad:10وَهَدَيۡنَـٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
Surah AlBaqarah:38فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدً۬ى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡہِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ maka adapun sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. Wallahualam

ainhany said...

Waalaikumusalam THR,

Amin.

InsyaALLAH..damailah mereka di sana
Terima kasih

ainhany said...

Waalaikumusalam ustzh taj,

Amin...kupasan dan perkongsian yang jelas tentang ikrar dan perjanjian kita mematahi term dan syarat ALLAH.
Semuga laluan diselusuri sepanjang kembara kehidupan ini mengikut syariat dan memperolehi rAHMATNYA .

" Ya ALLAH smpunilah dosa saudara2 kami yg mendahului dan limpahkanlah belas kesihan dan rahmatMU ke jiwa2 kami.."