Tuesday, February 8, 2011

terlanjur suda

Dengan nama ALLAH yang MaHa Pemurah lagi Maha Penyayang

Apa yang berlaku telahpun berlaku
Kesan kecuaian diri yang lampau
Mohon iman kekal bertahta
satu koreksi segala terencana


Segalanya telah pun berlaku...gara-gara kecuaian meletakkan myd'va di pesisir jalan pagi tadi. Walaupun hakikatnya hanya seketika dan jalan itu tak sesibuk jalan di kotaraya. Namun realitinya surat saman telahpun dikepilkan di viper. Tiada alasan untuk mencari helah walaupun d'va hanya salah satu dari deretan kereta yang menerima nasib yang sama.

Saya merenung pada catatan yang tertera...ada pengurangan sekiranya menjelaskan kesalahan trafik dalam tempuh 14 hari. Ini satu invest untuk kebaikan bersama. Lebih baik disegerakan andaikata esok bukan untuk saya, sekurang-kurangnya tak membebankan saya di alam kubur ataupun menyusahkan orang yang hidup. Mengambil peluang waktu makan tengahari saya berkejar ke DBKL dengan ditemani seorang kawan . Maklumlah secara hakikinya, bukan mudah mencari parking di waktu puncak. Tambahan pula ramai pegawai DBKL yang menjalankan tugas menyaman di waktu-waktu begini.  Saya mengganggarkan income DBKL sentiasa meningkat dan mungkinkah menyamai kutipan zakat tahunan.

Alhamdulillah...lega rasanya bila urusan telah diselesaikan dan kini d'va bebas tanpa sebarang saman. Hanya dalam  tempuh lima jam saja saman tersebut sempat bersamaku.  Leburlah RM50 yang boleh juga ku anggap sebagai kifarat dosaku berbanding RM100 jika melengah-lengahkannya. Muga ini satu pembersihan jiwa dan satu koreksi peribadi. Mudah-mudahan diri ini lebih berhati-hati dan tak menzalimi lagi.
Sesungguhnya ALLAH tak menganiaya manusia sedikitpun, 
akan tetapi manusialah yang menganiaya diri mereka sendiri
(Surah Yunus:44)

YA ALLAH
ya Allah, hambaMu ini lemah... tidak berdaya.... hambaMu ini memohon kepadaMu Petunjuk dan  rahmatMu ya Allah. Tuntunilah hambaMu ini ya Allah.. mujahadah dan istiqamah di dalam kebaikan ya Allah.ya Allah... terima kasih ya Allah.. terima kasih.

8 comments:

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

tahniah!! sdri menang souvenir untuk tekaan kontest semalam..sila ke entri terbaru saya untuk keterangan lanjut..terima kasih...

Arizakiah said...

salam ziarah.....
Segala gerak geri dan ketentuan adalah dariNya jua.....

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

begitulah hendaknya...bila dah terlanjur...segeralah menyelesaikannya.

ainhany said...

waalaikumusalam sha,

alhamdulillah..terharunya...:)
trimakasih

ainhany said...

salam arizakiah,

Salam ukhuwah
ye betui3...kita perlu waspada dan x melanggari sunnahtullah

ainhany said...

waalaikumusalam cikgu,

maklumlaa...nak tangguhpun kena bayaq jugak kan...pi mai dok tang tuuuu

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Sememangnya tugas penguatkuasa sesuatu kawasan mesti menyediakan kawasan `parking` yg secukupnya supaya berlaku adil dan bersifat pengajaran. Itu dah mmg tanggung-jawab mrk sebelum mahu menyaman atau menyalahi sesiapa. Surah AliImran:104وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar; [1] merekalah orang-orang yang beruntung.
Buat baik dahulu tu, sediakan kemudahan, keselamatan dsb yg secukupnya dari bidang kuasanya. Barulah boleh cegah kemungkaran atrau saman. Dlm konteks lebih luas, manalah manusia nak buat letak kereta semabarangan kecuali mrk yg fajir. Apa yg berlaku masakini adalah lebih dlm bentuk penganiayaan, dlm keadaan kwsn parking kekurangan, pengguna kenderaan terpaksa berlegar2 pusing berjam2 mencari parking! Wallahualam

ainhany said...

Waalaikumusalam ustzh Taj,

setuju tuu..benar jualah, ruang meletak kereta yang terhad hingga mmbataskan kita utk berurusan..Sekadar seketika menguruskan di mesin ATM, tika itu jugaklah kehadiran petugas ini. Memang tak berbaloi...kecualilah hanya kereta saya sebijik yang diparking disitu tanpa ganggu lalulintas pun..:) Apakah saman mengurangkan kesalahan atau mngundang sumber kewangan...setiap tangan akan bertanggungjwab dan lunaskan sebaiknya tanggungjwb kita. Terima kasih atas perhatian dan komen diberi..Ain amat mnghargainya..:)