Wednesday, June 16, 2010

Lakaran 11062009

                                AL FATIHAH BUAT AYAH...


Terima kasih dan jazakumullahu khairan kepada semua sahabat yang bersusah-payah menunaikan solat ghaib, berdoa dari jauh, menelefon dan/atau mengirimkan sms mengucapkan takziah, menziarahi jenazah ayah bila ayah kami Hj Mansor Abdullah berpulang ke Rahmatullah jam 2 pagi Khamis 11/6/09 dan di semadikan di perkuburan di kampung kami iaitu di Simpang Tiga Paya Kelubi, Pendang, Kedah selepas solat zohor.

Ayah berusia 86 tahun meninggalkan emak setelah 62 tahun hidup bersama,

dan 13 orang anak (termasuk 2 kembar lelaki yang meninggal sewaktu bayi), cucu seramai 55 org  dan 17 orang cicitnya.

Ayah telah pergi bertemu Allah dengan meninggalkan sekurang2nya DUA amalan sebagai kenangan sekaligus cabaran untuk kita:

1. Beristiqamah dengan solat berjemaah di masjid. 
Hujung2 usianya ayah masih berjalan bertongkat ke masjid walaupun langkahnya menjadi pendek dan lambat. Untuk itu ayah terpaksa pergi lebih awal ke masjid. Ayah kata ayah akan pergi ke masjid selagi berupaya. Taqdirnya ayah rebah di masjid sewaktu solat Isyak. Ayah di bawa jemaah ke rumah, besoknya demam dan tak lalu makan dan minum. Ayah di beri drip di hospital. Tapi ayah semakin uzur (maksudnya terlantar di katil) walaupun masih boleh bercakap dan masih kenal orang yang datang menziarahinya…

( hakikatnya ayah h melangkah dari biliknya ke bilik air pun menapak sebanyak 80 langkah- jadi bayangkanlah ayah mengatur tapak demi tapak ke masjid setiap waktu -- subhanallah)
Foto- inilah Masjid jamiulRahman- dibawah celahan tangga itulah ayah akan menyusun kasutnya..

2. Berzikir La-ilaha-ilallah sampai ke hujung usia. 
Sampai adik terpaksa beritahu ayah supaya berzikir dalam hati apabila berzikir jahar perlahan meletihkan ayah. Sebelum itu ayah mengikut perlahan-lahan kakak, abang2, adik2 membaca surah Yasin. Bila selesai, ayah mengangkat kedua2 tangannya mengaminkan doa.

Ya Allah, terimalah ; tempatkan ayah kami di tempat yang mulia
Tempat di sisiMu yang dijanjikan nikmatMu

Sedih rasa hati ini mengenangkan ayah
Bagai semalam ayah bersama kami
Tapi kami yakin kasih sayangMu penuh dan tiada bertepi

Moga sejahteralah dan bahagia ayah di sana
Moga di sana ayah bersama para solihin
Ya Allah, jadikan kami anak soleh yang selalu mendoakan kesejahteraan ayah di sana

Allahummaghfirlahu War-hamhu Wa ‘afihi Wa’ fu‘anhu


Bagi kita yang masih tinggal:
Teruskan berdakwah untuk memenangkan Islam
Di samping itu beristiqamah dengan solat berjemaah di masjid & berzikir La-ilaha-ilallah sampai ke hujung usia…

catatan jun 172009
: Hj Norizan Hj Mansor(anak ke 5)

No comments: