Wednesday, June 16, 2010

yang tersurat


Saya makin sayang pada nisan ini...terpahat dengan jelas nama ayah dan tarikh dia dipinjamkan di dunia ini. Ayah pernah bersama-sama memakmurkan bumi ALLAH ini, mengasihi alam, mencintai isteri, anak2, menantu, cucu, cicit-cicitnya dan kehidupannya... alhamdulilah

Tertera 28.10.1922 itulah yang tercatat dalam kad pengenalan ayah. Konon ceritanya  dulu tarikh pendaftaran kelahiran sebenar kurang diberi perhatian. Mungkin tika itu juga tiada cas kelewatan yang akan dikenakan seperti sekarang. Oleh itu  apabila tiba hendak didaftarkan untuk memudahkan Polis Balai yang bertugas, ia akan mencatatkan tarikh pada akhir bulan didaftarkan. Inilah  yang berlaku pada tarikh kelahiran ayah...yang tercatat di kad pengenalan dirinya ialah 28.10.1922.  Namun ayah sebenarnya dilahirkan pada 17 Jun 1922. 

Selepas membelek buku catatan kecil ayah, juga beberapa catatannya di tempat lain, di dapati ayah suka menghitung tarikh lahirnya pada 17 Jun...Apakah ini satu kebetulan ataupun suratan.  Sesungguhnya tarikh kelahiran dan kematian adalah dua makna yang berbeza tatap sering berkejar-kejaran.. Hanya dalam tempuh seminggu sebelum ulangtahun kelahirannya dia dijemput pulang....Pulangnya bersama bekalan yang saya anggap sempurna. Ayah amat sempurna di mata kami anaknya. Tidak pernah kami kontang dalam ilmu dan tak pernah kami lemas dalam kebebasannya...ayah adalah wira kami...dan saya mengkagumi cara adik saya melentur anaknya apabila anaknya memuji kehebatannya. Adik saya bertanya lagi hebat macam sapa??? macam wannnn!!!( gelaran utk ayah). Syukurlah sekurang-kurang pewaris ayah masih mengkagumi dan merasa dekat dengan ayah walaupun ayah tiada di mata kami lagi...


Terkenangkan riwayat hidup rasullulah....kelahirannya, kemuncaknya, dan kematiannya..tetap UNGGUL!!
Kami sayang ALLAH
Kami sayng Rasullullah
Kami sayang ibu ayah... 

2 comments:

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
lama tidak ke sini, kunjungan di pagi sunyi mGundang sebak di hati..banyak pula entry tentang jasa si ayah yG tidak mampu dinafi..m0ga arwah dicucuri rahmat di sana..
samada suratan atau kebetulan, keduanya adalah ketentuan

ainhany said...

salam AZ

amin..
sebak rasa hati mengenang dia yang pergi..itulah lumrah kehidupan yang bakal berlaku..terima kasih dik sudi berkunjung lagi...B'sama doamu. sama2 d'aminkan..