


Alhamdulillah........
Hari ini bertambah lagi cu3.. , seorang puteri.2.95kg. Lebih kurang jam 10 pagi tadi.
Tempat Lahir: KMC A/S
SELAMAT DATANG PUTERI NUREEN kami SAYANG... . Inilah keluarga kita ....
Terima kasih uminya yang memaklumkan dengan begitu pantas sekali. Syukurlah, tentunya lebih meriah disambut oleh ayah, putera Areez, dan kakak2nya puteri Alya dan puteri Balqis. Secara otomatiknya Areez sekarang dah jadi abang. Tahniah cucucu- semuga me
mbesar menjadi anak2 yang soleh dan solehah dan membahagiakan umi dan ayah. Tak dapat saya bayangkan bagaimanalah sibuknya kakak2 tu membantu uminya nanti. Apapun inilah peluang beristirehat di rumah, menghabiskan cuti2 bersama family dan menuntut kasih sayang dan kesabaran melihat kerenah ana
k-anak.Mereka adalah anugerah.
Merekalah kunci kemesraan
Merekalah jambatan ke syurga
Areez dengan bang iwan
Terlalu cepat masanya berlalu...Bersamaan juga dengan 2 bulan 8 hari ketiadaan nek ( panggilan mesra ayah untuk cicit2nya). Dapat
saya bayangkan, puteri juga turut menjadi saksi pemergian nenek wan walaupun puteri masih dalam kandungan umi. Umi puteri turut sama2 mencurahkan air mandian untuk almarhum nenek, juga memberi ciuman terakhir sebelum nenek berangkat dari rumah kita. Yang tok chu ingat lagi, puteri sempat menziarahi se
masa nenek wan di rawat di PMC. Kita sama2 makan nasi minang, walaupun hajat wan untuk menikmatinya didahulukan tetapi nek wan sekadar menjamah sesudu dua dan menikmati aroma gulai perut sahaja. Hanya tiga hari selepas itu nek wan dijemput ilahi... Semuga dicucuri rahmat, diampunkan dan di tempatkan nekwan di kalangan orang-orang yang soleh dan jannah adalah destinasinya.Kasut aqis mana?
Andai nek wan masih ade, pastinya diakan cium, sayang cicitnya dan menitipkan doa ditelinga cicitnya dan dibekalkan air jampi dan minyak celak sebagai shifa' skiranya anak cucu cicitnya menangis buat hal yang tak sepatutnya....inilah kepakaran ayah........kini yang tinggal hanya ingatan yg tak berkesudahan

Ayah.......cu merasai ketiadaanmu
cucu puteri terbaru ni...semuga dapat tok cu jumpa 30 ogos nanti....
Sue...jaga diri molek2. pati halia nak oder?
chik Jaa,kak chik- kakak sulung saya , areez dan umi Sue
No comments:
Post a Comment