Tuesday, May 16, 2023

1205

Terima kasih Allah
Masih sudi meminjamkan usia
Masih sudi mendengar doa
Masih sedia memaafkan saya
Alhamdulillah

Jumaat yg tenang
12 Mei 2023, 
hari yg mulia yang penuh barokahnya 

Sujudku panjang
Bersyukur padaMU
Terima kasih Allah

Andai ini hari terakhir ku ambillah nyawa ni dalam keadaan baik dan husnul qatimah.  
Ketika sedang berpuasa di hari jumaat dan bulan Ramadan. Tutupi aibku dan permudahkan urusan ku hingga di akhirat. 
Temukan daku dengan family besar ku di jannahtul firdaus. 
INSYA Allah


Melewati sisa umur pada tanggal 120523 kali ini amat mengujakan. Apakan daya.. Saya masih dalam fasa recovery. Ini adalah fasa kurantin yang bermula 9-15 Mei. Hari ini adalah hari ke 4 positif Covid.  Saya akui serangan ini memang luar biasa. NAMUN syukur kerana Allah memilih pada waktu yg tepat dan masanya.😍

Moralnya:
Allah memberi ruang rehat  sepanjang hari cuti kurantin. Bukan sikit tau termasuk cuti mingguan.... Mmmm turun sekilo dua jugak lah. 
Luar biasa ulang tahunnya. Saya tak  berdaya hatta menjawab wassap. Saya biarkan ia di sudut dan melayan kepala n badan yg lemah. Saya juga tak memaklumkan kepada family bagi mengelakkan kerisauan. Insya Allah  taqdir Allah ini mesti baik dan lebih baik dari yang kita jangka. 

Selang sehari saya akan membuat ujian covid kendiri bagi mengetahui status semasa. Manakala jadual hariannya ialah melaporkan status kesihatan di MySejahtera setiap hari sebanyak dua kali. 


Terima kasih dik elly yg sentiasa bertanya khabar dan memantau kondisi semasaku. Ku lepaskan juna adanya. Dia bekalkan beberapa ubat dibelinya untuk saya sepanjang tempuh kurantin. 
Entah berapa kali dia ingin menghantar makanan dan stok untuk bekalan semasa saya tetapi saya terpaksa menolak kerana saya tiada keinginan nak makan. Mungkin ini cara Allah nak ajar saya... Bukan hak kita tapi hak orang lain dan jangan menerima semborono. 

Kisahnya bermula... 
Sehari sebelum kejadian saya meraikan kelahiran Elly bersama Alina dan Biha di sebuah cafe di Bangsar sHoping Mall.  Ketika itu saya  dah mula berasa sakit kepala yang menyucuk2...  saya jangkakan apabila kepala dibasahkan atau tidur yg cukup kelak, ianya akan pulih. Kebetulan pula saya bertugas shif malam pada hari kejadian.  

Pada masa yg sama, hidung sudah mula selsema. Saya lebih selesa memakai face mask tika itu walaupun ditegur oleh elly alina dan biha. #dengarkatahati. 

Syukur, saya memang ada bersama mereka dan kejutan utk birthday gulz juga menjadi. Itulah cara kita menggembirakan orang yang kita sayang. Persahabatan itu bukan diukur berapa banyak kisah dikongsi dan bahu dipaut tetapi dari ketenangan dan keserasian. Keikhlasan dan jujur dalam perhubungan.

Ringkas cerita, elly perasan perubahan kondisi saya yang semakin merudum. Saya semakin lemah dan dia telah menghantar saya ke rumah dan bekalkan ubat. Kemudian dia kan terus ingatkan saya waktu makan ubat dan makan. Alhamdulillah.. Allah hadirkan sahabat yang baik dan ambil tahu tentang saya tika waktunya. 

Terima kasih Allah. 
1205  berlalu dengan muhasabah. Tirai lalu kita labuhkan  dan tirai baru dibuka seluasnya. Saya hargai semua sahabat saya. 

Maafkan dan doakan saya
Mohon halalkan segalanya. 
Wallahu aklam


Terima kasih elly n geng.



  

 


Monday, May 1, 2023

Diam

Terkadang diam adalah pilihan terbaik disaat hati dan lidah lelah untuk berkata...DIAM…
Jangan mengira bahwa orang yang memilih diam itu tidak mampu membalas.
Kadang kala seseorang memilih diam agar tak ada yang terluka.
Kdang kala juga kerana menahan luka dan pedih bila ucapannya hanya akan menambah perih.

Ada juga yang merasa bahwa diam adalah jawapan terbaik.
Apabila kita sudah terlalu lelah untuk
Berkata-kata...
Berdiam diri adalah jalan terbaik...
"Kalau suatu hari saat aku terdiam, itu bermakna aku dah penat, ya terlalu penat sangat...."
Terkadang diam adalah pilihan terbaik disaat hati dan lidah lelah untuk berkata...


Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Penulis buku
The Ultimate Guide To Make Your Dreams Come True

Part 2 raya raya

Raya
Hari ini hari raya
Umat Islam menyambut nya pada hari Sabtu. Alhamdulillah

Pada hari raya ni, saya bekerja shif pagi.  Tak ada sebarang persediaan pun kerana sehari sebelum tu saya bekerja shif petang. Tapi saya ada juga oder dengan Pn Alina, menu daging dendeng dan nasi impit utk juadah raya.

Seperti biasa siaran RTM sempena raya bermula sejak awal pagi.. Bermula selamat pagi Malaysia - SPM dan kemudianya siaran langsung solat Aidil Fitri dari masjid Negara. Mau tidak kami terpaksa bergilir  makan dan bersolat raya demi tanggangjawab dipegang.
Syukur, saya mendapat pasukan kerja yg komited yakni Azmi, Faisol, Fairen, Raden juga Jurutera Farahfiza. 

Bertugas dan beraya adalah makna yang amat berbeza. Namun bila dihadam menjadi beraya di tempat kerja ianya lebih mesra dan tenang.

Usai makan kami kerja dan ketika bekerja kami sempat makan raya. Beraya bersama bersama2 rakan setugas aka familytoc. 

Rezeki kita berbeza tetapi jelas matlamat kita sama.  Ramadan dan syawal diraikan bersama. Moga rezki di tahun hadapan dapat beraya bersama family dan makan makan di kampung lagi. InsyaAllah. 

Selamat Hari Raya
Maaf zahir batin

Monday, April 24, 2023

Part 1:Eid Mubarak 2023

Salam  Edul fitr
Minal idil walfaizzin

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Raya tahun ini jatuh pada hari Sabtu, 22/4/23. Kemeriahannya mula terasa apabila kerajaan menghadiahkan hari cuti UMUM pada hari Jumaat. Ini bererti waktu kerja bagi orang yg normal selama empat hari cuti tanpa rekod- Jumaat, sabtu, ahad dan isnin juga tawaran tol percuma pada tarikh tersebut. MasyaAllah.. Kerajaan Perpaduan Madani yang faham kehendak rakyat terus mempelbagaikan  insentif dan tawaran rahmahnya.  kita semua dapat menikmatinya... Oh ya selain itu  Kementerian Komunikasi dan Digital mengizinkan staff nya balik awal pada hari Khamis (mereka hanya bekerja separuh hari) 


Tetapi bagi yg kerja shif macam saya, setiap hari dilalui tetap sama. Orang lain mendapat pelepasan sejam ke sehari ka, kami tetap waktu kerja yang sama mengikut jadual yg termaktub. Seperti mana  waktu kerja bulan puasa yang bekerja normal dapat pulang awal setengah jam..  Reda kan hati dan perbaharui niat... Kita masih ada tanggungjawab dan laksanakan dengan amanah.  Bukan membandingkan untuk membuka lara tapi mempamerkan betapa tugas pekerja shif ini adalah satu aset penting untuk Jabatan Penyiaran Malaysia sebagai wadah media elektronik negara. 

Kalau tak kongsi, semua orang tak tahu yang komitmen diberikan. Mengorbankan masa dan waktu beraya bersama keluarga adalah satu perjuangan. Di impit kesedihan dan kerinduan di kampung laman. 

Raya tetap raya dan raya kita secara sederhana. Potluck dan berganti makan dan.bertukar menu mengikut shif. Inilah rezeki yang kami kongsi bersama. 

Alhamdulillah 

Oh ya, panjang pula cerita saya nie.. Maafkanlah... 

Selamat Hari Raya 
Maaf zahir batin

Kita sambung part 2.pasai raya ini. 


Wednesday, April 19, 2023

gerhana Matahari separa 2023

Allahu... Di penghujung ramadan, hari ke 29, Malaysia mengalami gerhana mata hari. Subhanallah


Hari ni cuaca mendung . Sejak awal. Pagi lagi sepoi2 angin menghiasi ruang udara. Apakah petanda  Lailatul qadr??

Hari juga tanpa matahari dilihat jelas... Langit masih suram. Dihias pula dengan titis-titis hujan.... Hamba2mu berkumpul dan mengakui kekuasaanMU ya robb..

Ya Allah Maafilah kami, ampunilah dosa kami dan seluruh ummah... 
Ya hari ni di saran kita Perbanyakkan istifar dan bertaubat.. Kembalilah ke jalan Allah. 


Terima kaasih Ya robb, memilih saya diantara mereka yang hadir menghiasi ruang solat di Masjid Negara. Jemaah wanita dan lelaki datang kerana dan untukMU ya robb. Sisa air mata masih berbaki... Mengandaikan... Rasul pernah bersedih dan takut dengan kejadian gerhana matahari diandaikan..kiamatkah ini

Suasana tenang 

Menjadi saksi


Masjid Negara with love

Sunday, April 9, 2023

Mandi dulu

Hari ni
Ramadan ke 21

Juna disiram 
Bak pengantin baru

Hari ini
Setelah 18 bulan 6 hari
Juna bertahta di hati

Ya juna
Kau perlu tahu
Ujudmu bukan untuk hiasan
Jauh sekali untuk bersaing

Tapi kau adalah harapan
Untuk terus menabur budi
Mudahkan semua urusan 
Jemput rezki buat yang memerlu

Terima kasih juna
Mengikut jejak si d'Va
Pantang nyenyak tidurmu
Terus bangun untuk berbakti

Terima kasih juna 
Pengganti yang pergi
Peneman yang setia
Kita serasi bersama


10/4/2023 bila juna bersiaran utk kali pertamanya



Monday, April 3, 2023

Sudahkah bersedekah?

Pejam celik pejam celik.. Ramadan menghampiri separuh bulan. Ini bermakna akan meninggalkan kita hanya yg berbaki....

Sudahkan kita bersedia merebut tawaran malam alqadr?? Sudahkan kita berada di lapangan dan bersedia memecut??
Jangan tanya bila nak bermula.. Kerana jawapannya dari sekarang... Apabila masuknya Magrib, bermula lah hari baru dalam Islam..jadi lazimi lah amalan yg boleh menjadikan pahalanya berlipat ganda....

Saya ingat kata ustaz dalam satu kuliah... Saranan ya setiap malam di ramadan ini bawalah duit ke masjid dan menabung lah di situ. Pahala solat terawih dapat dan andainya malm itu adalah  malam al qadar pastinya kita tak dikecualikan pahalanya. Yang baik kita kongsi dan beramal. Tak susah jika anggap mudah dan tak payah berkira kira dengan Allah. Kata Prof Dr Muhaya.. Ada beri dapat. Ringkas tapi tiga perkataan ini bermakna bila kita praktikannya  Yakinlah   Allah catat apa yg kita niat dan hajat.

Ingatan ini. Buat diri sendiri.. Jangan abaikan bersedekah setiap hari di ramadan. Jangan lupa BACA Al-Quran secara paksa sehari sejuzuk dan becakap sedikit tapi yg baik baik sahja... Dan amalan berselawat teruskan lah berkali kali.... Hingga jadi sebati.. 
Juga doakan emak ayah yg pergi dan doakan keampunan untuk semua orang termasuk diri sendiri   
Ingatkan saya andainya terlupa.. 
Buatlah kebaikan kerana ia mungkin biasa hari ni tapi akan menjadi luarbiasa bila generasi kita juga bakal mewarisi... Insya allah.. 

Saya maafi semua semua dan mhn maafi saya juga. 

Ainhany
3/4/2023

Sunday, April 2, 2023

Ujian

Kesekian kalinya
Ia singgah lagi
Berdesing


Masih banyak dosa 
Yang perlu disucikan


11 ramadan
2023

Saturday, April 1, 2023

SAHABAT PERBAGAI WATAK*

*Persahabatan umpama untaian tasbih, yang ada awal Tiada penghujung. Dicantum demi cinta-Nya, diratib demi Redha-Nya.*

 *Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang tersendiri.* 
*Ada kelebihan dan kekurangan yang perlu kita saling lengkapi.*

 *Ada sahabat yang kasar, Tetapi lembut hatinya,*

*Ada sahabat yang Nakal, Tetapi suka mengambil berat,*

*Ada sahabat yang Garang, Tetapi sebenarnya adalah penyayang.*

*Ku sendiri akui susahnya ingin menjaga sebuah persahabatan,* 

*Menjaga ukhuwah hanya kerana Allah, membuang sifat-sifat tercela sa’at berukhuwah*
*kerana syaitan sentiasa mencucuk jarum agar bermusuhan dengan sahabat.

*"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh.* 

*Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh..."* 

*Andai aku mendekatkanmu dengan Allah, teruslah bersamaku.*

*Andai aku menjauhkanmu daripada Allah, nasihatilah aku untuk kembali kepada-Nya.* 

*Buang segala sifat tercela di hati. Ikhlaskan persahabatan hanya kerana Allah.Kerana*
*Di Syurga nanti kita pasti* 
*berjumpa kembali*




*Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama sebagai muhasabah diri*

Tuesday, March 28, 2023

Malam 7 Ramadan

Indahnya malam
Cahaya nya menyinari
Hidupnya Ramadan
Dengan terawihnya

     
Subhanallah

 29/3/2023
9.00 malam

Monday, March 27, 2023

Terlayan

 
           
Ada kat mana??
Rumah. 
Mailaa eda ada kt KL ni. Mehlaa jumpa eda.. Ani  jom tgok Aina. Eda minat Aina tau.. Boleh tak nk bergambar degn Aina. 

Aduh eda.. Ko ni dari Johor semata mata nak layan aina ye.. Hmm.. Boleh tapi nak jumpa eda sebelum ko masuk auditorium tau.. 

Tetiba... Ramaiinya .. Kelam cari jalan masuk audi nie... Takpe.. Ani kan tuan rumah.  Mehlaa ada seat ni.. Ada empat kosong......eda dah booking rtm Johor. Mmm eda eda... Jika tak kerana ko... Saya tak layan konsert HMI bersama Aina Abdul ni.  Maka lubang tikusla jawapannya dengan izin pengawal keselamatan kita. 

Benar dua jam bersama Aina.. Mgg best. Nth kenapa lagu 'semalam' amat dekat dengan hati saya. Kerana semalam lah berderai airmata dan luka dilukai.. Pengkianatan semalam amat berat bagi jiwa yang memahami. Benar karya Aina di tulis dari hati dan kisah kehidupannya 

Tahniah Aina dan Ainanation. Hampa mgg peminat tegar tapi jangan terlalu Agung kan Aina kerna dia juga macam kita.. Jatuh dan bangun tapi tak pernah kecewa. 
Aina juga telah berjaya membolotnya byak anugerah sempena AJL2022. 
Rezeki awak dik

Jangan lupa Allah..
Jaga diri dan ajaklh umah ingat Tuhan dan ingt mati. 
Kita semua sedang menunggu mati..

Terima kasih eda.. Empat tiket kita kongsi dengan peminat Aina. Best ja kita layan dan kita jumpa setelah bertahun tak jumpa. Eda Inilah sahabat saya yag sama sama report duty  di BTP. Lama hub kami walaupun terpisah negeri. Dia berpindah ke johor dan saya masih pemastautin Selangor yg Bekerja untuk KL. 


Lokasi :auditorium perdana RTM
Tujuan :rakaman konsert Aina 




SalamRamadan.

Alhamdulillah
Selamat berpuasa dan selamat berpesta ibadah di Ramadan ini. Semoga Ramadan ini terbaik dan dapat kita merebut tawaran pahalaNya


Pada malam pertama terawih, saya ke masjid cyber. Mgg luar biasa jemaah yg hadir. Setelah 3 tahun berlalu, ini adalah singgahan saya yang pertama. Kesesakan berlaku di persimpangan masjid. Kereta saya juga turut terlibat. Terpaksa parking agak jauh dan menapak untuk ke masjid. Tetapi indahnya kali ini.. Jauh bukan faktor nya tetapi mengejar solat jemaah isya dan terawih menjadi alasannya

Alhamdulillah... Apabila saya selesai menyempurnakan terawih 20 rakaat, barulah saya perasan bahawa hanya si juna yg setia di tepi jalan. Kebanyakan orang dah balik seusai 8 rakaat solat terawih.

Alhamdulillah 
Selamat berpuasa 
Selamat berterawih


Suasana malam pertama terawih di masjid cyber

Hanya yang setia menunggu 

Alhamdulillah
23/3/23



Pssst.... Apakah si manja saya masih ingat kita pernah berbuka di sini dan akan terus memburu lailatul qadar. 

Wednesday, March 1, 2023

Ambil tahu

Imam Hasan Al-Basri berkata :

1. Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain. Oleh kerana itulah hatiku merasa tenang.

2. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dikerjakan oleh orang lain. Oleh kerana itulah aku sendiri yang sibuk mengerjakannya.

3. Aku tahu Allah selalu mengawasiku. Oleh kerana itulah aku selalu merasa malu bila Dia melihatku dalam keadaan bermaksiat.

4. Dan aku tahu kematian itu telah menantiku. Oleh kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Rabb-ku.

Kawan-kawan,

Rezeki, mutlak Allah beri. Jika bukan untuk kita, maka bukanlah.
Amalan, mesti kita yang kerjakan.
Buat baik, buat jahat semua Allah tahu dan mati tetap akan jemput kita pulang.
Buatlah baik, sangkalah baik, fikir yang baik, maka yang baik-baik akan sampai kepada kita.

Insyaa-Allah

Beginilah,




Walimahtul urus Fairuz dan Fakhri

13.03.2023
Tersemat indah tarikh keramat
Dua jiwa disatukan
Atas nama pernikahan
Doa diamin tanda sepakat
Moga hidup lebih berkat
Amin yarobbal alamin


                                                  
Selamat pengantin baru kakak dan suami.Ya, ini anak saudaraku yang ke 30. Kembar seiras lah katakan. Kakak dan adik kembar itulah sinonim panggilan buat mereka. Jodoh kakak dulu dari adik . Insya allah lepas ni Adik pula. Adik tetap support kakaknya... Menjadi pengiring pengantin di hari bahagia kakak.



Barokallah buat anakanda  FairuzHazwani dan Muhamad Fakhri.  Semoga Allah memberkati bahtera hidup kalian dengan penuh sakinah, mawaddah warohmah.  Dianugerahkan  family yang bahagia dengan ketenangan dan kasih sayang yang dirahmati ALLAH. Jagalah amanah dengan sempurna dan berkasih sayanglah kerana Allah. 

Majlis walimah yang di adakan di d'Auni Villa sangat selesa.  Laman yg luas lengkap dengan khemah yg cantik juga surau disediakan. Kira 5*lah..Tetamu yg hadir boleh memilih berada di khemah kanan atau kiri dengan juadah yg disediakan oleh pihak katering memang puas hati. Pakejnya kena tanya  tuan rumah ye. 
Alhamdulillah makanan sedap dan cuaca juga amat baik. 
Laksa, teh tarik dan bubur kacang pula merupakan menu tambahan dan pilihan. Semua sedap sedap. Sapa dah makan memang tersandaq. 

Terima kasih tuan rumah..Cikgu Mahdzir dan Cikgu Nilam.Mantan gurulah katakan.  Abg Mahdzir ini anak ke 7 dalam familyku. Tetamu yang hadir  pula  kebanyakannya di kalangan guru guru dan juga diantaranya mantan guruku juga. i Tidak terkecuali  saudara mara, sepupu sepapat juga jiran2 tetangga. Adat kata adik-beradikpun sepakat turut hadir meraikan majlis perkahwinan dan bertemu dengan sanak saudara yg jauh dan dekat. Seronok berjumpa semua yang hadir dalam keadaan selamat dan bebas ancaman Covid. 


NAMUN, pabila tanpa emak dan ayah lagi, saya tetap merasai kekurangannya. Mungkin majlis kenduri dulu dan sekarang berbeza.  Ketiadaan mereka tetap di rasai  Ini pandangan saya.  Tambahan pula abang Zan dan family Johor tak turut serta. Jarak dan faktor kesihatan juga kekangan tugas membataskannya.  

Bagi saya pula pemanduan juna dari KL ke Kedah telah saya tempuhi seusai tamat waktu kerja shif pagi. Sedikit cabaran lah  apabila memandu terus dari opis ke kampung . Inilah  kehidupan dan demi family kita utamakan. Ciptalah kenangan untuk bahagia cara kita. Mungkin hari ini sahaja adalah peluang kita lagipun tanpa family siapa kita. Setinggi mana pun terbang, kelak ke pangkuan family juga tempat mendarat nya. Itulah antara kita dengan kehidupan. 

                                     
      my big family

Terima kasih sudi baca hingga akhir.  Doakan pasangan baru ini berjaya melayari bahtera perkahwinan dengan selamat dan bahagia. 








Sahabat

Menjadi sahabat itu tidak perlu bersyarat kepada sesiapa, namun perlulah  bermanfaat kepada sahabat.

Barulah dikatakan bersahabat tanpa syarat. 
Sayangi sahabat. 


Begitulah.