Monday, April 24, 2023

Part 1:Eid Mubarak 2023

Salam  Edul fitr
Minal idil walfaizzin

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Raya tahun ini jatuh pada hari Sabtu, 22/4/23. Kemeriahannya mula terasa apabila kerajaan menghadiahkan hari cuti UMUM pada hari Jumaat. Ini bererti waktu kerja bagi orang yg normal selama empat hari cuti tanpa rekod- Jumaat, sabtu, ahad dan isnin juga tawaran tol percuma pada tarikh tersebut. MasyaAllah.. Kerajaan Perpaduan Madani yang faham kehendak rakyat terus mempelbagaikan  insentif dan tawaran rahmahnya.  kita semua dapat menikmatinya... Oh ya selain itu  Kementerian Komunikasi dan Digital mengizinkan staff nya balik awal pada hari Khamis (mereka hanya bekerja separuh hari) 


Tetapi bagi yg kerja shif macam saya, setiap hari dilalui tetap sama. Orang lain mendapat pelepasan sejam ke sehari ka, kami tetap waktu kerja yang sama mengikut jadual yg termaktub. Seperti mana  waktu kerja bulan puasa yang bekerja normal dapat pulang awal setengah jam..  Reda kan hati dan perbaharui niat... Kita masih ada tanggungjawab dan laksanakan dengan amanah.  Bukan membandingkan untuk membuka lara tapi mempamerkan betapa tugas pekerja shif ini adalah satu aset penting untuk Jabatan Penyiaran Malaysia sebagai wadah media elektronik negara. 

Kalau tak kongsi, semua orang tak tahu yang komitmen diberikan. Mengorbankan masa dan waktu beraya bersama keluarga adalah satu perjuangan. Di impit kesedihan dan kerinduan di kampung laman. 

Raya tetap raya dan raya kita secara sederhana. Potluck dan berganti makan dan.bertukar menu mengikut shif. Inilah rezeki yang kami kongsi bersama. 

Alhamdulillah 

Oh ya, panjang pula cerita saya nie.. Maafkanlah... 

Selamat Hari Raya 
Maaf zahir batin

Kita sambung part 2.pasai raya ini. 


No comments: