Hari ini hari raya
Umat Islam menyambut nya pada hari Sabtu. Alhamdulillah
Pada hari raya ni, saya bekerja shif pagi. Tak ada sebarang persediaan pun kerana sehari sebelum tu saya bekerja shif petang. Tapi saya ada juga oder dengan Pn Alina, menu daging dendeng dan nasi impit utk juadah raya.
Seperti biasa siaran RTM sempena raya bermula sejak awal pagi.. Bermula selamat pagi Malaysia - SPM dan kemudianya siaran langsung solat Aidil Fitri dari masjid Negara. Mau tidak kami terpaksa bergilir makan dan bersolat raya demi tanggangjawab dipegang.
Syukur, saya mendapat pasukan kerja yg komited yakni Azmi, Faisol, Fairen, Raden juga Jurutera Farahfiza.
Bertugas dan beraya adalah makna yang amat berbeza. Namun bila dihadam menjadi beraya di tempat kerja ianya lebih mesra dan tenang.
Usai makan kami kerja dan ketika bekerja kami sempat makan raya. Beraya bersama bersama2 rakan setugas aka familytoc.
Rezeki kita berbeza tetapi jelas matlamat kita sama. Ramadan dan syawal diraikan bersama. Moga rezki di tahun hadapan dapat beraya bersama family dan makan makan di kampung lagi. InsyaAllah.
Selamat Hari Raya
Maaf zahir batin
No comments:
Post a Comment