Selamat berpuasa dan selamat berpesta ibadah di Ramadan ini. Semoga Ramadan ini terbaik dan dapat kita merebut tawaran pahalaNya
Pada malam pertama terawih, saya ke masjid cyber. Mgg luar biasa jemaah yg hadir. Setelah 3 tahun berlalu, ini adalah singgahan saya yang pertama. Kesesakan berlaku di persimpangan masjid. Kereta saya juga turut terlibat. Terpaksa parking agak jauh dan menapak untuk ke masjid. Tetapi indahnya kali ini.. Jauh bukan faktor nya tetapi mengejar solat jemaah isya dan terawih menjadi alasannya
Alhamdulillah... Apabila saya selesai menyempurnakan terawih 20 rakaat, barulah saya perasan bahawa hanya si juna yg setia di tepi jalan. Kebanyakan orang dah balik seusai 8 rakaat solat terawih.
Alhamdulillah
Selamat berpuasa
Selamat berterawih


No comments:
Post a Comment