Terkadang diam adalah pilihan terbaik disaat hati dan lidah lelah untuk berkata...DIAM…
Jangan mengira bahwa orang yang memilih diam itu tidak mampu membalas.
Kadang kala seseorang memilih diam agar tak ada yang terluka.
Kdang kala juga kerana menahan luka dan pedih bila ucapannya hanya akan menambah perih.
Ada juga yang merasa bahwa diam adalah jawapan terbaik.
Apabila kita sudah terlalu lelah untuk
Berkata-kata...
Berdiam diri adalah jalan terbaik...
"Kalau suatu hari saat aku terdiam, itu bermakna aku dah penat, ya terlalu penat sangat...."
Terkadang diam adalah pilihan terbaik disaat hati dan lidah lelah untuk berkata...
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Penulis buku
The Ultimate Guide To Make Your Dreams Come True
sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Monday, May 1, 2023
Part 2 raya raya
Raya
Hari ini hari raya
Umat Islam menyambut nya pada hari Sabtu. Alhamdulillah
Pada hari raya ni, saya bekerja shif pagi. Tak ada sebarang persediaan pun kerana sehari sebelum tu saya bekerja shif petang. Tapi saya ada juga oder dengan Pn Alina, menu daging dendeng dan nasi impit utk juadah raya.
Seperti biasa siaran RTM sempena raya bermula sejak awal pagi.. Bermula selamat pagi Malaysia - SPM dan kemudianya siaran langsung solat Aidil Fitri dari masjid Negara. Mau tidak kami terpaksa bergilir makan dan bersolat raya demi tanggangjawab dipegang.
Syukur, saya mendapat pasukan kerja yg komited yakni Azmi, Faisol, Fairen, Raden juga Jurutera Farahfiza.
Bertugas dan beraya adalah makna yang amat berbeza. Namun bila dihadam menjadi beraya di tempat kerja ianya lebih mesra dan tenang.
Usai makan kami kerja dan ketika bekerja kami sempat makan raya. Beraya bersama bersama2 rakan setugas aka familytoc.
Rezeki kita berbeza tetapi jelas matlamat kita sama. Ramadan dan syawal diraikan bersama. Moga rezki di tahun hadapan dapat beraya bersama family dan makan makan di kampung lagi. InsyaAllah.
Selamat Hari Raya
Maaf zahir batin
Monday, April 24, 2023
Part 1:Eid Mubarak 2023
Salam Edul fitr
Minal idil walfaizzin
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
Raya tahun ini jatuh pada hari Sabtu, 22/4/23. Kemeriahannya mula terasa apabila kerajaan menghadiahkan hari cuti UMUM pada hari Jumaat. Ini bererti waktu kerja bagi orang yg normal selama empat hari cuti tanpa rekod- Jumaat, sabtu, ahad dan isnin juga tawaran tol percuma pada tarikh tersebut. MasyaAllah.. Kerajaan Perpaduan Madani yang faham kehendak rakyat terus mempelbagaikan insentif dan tawaran rahmahnya. kita semua dapat menikmatinya... Oh ya selain itu Kementerian Komunikasi dan Digital mengizinkan staff nya balik awal pada hari Khamis (mereka hanya bekerja separuh hari)
Tetapi bagi yg kerja shif macam saya, setiap hari dilalui tetap sama. Orang lain mendapat pelepasan sejam ke sehari ka, kami tetap waktu kerja yang sama mengikut jadual yg termaktub. Seperti mana waktu kerja bulan puasa yang bekerja normal dapat pulang awal setengah jam.. Reda kan hati dan perbaharui niat... Kita masih ada tanggungjawab dan laksanakan dengan amanah. Bukan membandingkan untuk membuka lara tapi mempamerkan betapa tugas pekerja shif ini adalah satu aset penting untuk Jabatan Penyiaran Malaysia sebagai wadah media elektronik negara.
Kalau tak kongsi, semua orang tak tahu yang komitmen diberikan. Mengorbankan masa dan waktu beraya bersama keluarga adalah satu perjuangan. Di impit kesedihan dan kerinduan di kampung laman.
Raya tetap raya dan raya kita secara sederhana. Potluck dan berganti makan dan.bertukar menu mengikut shif. Inilah rezeki yang kami kongsi bersama.
Alhamdulillah
Oh ya, panjang pula cerita saya nie.. Maafkanlah...
Selamat Hari Raya
Maaf zahir batin
Kita sambung part 2.pasai raya ini.
Wednesday, April 19, 2023
gerhana Matahari separa 2023
Allahu... Di penghujung ramadan, hari ke 29, Malaysia mengalami gerhana mata hari. Subhanallah
Hari ni cuaca mendung . Sejak awal. Pagi lagi sepoi2 angin menghiasi ruang udara. Apakah petanda Lailatul qadr??
Hari juga tanpa matahari dilihat jelas... Langit masih suram. Dihias pula dengan titis-titis hujan.... Hamba2mu berkumpul dan mengakui kekuasaanMU ya robb..
Ya Allah Maafilah kami, ampunilah dosa kami dan seluruh ummah...
Ya hari ni di saran kita Perbanyakkan istifar dan bertaubat.. Kembalilah ke jalan Allah.
Terima kaasih Ya robb, memilih saya diantara mereka yang hadir menghiasi ruang solat di Masjid Negara. Jemaah wanita dan lelaki datang kerana dan untukMU ya robb. Sisa air mata masih berbaki... Mengandaikan... Rasul pernah bersedih dan takut dengan kejadian gerhana matahari diandaikan..kiamatkah ini
Sunday, April 9, 2023
Mandi dulu
Hari ni
Ramadan ke 21
Juna disiram
Bak pengantin baru
Hari ini
Setelah 18 bulan 6 hari
Juna bertahta di hati
Ya juna
Kau perlu tahu
Ujudmu bukan untuk hiasan
Jauh sekali untuk bersaing
Tapi kau adalah harapan
Untuk terus menabur budi
Mudahkan semua urusan
Jemput rezki buat yang memerlu
Terima kasih juna
Mengikut jejak si d'Va
Pantang nyenyak tidurmu
Terus bangun untuk berbakti
Terima kasih juna
Pengganti yang pergi
Peneman yang setia
Kita serasi bersama
Monday, April 3, 2023
Sudahkah bersedekah?
Pejam celik pejam celik.. Ramadan menghampiri separuh bulan. Ini bermakna akan meninggalkan kita hanya yg berbaki....
Sudahkan kita bersedia merebut tawaran malam alqadr?? Sudahkan kita berada di lapangan dan bersedia memecut??
Jangan tanya bila nak bermula.. Kerana jawapannya dari sekarang... Apabila masuknya Magrib, bermula lah hari baru dalam Islam..jadi lazimi lah amalan yg boleh menjadikan pahalanya berlipat ganda....
Saya ingat kata ustaz dalam satu kuliah... Saranan ya setiap malam di ramadan ini bawalah duit ke masjid dan menabung lah di situ. Pahala solat terawih dapat dan andainya malm itu adalah malam al qadar pastinya kita tak dikecualikan pahalanya. Yang baik kita kongsi dan beramal. Tak susah jika anggap mudah dan tak payah berkira kira dengan Allah. Kata Prof Dr Muhaya.. Ada beri dapat. Ringkas tapi tiga perkataan ini bermakna bila kita praktikannya Yakinlah Allah catat apa yg kita niat dan hajat.
Ingatan ini. Buat diri sendiri.. Jangan abaikan bersedekah setiap hari di ramadan. Jangan lupa BACA Al-Quran secara paksa sehari sejuzuk dan becakap sedikit tapi yg baik baik sahja... Dan amalan berselawat teruskan lah berkali kali.... Hingga jadi sebati..
Juga doakan emak ayah yg pergi dan doakan keampunan untuk semua orang termasuk diri sendiri
Ingatkan saya andainya terlupa..
Buatlah kebaikan kerana ia mungkin biasa hari ni tapi akan menjadi luarbiasa bila generasi kita juga bakal mewarisi... Insya allah..
Saya maafi semua semua dan mhn maafi saya juga.
Ainhany
3/4/2023
Sunday, April 2, 2023
Ujian
Kesekian kalinya
Ia singgah lagi
Berdesing
Masih banyak dosa
Yang perlu disucikan
11 ramadan
2023
Saturday, April 1, 2023
SAHABAT PERBAGAI WATAK*
*Persahabatan umpama untaian tasbih, yang ada awal Tiada penghujung. Dicantum demi cinta-Nya, diratib demi Redha-Nya.*
*Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang tersendiri.*
*Ada kelebihan dan kekurangan yang perlu kita saling lengkapi.*
*Ada sahabat yang kasar, Tetapi lembut hatinya,*
*Ada sahabat yang Nakal, Tetapi suka mengambil berat,*
*Ada sahabat yang Garang, Tetapi sebenarnya adalah penyayang.*
*Ku sendiri akui susahnya ingin menjaga sebuah persahabatan,*
*Menjaga ukhuwah hanya kerana Allah, membuang sifat-sifat tercela sa’at berukhuwah*
*kerana syaitan sentiasa mencucuk jarum agar bermusuhan dengan sahabat.
*"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh.*
*Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh..."*
*Andai aku mendekatkanmu dengan Allah, teruslah bersamaku.*
*Andai aku menjauhkanmu daripada Allah, nasihatilah aku untuk kembali kepada-Nya.*
*Buang segala sifat tercela di hati. Ikhlaskan persahabatan hanya kerana Allah.Kerana*
*Di Syurga nanti kita pasti*
*berjumpa kembali*
*Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama sebagai muhasabah diri*
Tuesday, March 28, 2023
Monday, March 27, 2023
Terlayan
Rumah.
Mailaa eda ada kt KL ni. Mehlaa jumpa eda.. Ani jom tgok Aina. Eda minat Aina tau.. Boleh tak nk bergambar degn Aina.
Aduh eda.. Ko ni dari Johor semata mata nak layan aina ye.. Hmm.. Boleh tapi nak jumpa eda sebelum ko masuk auditorium tau..
Tetiba... Ramaiinya .. Kelam cari jalan masuk audi nie... Takpe.. Ani kan tuan rumah. Mehlaa ada seat ni.. Ada empat kosong......eda dah booking rtm Johor. Mmm eda eda... Jika tak kerana ko... Saya tak layan konsert HMI bersama Aina Abdul ni. Maka lubang tikusla jawapannya dengan izin pengawal keselamatan kita.
Benar dua jam bersama Aina.. Mgg best. Nth kenapa lagu 'semalam' amat dekat dengan hati saya. Kerana semalam lah berderai airmata dan luka dilukai.. Pengkianatan semalam amat berat bagi jiwa yang memahami. Benar karya Aina di tulis dari hati dan kisah kehidupannya
Tahniah Aina dan Ainanation. Hampa mgg peminat tegar tapi jangan terlalu Agung kan Aina kerna dia juga macam kita.. Jatuh dan bangun tapi tak pernah kecewa.
Aina juga telah berjaya membolotnya byak anugerah sempena AJL2022.
Rezeki awak dik
Jangan lupa Allah..
Jaga diri dan ajaklh umah ingat Tuhan dan ingt mati.
Kita semua sedang menunggu mati..
Terima kasih eda.. Empat tiket kita kongsi dengan peminat Aina. Best ja kita layan dan kita jumpa setelah bertahun tak jumpa. Eda Inilah sahabat saya yag sama sama report duty di BTP. Lama hub kami walaupun terpisah negeri. Dia berpindah ke johor dan saya masih pemastautin Selangor yg Bekerja untuk KL.
Lokasi :auditorium perdana RTM
Tujuan :rakaman konsert Aina
SalamRamadan.
Alhamdulillah
Selamat berpuasa dan selamat berpesta ibadah di Ramadan ini. Semoga Ramadan ini terbaik dan dapat kita merebut tawaran pahalaNya
Pada malam pertama terawih, saya ke masjid cyber. Mgg luar biasa jemaah yg hadir. Setelah 3 tahun berlalu, ini adalah singgahan saya yang pertama. Kesesakan berlaku di persimpangan masjid. Kereta saya juga turut terlibat. Terpaksa parking agak jauh dan menapak untuk ke masjid. Tetapi indahnya kali ini.. Jauh bukan faktor nya tetapi mengejar solat jemaah isya dan terawih menjadi alasannya
Alhamdulillah... Apabila saya selesai menyempurnakan terawih 20 rakaat, barulah saya perasan bahawa hanya si juna yg setia di tepi jalan. Kebanyakan orang dah balik seusai 8 rakaat solat terawih.
Alhamdulillah
Selamat berpuasa
Selamat berterawih
Wednesday, March 1, 2023
Ambil tahu
Imam Hasan Al-Basri berkata :
1. Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain. Oleh kerana itulah hatiku merasa tenang.
2. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dikerjakan oleh orang lain. Oleh kerana itulah aku sendiri yang sibuk mengerjakannya.
3. Aku tahu Allah selalu mengawasiku. Oleh kerana itulah aku selalu merasa malu bila Dia melihatku dalam keadaan bermaksiat.
4. Dan aku tahu kematian itu telah menantiku. Oleh kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Rabb-ku.
Kawan-kawan,
Rezeki, mutlak Allah beri. Jika bukan untuk kita, maka bukanlah.
Amalan, mesti kita yang kerjakan.
Buat baik, buat jahat semua Allah tahu dan mati tetap akan jemput kita pulang.
Buatlah baik, sangkalah baik, fikir yang baik, maka yang baik-baik akan sampai kepada kita.
Insyaa-Allah
Beginilah,
1. Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain. Oleh kerana itulah hatiku merasa tenang.
2. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dikerjakan oleh orang lain. Oleh kerana itulah aku sendiri yang sibuk mengerjakannya.
3. Aku tahu Allah selalu mengawasiku. Oleh kerana itulah aku selalu merasa malu bila Dia melihatku dalam keadaan bermaksiat.
4. Dan aku tahu kematian itu telah menantiku. Oleh kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Rabb-ku.
Kawan-kawan,
Rezeki, mutlak Allah beri. Jika bukan untuk kita, maka bukanlah.
Amalan, mesti kita yang kerjakan.
Buat baik, buat jahat semua Allah tahu dan mati tetap akan jemput kita pulang.
Buatlah baik, sangkalah baik, fikir yang baik, maka yang baik-baik akan sampai kepada kita.
Insyaa-Allah
Beginilah,
Walimahtul urus Fairuz dan Fakhri
13.03.2023
Terima kasih sudi baca hingga akhir. Doakan pasangan baru ini berjaya melayari bahtera perkahwinan dengan selamat dan bahagia.
Tersemat indah tarikh keramat
Dua jiwa disatukan
Atas nama pernikahan
Doa diamin tanda sepakat
Moga hidup lebih berkat
Amin yarobbal alamin
Selamat pengantin baru kakak dan suami.Ya, ini anak saudaraku yang ke 30. Kembar seiras lah katakan. Kakak dan adik kembar itulah sinonim panggilan buat mereka. Jodoh kakak dulu dari adik . Insya allah lepas ni Adik pula. Adik tetap support kakaknya... Menjadi pengiring pengantin di hari bahagia kakak.
Barokallah buat anakanda FairuzHazwani dan Muhamad Fakhri. Semoga Allah memberkati bahtera hidup kalian dengan penuh sakinah, mawaddah warohmah. Dianugerahkan family yang bahagia dengan ketenangan dan kasih sayang yang dirahmati ALLAH. Jagalah amanah dengan sempurna dan berkasih sayanglah kerana Allah.
Majlis walimah yang di adakan di d'Auni Villa sangat selesa. Laman yg luas lengkap dengan khemah yg cantik juga surau disediakan. Kira 5*lah..Tetamu yg hadir boleh memilih berada di khemah kanan atau kiri dengan juadah yg disediakan oleh pihak katering memang puas hati. Pakejnya kena tanya tuan rumah ye.
Alhamdulillah makanan sedap dan cuaca juga amat baik.
Laksa, teh tarik dan bubur kacang pula merupakan menu tambahan dan pilihan. Semua sedap sedap. Sapa dah makan memang tersandaq.
Terima kasih tuan rumah..Cikgu Mahdzir dan Cikgu Nilam.Mantan gurulah katakan. Abg Mahdzir ini anak ke 7 dalam familyku. Tetamu yang hadir pula kebanyakannya di kalangan guru guru dan juga diantaranya mantan guruku juga. i Tidak terkecuali saudara mara, sepupu sepapat juga jiran2 tetangga. Adat kata adik-beradikpun sepakat turut hadir meraikan majlis perkahwinan dan bertemu dengan sanak saudara yg jauh dan dekat. Seronok berjumpa semua yang hadir dalam keadaan selamat dan bebas ancaman Covid.
NAMUN, pabila tanpa emak dan ayah lagi, saya tetap merasai kekurangannya. Mungkin majlis kenduri dulu dan sekarang berbeza. Ketiadaan mereka tetap di rasai Ini pandangan saya. Tambahan pula abang Zan dan family Johor tak turut serta. Jarak dan faktor kesihatan juga kekangan tugas membataskannya.
Bagi saya pula pemanduan juna dari KL ke Kedah telah saya tempuhi seusai tamat waktu kerja shif pagi. Sedikit cabaran lah apabila memandu terus dari opis ke kampung . Inilah kehidupan dan demi family kita utamakan. Ciptalah kenangan untuk bahagia cara kita. Mungkin hari ini sahaja adalah peluang kita lagipun tanpa family siapa kita. Setinggi mana pun terbang, kelak ke pangkuan family juga tempat mendarat nya. Itulah antara kita dengan kehidupan.
![]() |
| my big family |
Sahabat
Menjadi sahabat itu tidak perlu bersyarat kepada sesiapa, namun perlulah bermanfaat kepada sahabat.
Barulah dikatakan bersahabat tanpa syarat.
Sayangi sahabat.
Begitulah.
Friday, February 10, 2023
Dunia ini terlalu singkat
Kawan,
"Ketika tidak dihargai, maka saat itu kalian sedang belajar tentang ketulusan.
Ketika pengorbanan mu dinilai tidak penting, maka saat itu kalian sedang belajar tentang keikhlasan.
Ketika hati mu terluka sangat dalam, maka saat itu kalian sedang belajar tentang memaafkan.
Ketika lelah dan kecewa, maka saat itu kalian sedang belajar tentang kesungguhan. Ketika merasa sepi dan sendiri, maka saat itu kalian sedang belajar tentang ketabahan..
Dunia ini terlalu hina untuk membuat kalian menangis, terlalu murah untuk membuat kalian bersedih, terlalu lemah untuk membuat kalian putus asa..
"Tersenyumlah, walau hati terluka kerana diri mu, kan lebih berharga."
Begitulah.
#share #nota #tazkirah
Subscribe to:
Posts (Atom)











