Thursday, March 15, 2012

Rahsia senja

sepetang di semporna

Senja merupakan waktu peralihan antara siang dan malam. Allah telah menjadikan aturan yang khusus buat makhlukNya pada kedua-dua waktu yang tersebut. Waktu siang adalah waktu untuk manusia bekerja dan mencari rezeki manakala waktu malamnya pula adalah waktu untuk beristirehat dan tidur. Firman Allah Taala dalam surah An Naba’ ayat 10-11: ”Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi), dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) sebagai masa untuk mencari rezeki.

Jika siang adalah waktu untuk manusia keluar mencari rezeki, maka waktu malam pula merupakan waktu di mana jin dan syaitan berkeliaran untuk menjalankan kegiatan mereka. Justeru, tidak hairanlah jika pusat-pusat maksiat seperti kelab malam, rumah pelacuran, disko, fun fair, pusat judi, konsert hiburan dan karaoke aktif pada sebelah malam. Begitu juga dengan aktiviti merempit dan lumba kereta lebih hangat di sebelah malam. Menyedari bahayanya godaan dan gangguan pada malam hari, Nabi Muhammad SAW mengingatkan umatnya dengan sabda Baginda: “Sekiranya manusia mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya mereka tidak akan berani berjalan sendirian di malam hari.”

Waktu senja merupakan waktu permulaan bagi malam. Pada waktu ini, syaitan akan keluar berkeliaran. Antara tabiat syaitan ialah mereka suka berada di antara dua situasi atau dua keadaan. Contohnya antara siang malam dan siang, antara teduh dan panas terik, antara sejuk dan dingin, antara hujan dan panas. Nabi Muhammad SAW melarang seseorang untuk duduk antara kawasan teduhan dan kawasan yang disinari cahaya matahari. Begitu juga larangan orang-orang tua agar jangan bermain hujan panas kerana dipercayai mudah terkena penyakit demam panas. Syaitan juga suka berada di antara seorang lelaki dan seorang wanita (bukan mahram) yang duduk berdua-duaan.

Jika dianalisa lebih mendalam, lautan yang terletak di pertemuan antara dua arus menjadi lokasi pilihan syaitan dan iblis untuk membina istananya. Kepercayaan bahawa Segitiga Bermuda dan Segitiga Formosa (iaitu kawasan yang selalu berlaku kehilangan kapal laut dan pesawat secara misteri) sebagai kawasan yang dikuasai oleh kerajaan jin mungkin ada benarnya. Kajian sains menunjukkan kedua-dua segitiga tersebut merupakan kawasan pertemuan antara arus air hangat dan air yang dingin. Di dalam Shahih Muslim, Nabi SAW bersabda “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas air. Kemudian dia mengutuskan para tenteranya (untuk memfitnah manusia). Di antara para tentera itu, mereka yang memiliki kedudukan yang paling hampir dengannya ialah yang paling hebat dalam membuat fitnah.”

Ibnu Qayyim Al Jauzi berkata, senja ialah waktu yang paling disukai syaitan. Pergerakan syaitan pada malam hari lebih hebat berbanding di siang hari. Sebab kegelapan malam memberikan kekuatan kepada mereka. Selain kegelapan, warna hitam turut memberikan kekuatan kepadanya. Pemuja-pemuja syaitan kebiasaannya memakai panji dan pakaian berwarna hitam. Rasulullah SAW juga menyuruh agar membunuh anjing berwarna hitam yang mempunyai titik putih di atas mata kerana ia adalah syaitan.

Jika waktu pagi adalah waktu manusia berpusu-pusu keluar untuk bekerja, maka waktu senja adalah waktu untuk syaitan dan jin keluar berpusus-pusu untuk menjalankan operasi mereka. Bagi menghindari dari diganggu oleh makhluk yang berkeliaran ini, maka Islam menetapkan beberapa ketentuan yang boleh dijadikan sebagai panduan keselamatan.

1. Menahan kanak-kanak dari berada di luar rumah pada waktu senja

Ibnu Hajar Al Asqalani dalam kitab Fathul Bari mengatakan bahawa antara hikmah Rasulullah SAW melarang anak-anak bermain di luar rumah pada waktu senja ialah kebimbangan terhadap keselamatan mereka dari gangguan syaitan. Pada saat itu, kotoran-kotoran dan najis-najis yang sangat disukai oleh syaitan biasanya masih melekat pada diri anak-anak ketika mereka leka bermain. Kanak-kanak juga tidak membentengi diri mereka dengan amalan-amalan zikir yang boleh mencegah gangguan syaitan terhadap mereka. Ketika syaitan-syaitan berkeliaran, biasanya mereka akan bergantungan pada apa sahaja yang boleh mereka jadikan gantungan. Kerana itu dibimbangi terjadi hal-hal yang tidak diinginkan pada anak-anak itu.

Dari satu aspek lain, kanak-kanak terutamanya yang belum mumayyiz memiliki hati yang bersih dari dosa dan tiada hijab. Oleh sebab itu, kebiasaannya kanak-kanak dapat melihat makhluk-makhluk halus atau merasai tindakan makhluk tersebut. Nabi SAW bersabda: “Setiap anak Adam ketika lahir ditusuk di kedua tepi badannya oleh syaitan dengan jarinya kecuali ‘Isa ibni Maryam, syaitan hendak menusuknya tetapi hanya berjaya menusuk uri (ibunya).” Kerana itulah bayi yang baru lahir dapat merasai tusukan tersebut lalu menangis. Tidak hairan juga jika ada bayi-bayi yang menangis di waktu senja atau tengah malam kerana diganggu oleh makhluk-makhluk ini. Untuk mengelakkan masalah ini dari terjadi, maka ibu bapa dan ahli kelurga seharusnya menahan anak-anak dari keluar dan mengunci pintu sebelum masuk waktu senja.

Selain kanak-kanak, Islam juga melarang penganutnya membiarkan ternakan mereka berkeliaran di waktu senja. Di kalangan jin dan syaitan, mereka juga mempunyai haiwan ternakan. Boleh jadi dibimbangi haiwan ternakan manusia ini akan dirosakkan oleh jin yang menyerupai anjing atau oleh haiwan ternakan jin itu sendiri.

2. Menutup bekas minuman dan makanan ketika waktu malam

Waktu malam adalah waktu di mana syaitan dan jin giat beroperasi. Mereka akan memasuki segenap ruang termasuk kediaman manusia sama ada untuk menggoda atau menumpang makan. Sabda Nabi Muhammad SAW dalam Shahih Muslim:” Apabila seorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah (dengan membaca Bismillah) ketika memasukinya dan ketika ingin makan, maka syaitan akan berkata kepada golongannya: “Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga makanan malam. Sebaliknya apabila seorang itu memasuki rumah dan tidak mengingati Allah ketika memasukinya, syaitan berkata kepada golongannya: “Kalian telah mendapat tempat bermalam.”

Perintah Rasulullah SAW agar menutup bekas air dan makanan ada asasnya. Penemuan sains dan perubatan moden menunjukkan bahawa makanan atau minuman yang terdedah akan mudah dimasuki kuman dan bakteria. Ianya boleh mengundang pelbagai penyakit dan kemudaratan kepada kesihatan manusia. Dalam memperkatakan perihal kuman, virus dan bakteria ini, Syeikh Rashid Ridha menyatakan: ”Dan Ahli ilmu kalam (Tauhid) berkata: Sesungguhnya jin itu adalah (makhluk Allah) yang hidup, bertubuh halus dan tidak boleh dilihat. Dan sesungguhnya di dalam kitab Tafsir Al Manar, telah kami nyatakan berkali-kali bahawa makhluk Allah yang hidup, bertubuh halus, yang dikenali di zaman ini sebagai mikroorganisma menerusi mikroskop, adalah sebenarnya satu jenis dari bangsa jin. Dan telah pun terbukti bahawa ianya merupakan antara punca bagi kebanyakan penyakit.”

Kebolehan jin, syaitan dan iblis memasuki tubuh manusia melalui salur darah telahpun diketahui oleh Rasulullah S.A.W. melalui sabda Baginda: ”Sesungguhnya syaitan itu bergerak bebas di dalam tubuh anak Adam melalui saluran-saluran darahnya.”

Virus dan bakteria adalah unsur luar yang tidak dikenali yang memasuki tubuh manusia sama ada melalui udara, air atau sentuhan pada kulit dan bergerak di dalam tubuh badan manusia melalui salur darah lalu menempati di sel-sel serta organ-organ dalaman. Ini adalah bersamaan dengan sifat kejadian jin yang halus dan boleh mengubah bentuk mengikut keadaan. Ia boleh memasuki tubuh manusia melalui rongga tubuh yang terbuka dan terdedah seperti mulut atau hidung mahupun liang-liang roma. Fakta ini mempunyai persamaan dengan hasil kajian perubatan moden yang mendedahkan punca bagaimana sesuatu penyakit yang merebak iaitu antaranya melalui udara, sentuhan mahupun makanan yang tercemar. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: ”Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).”

Begitu juga saranan agar menutup bekas makanan dan minuman agar tidak dimasuki kuman. Serangga dan haiwan melata seperti lipas, tikus, nyamuk, cicak dan lalat yang tinggal di tempat-tempat yang disukai jin seperti longkang, tandas dan tong sampah merupakan kenderaan yang menjadi tunggangan jin berbentuk virus. Apabila serangga begini menyentuh makanan yang tidak ditutup maka mereka akan memindahkan virus tersebut kepada makanan. Dan serangga-serangga ini kebanyakkannya keluar di waktu senja iaitu saat syaitan keluar berkeliaran.

Dalam kitab Al Muwatta karangan Imam Malik, beliau mendengar riwayat bahawa Saidina Umar hendak pergi ke Iraq. Ka’ab al Ahbar menasihatkan kepadanya dengan berkata: “Wahai Amirul Mu’minin, janganlah engkau ke sana kerana di sana sembilan persepuluh sihir dan di sana juga ada kumpulan jin yang fasik serta wabak penyakit yang berjangkit.” Ianya jelas menunjukkan bahawa antara hikmah suruhan menutup bekas makanan adalah untuk menghindari mudarat penyakit yang berpunca dari gangguan jin melalui pemakanan.

3. Membaca Bismillah bagi menghalang syaitan masuk

Sifat kejadian jin dan syaitan sememangnya halus dan tiada berbentuk sebagaimana kejadian api. Walau bagaimanapun, keistimewaan ini mempunyai beberapa batasan. Antaranya ialah mereka tidak dapat menembusi sesuatu yang disebutkan nama Allah (Bismillah) padanya. Nabi Muhammad SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: “Dan kuncilah pintu-pintu kalian dan sebutlah nama Allah (dengan membaca Bismillah) kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu-pintu yang dikunci (dengan menyebut nama Allah). Ikatlah bekas-bekas air kalian dan sebutlah nama Allah, tutuplah bekas-bekas makanan kalian dan sebutlah nama Allah, walau pun (tutupan) itu sekadar meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu pelita kalian.”

Selain makanan dan minuman, aurat manusia juga menjadi perhatian syaitan. Sesetengahnya menjadikan kemaluan manusia sebagai kediaman, dan sesetengah yang lain pula duduk bertenggek pada aurat yang terdedah seperti rambut, punggung dan dada wanita. Walaupun makhluk ini boleh melihat aurat manusia, namun penglihatan tersebut menjadi terhalang sekiranya manusia membaca doa-doa tertentu yang diwaridkan dari Rasulullah SAW. Sebagai contoh, doa masuk tandas sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Saidina Ali b. Abu Thalib bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tabir antara mata jin dan aurat-aurat Bani Adam jika salah seorang di antara kamu masuk bilik mandi hendaklah ia mengucapkan Bismillah”. Begitu juga dengan aurat yang ditutup rapi semata-mata kerana Allah (bukan kerana fesyen) menyebabkan syaitan dan jin tidak dapat masuk. Maka disebabkan itulah Rasulullah SAW menyarankan umatnya agar berdoa dengan doa masuk tandas mahupun ketika hendak bersama dengan isteri. Amalan-amalan memagar dan mendinding rumah kediaman dengan menggantung pelbagai bahan azimat, menyelit kertas-kertas wafaq dan tangkal, atau menabur bahan-bahan tertentu yang kononnya boleh menghalang kemasukan makhluk halus adalah tipudaya syaitan sangat berbahaya. Makhluk yang ditugaskan untuk menjaga rumah itu adalah syaitan dan jin yang sebenarnya akan menimbulkan masalah dan huru hara dalam rumah di kemudian hari.

4. Memohon Perlindungan Allah dari angkara sihir dan bahaya malam

Oleh kerana amalan sihir melibatkan penggunaan syaitan dan jin, maka tidak hairanlah jika ada mangsa-mangsa sihir yang menjadi bertambah tenat dan meracau-racau terutama bila tibanya malam. Pada waktu malam, segala kejahatan mengambil peranan. Dalam surah al Falaq, Allah sendiri memberi peringatan khas kepada umat Islam agar sentiasa berdoa memohon perlindungan denganNya dari segala kejahatan: “Katakanlah (Wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.

Oleh yang demikian, kita sepatutnya mengisi waktu malam dengan amalan-amalan yang boleh mengundang rahmat dan keredhaan Allah seperti bersolat, berzikir, membaca Al Quran dan seumpamanya. Sekiranya rumah kita dipenuhi dengan lagu-lagu yang melalaikan, atau filem-filem yang mengandungi unsur khurafat dan tercela, atau aktiviti-aktiviti yang dimurkai Allah, maka serangan sihir mudah berlaku kerana kita telah gagal membenteng diri dan keluarga dengan perlindungan Allah.

5. Menjaga aurat terutama kepala ketika keluar rumah waktu senja

pakai tudung ye
Waktu senja adalah waktu syaitan giat menghasut dan menggoda manusia. Mereka akan mencari ruang dan pintu yang boleh mereka tembusi pada tubuh manusia. Para ulama bersepakat bahawa otak manusia merupakan antara sasaran utama syaitan kerana itulah pengawalan segala aktiviti anggota tubuh. Kita mungkin pernah mendengar pesan orang-orang tua kita agar menutup kepala ketika keluar rumah pada waktu senja. Pesanan ini mungkin ada hikmahnya. Kita dapat perhatikan amalan orang-orang alim yang mendoakan kebaikan anak-anak dengan mengucup atau meniupkan doa pada ubun-ubun mereka. Amalan ini dilakukan dengan harapan agara ubun-ubun itu akan sentiasa mengilhamkan perkara-perkara baik untuk dikerjakan oleh anggota tubuh. Sebahagian lagi menyarankan agar kita menutup ubun-ubun dengan sesuatu agar ia tidak terdedah kepada bisikan syaitan yang suka meracuni hati dan fikiran manusia.

Kajian sains terhadap struktur otak manusia menemukan kebenaran ini. Menurut Prof Keith L. More, di dalam otak manusia terdapat satu bahagian yang dikenali sebagai frontal lobe yang menjadi pusat segala perancangan manusia. Sama ada perancangan itu baik atau jahat, ianya bermula dari situ. Menurut Sheikh Zahlun Najar dan Abdul Majeed Alzendanee, itulah ubun-ubun. (rujuk Al Islam keluaran Mac 2010). Allah telah pun menegaskan hal ini melalui firmanNya dalam surah al Alaq ayat 15-16 yang bermaksud: “Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi Sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), (iaitu) ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.” Dalam surah Al Rahman ayat 41, Allah juga berfirman: “Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas ubun-ubun kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);

Menurut satu qaul dalam mazhab Shafii, seseorang yang tidak menutup kepalanya dengan suatu tutupan dianggap sebagai orang fasiq dan tidak bersifat adil. Boleh jadi, itulah sebab orang-orang tua dahulu menyarankan agar kita menutup kepala supaya syaitan tidak dapat meracuni fikiran kita.

6. Tidak membiarkan roh dan jasad lalai ketika tidur

Oleh kerana syaitan suka berada di antara dua keadaan, maka waktu tidur adalah antara waktu yang mudah untuk seseorang dimasuki syaitan. Ini kerana waktu tidur terletak antara hidup dan mati seseorang sebagaimana sabda Nabi SAW: “Tidur itu saudara mati.” Oleh yang demikian, ketika manusia tidur dalam keadaan lalai, maka mudahlah syaitan menerjah masuk ke dalam mimpi dan perasaannya. Adakalanya orang yang tidur akan mengalami mimpi-mimpi yang menakutkan hasil serangan syaitan itu tadi. Begitu juga dengan orang yang suka tidur di waktu senja menjelang maghrib. Mereka akan mengalami kecelaruan fikiran tatkala bangun dari tidur. Memang tiada dalil yang melarang seseorang tidur selepas asar. Tetapi apabila diperhatikan kepada bahaya membiarkan jasad dalam keadaan separuh sedar di saat syaitan berkeliaran, maka sesetengah ulama melarang seseorang dari tidur selepas asar. Sesetengahnya berpendapat sekiranya dilakukan 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan jadi gila (Dalam bahasa arab, orang gila disebut ‘Majnun’ yang bermakna ‘orang yang dimasuki jin’). Besar kemungkinan ini disebabkan oleh penguasaan syaitan terhadap otaknya.

Dalam kitab Mishkatul Masabih ada disebutkan: “Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajjud di malam hari.” Ibn Qaiyim menambah:”Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar).”

Bagi seseorang yang terpaksa keluar ketika mana para syaitan sedang berkeliaran mencari mangsa, maka pendekatan yang harus dilakukan ialah dengan mengamalkan apa yang ditunjuki oleh Nabi SAW iaitu:
 (1) berdoa mohon perlindungan dari kejahatan jin dan syaitan,
(2) pastikan diri dalam keadaan suci dari hadas, 
(3) hati dan fikiran kena selalu berzikir ingat kepada Allah, 
(4) tidak keluar bersendirian kecuali ditemani seorang mahram, 
(5) menjauhi dari melalui kawasan-kawasan gelap atau sarang maksiat, 
(6) menutup aurat terutama bahagian kepala.
 Oleh: Dr Mahyuddin bin Ismail, Pensyarah Kanan Kolej Antarabangsa IKIP
Terima kasih SUMBER: iium

KOMEN: Info ini menarik dan saya kongsikan disini sebagai rujukan dan perhatian bersama. Yang baik kita kongsikan yang kurang jadikan teladan Semuga generasi kita selamat dunia dan akhirat. Betapa berharganya nilai kekeluargaan dulu yang banyak pantang larangnya ...hakikatnya ia mngandungi mkna tersirat. Semuga kita mnjadikan iktibar dan janganlah bermain degn senja yang mengundang bahaya dan ancaman buat diri . Muga paparan ini mnjadi pedoman bersama
                                                                                                                       

Thursday, March 8, 2012

Tanya sama katak..

Hujan adallah makhluk Allah. Ianya boleh turun sbagai hujan rahmat, dan boleh jugak turun sbagai 'bala' dgn arahan Allah. Maka, hujan boleh kita klasifikasikan sbagai tentera Allah. Apabila Allah arahkan hujan menjadi tenteranya, maka akan kita saksikan bagaimana banjir teruk berlaku hasil darinya, ataupun tanah runtuh berlaku hasil darinya. Contoh apabila Allah mengarahkan hujan ini menjadi tenteraNya yg hebat, dizaman nabi Nuh as, apabila umat Nuh as amat engkar dgn seruan nabinya. maka Allah mengarahkan nuh as mencipta kapal yg besar, & muatkan semua manusia yg patuh & binatang2 yg terpilih kedlm kapal itu. Setelah itu, dgn arahan Allah, hujan turun sbagai tentera Allah tanpa henti2, sehingga menenggelamkan seluruh permukaan bumi. Bukan sj hujan, semua makhluk Allah yg dpt kita saksikan & berada disekeliling kita, anytime Allah boleh arahkan utk menjadi TENTERANYA. Maka, insaflah kita semua, jgn leka dgn suruhanNya, & jgn berlagak ego/angkuh diatas bumi Allah ini. Semuanya dialam ini adalah milik Allah, termasuk juga diri kita sendiri. Allah azzawajjala bila Dia nakkan sesuatu berlaku, cukuplah Dia berkata "kun" (jadilah), maka jadilah sesuatu itu...  Wan Adib roslan
 petikan.malaysiakini.


Tanya sama katak, kenapa panggil hujan??? Rahmat Hujan buat semua....Sana sini ujan....itulah realitinya yang berlaku petang semalam... salam takziah kepada semua insan yang terpilih menerima ancaman hujan dan banjir kilat ini..Siapalah kita untuk mngadilinya dan sama-sama kita fikir dan renung kata2 Wan Adib Roslan ini. Saya berkongsi disini, sebagai peringatan buat diri dan sama-sama bermuhasabah. Allah masih sayangkan kita dan ujian ini mnjadi satu iktibar buat semua. Ampunilah khilaf kami dan berikan petunjukMU buat kami selamanya....

Segalanya berlaku dalam sekelip mata .Ujan yang berlarutan semakin galak menitiskan air matanya i ..Saya masih di masjid menanti dan menanti hujan reda  hingga usai solat isya. Namun selepas keadaannya agak reda, barulah saya meneruskan perjalanan pulangke ampang. FenOmena kesesakan sudah menjadi sebahagian dari kehidupan apa lagi selepas ujan. Beberapa kemalangan kecil telah merencatkan perjlanan.  Sepanjang perjlanan  menempuh kesesakan hinggalah ke depan rumah. Beberapa kali bertembung  kereta peronda bomba  yang juga asyik menjalankan tugasnya... Rupanya hujan semalam bukan sebarangan hujan...Hujan yang disusuli banjir terburuk sepanjang 30 tahun. tudia...bukan sikit2....( salam takziah buat kawasan ampang/lembahjaya/ukay dlll)

Terima kasih buat saudara dan teman2 yang bertanya khabar tentang diri ku. syukur..Segalanya ALLAH rencanakan.. Lazimnya saya akan mnggunakan jalan pintas, sekiranya kesesakan berlarutan tetapi situasi ini tak berlaku semlam. Syukur...sesungguhnya ALLAH jualah yang mnggerakan kita dan mmberi petunjuk  buat kita berfikir. Semuga ALLAH ampuni kita dan mmberi peluang keampunanNYA.

Sebagai seorang warganegara, saya mengusulkan nama KUALA LUMPUR di tukarkan namanya supaya 'lumpur' tidak memenuhi kotaraya ini lagi...Kan ke kata itu doa dan ALLAH makbulkan panggilan kita selama ini ...Apa agaknya nama yang sesuai untuk kotaraya ini ....??   Wallahuaklam

(harap2 di rumah saya air tak putus dan segalanya elok2 belaka..indahnya ampangku)

Wednesday, March 7, 2012

Selamat Hari Wanita

* 8 Mac adalah tarikh istimewa yang diraikan sebagai Hari Wanita Sedunia. 
Titipan ini kuhadiahkan  istimewanya buat ibundaku Hajah Che Puteh, seorang wanita yang sempurna, baik hatinya dan lembut bicaranya  indah dimata dan di hati anak2mu....Terima kasih mak...

Juga kepada semua wanita-wanita yang dikasihi.
Kepada kakak2, adik2,anak2 saudara, sahabat, teman,  rakan  dan  sahabat2ku ..
Semuga dirahmati akan keselamatan dan keberkatan dalam kehidupan
Ketahuilah   wanita yang menghayun buaian akan terus mengoncangkan dunia dengan corak dan kepimpinan islami yang unggul. Wanitalah indahya namamu, terbuka luas syurga buatmu.. 



Seketika.. mengkoreksi diri....jauhhh...amat jauh dibandingkan dengan puteri Rasul, Fatimah Azzahrah..Kenapa kita membelakangkan puteri rasul ....???
Amin.

Monday, March 5, 2012

Word less Wednesday # 16

pejam celik pejam celik....
dah besaq pun ...
Puteri Nureen Dieni...cucuku yang lahir pada 1/1/2012

Tuesday, February 28, 2012

Thursday, February 23, 2012

Faris...Kau pergi jua

Dalam kenangan...
Baru semalam, saya mengenali anakanda FARIS yang comel dan cute...Melihat fotonya dapat dibaca wataknya...seperti falsafah biasa didengari.."picture tell a story". Itulah pandangan saya atas kehadiran anakanda faris di blog. Rasa keceriannya mewarnai kehidupan keluarganya..Namun kini saya baru berkesempatan blogwalking dan alangkah tergejut dan terperanjatnya.....Anakanda Faris telah dijemput pulang dan pergi mengadap MAHA PENCIPTA pagi tadi. Innalilahiwainna ilaihi rojiiun... Kesempatan ALLAH meminjamkan anak kecil ini buat ibu ayahnya hanya seketika biarpun dia bertahan melawan penyakitnya...Berat dan sayunya hati kita bile menatap n3 detik2 perjalanan allahyarham anak kecil ini ...Segalanya boleh dilihat di SINI2.  Terima kasih En Mazidul yang berkongsi setiap detik terakhir anak ini...Semuga ALLAH mencucuri rahmat atasnya dan digolong di kalangan para syurga.

Salam takziah buat ibu ayah allahyarham anakanda faris...Tiada ayat yang mampu saya perpanjangkan kerana tersebak dan tersentuh dengan pemergiaannya.Biarpun saya tak mengenalinya namun saya memahami nya...Berat mata memandang...berat lagi mereka yang memikul. Syukurlah ayah dan ibunya telah melaksana amanah dengan baik dan terbaik dan berusaha mengubat tanpa pasrah dan menyerah.Andainya perkara yang sama berlaku dalam keluarga saya....apa yang mampu saya korbankan....Ya ALLAH ampunilah kelalaian kami, permudahkanlah urusan kami dan ringankan beban kami dan berikan kebaikan buat semua.

Dijangkakan selepas asar nanti, aruah anakanda akan bersemadi dengan tenangnya. Anakanda telah melepasi penderitaan yang dialaminya.Disambut para malaikat degn penuh kenikmatan.Anak yang bersih lagi suci..Syurga selayaknya buatmu. .Subhanallah nak, pergimu dimlm  jumaat  dan pastinya tahlil dan doa terarah jua buatmu nanti.

Kepada kalian yang telah membaca n3 tentang adik Faris ini, apa kata selepas ini sama2 kita terus menyalurkan RM ke akaun ayahnya sebagai membiayai kos rawatan yang ditangggung.  Biarlah anakanda tenang lagi damai di sana tanpa ada hutang yang tertangguh...Sama2 merasai dan menjiwai naluri  ibu bapa dan  biarpun kita tak mengenalinya tetapi sebagai sesama muslim sumbangan semua amat2 dialu-alukan. INsyaALLAH kita adalah insan prihatin.....Hari ini kita mmbantu....mudahan ALLAH bantu kita jua nanti

untuk menjiwainya lagi....ayuh ziarah ke blog MAZIDUL..di sini kan ditemui makna airmata Faris...Subhanallah..sebak..piluuuu....sediakah anda diuji??

AL FATIHAH buat allahyarham anaknda Faris
(jua buat ayah, anak saudara, abg ipar......semuga rahmat dicucuri dan damai kalian disana)
Sumber Foto :Blog Bersama Mazidul

Wednesday, February 22, 2012

Malam Mahabbah Rasul 2012

SURAU AL MUSTAQIM akan mengadakan

MALAM MAHABBAH RASULULLAH S.A.W
bersama
HABIB UMAR KHALID HASAN AL MADIHI
 (Pimpinan Pesanteren Nurul Tawfiq Pasuruan Indonesia)
pada KHAMIS 23/2/2012
selepas solat maghrib.

Tuan Puan dijemput hadir..Ayuh jooom

InsyaALLAH sama2 kita hadirmajlis ilmu ini dalam meraikan bulan kelahiran Nabi ini ..Perbanyakan  berselawat dan berqasidah..Jumpa disana..InsyAALLAH

ada berani?

subhanallah..nak tau kenapa??....gara2 tak menutup aurat anda mungkin akan didenda..inilah antara harga yang harus dibayar bagi mendidik rakyat ke arah penghayatan islam..Saya tabik kepada pimpinan datuk TGNA yang telah mengambil kira masalah sosial di Kelantan. Teringat pesan guru2  jauhilah dari fitnah..Saya bukanlah bijak untuk mnghuraikannya namun saya suka berkongsi bahan yang di siarkan menerusi SINAR. Mampukan Kedah negeriku tercinta melaksana juga malaysia tanahairku mengikutinya....Sama2lah kita memelihara diri dan uummah dari terjerat dik neraka...Masalah sosial adal;ah maalah kita bersama...

KOTA BHARU - “Saya tak tahu kalau pakai baju pendek dan tidak menutupi lengan salah di sisi undang-undang di Kelantan.” Demikian kata seorang remaja perempuan selepas dikompaun RM500 dalam operasi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI),, semalam.
Gadis itu adalah antara lima individu yang dikompaun kerana tidak menutup aurat, membuang puntung rokok di kawasan terbuka di samping tidak mempunyai lesen berniaga di kaki lima dan tidak menjaga kebersihan premis.
 
Operasi pembersihan yang diketuai Inspektor Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI, Mohamad Ali bersama empat pegawai itu bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 1 tengah hari.
 
Kompaun yang dikenakan termasuk kesalahan tidak tutup aurat dan berniaga di kali lima tanpa lesen dikenakan denda RM500 maksimum di bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 27 (A) dan buang puntung rokok di tempat awam di bawah Seksyen 10 (d) 1983 (Pindaan 1987).
...................................................

Word less Wednesday # 14

back to nature...

Sunday, February 19, 2012

ekspo buku di putrajaya

Perhatian kepada warga putrajaya dan sewaktu dgnnya..
Pesta buku datang lagi. Kali ini  lebih fokus kepada buku islam.  EKSPO BUKU ISLAM 2 akan menghimpunkan ribuan buku2 dari penerbit2 islam yang digarap berpandukan AQ dan Hadis. . Ambillah kesempatan waktu berkunjung ke eskpo tersebut dan melaburlah untuk memperolehi manfaatnya...Ekspo ini  akan berlangsung mulai 24 feb-4 mac 2012 bertempat di Presint 3, putrajaya( berhampiran degn masjid besi@ sultanlmizan.

Selamat datang dan jadilah ia riadah keluarga di hujung minggu...( dedikasi buat teman2 ku yang berada di sekitar Putrajaya)


Ucap tahniah juga buat utusan karya atas pelancaran majalah berunsurkan islamnya yang terkini... IMAN..kini berada di pasaran dengn rm7 senaskhah. IMAN' yang perlu anda miliki
Sesuatu yang diwarisi seharusnya tidak dibiarkan hilang begitu saja sedangkan ia sangat berharga. Apatah lagi keimanan, yang merupakan satu rahmat besar daripada Allah SWT.

 Mungkin ade harga promosi di eskpo ini tapi yang pastinya....Kini media islam telah menjadi santapan dan  tatapan kita..ade solusi, generasi AQ, fardu ain, majalah i ,, nur, dll..tepuk dada tanya IMAN, dan buatlah SOLUSInya muga NUR hidayah sentiasa bersama. walahuaklam  

Friday, February 17, 2012

dedikasi buat junjungan Nabi Muhammad SAW..



terdengar lagu ini, rasa rindu kpd RASULULLAH tetapi, apabila terlihat kpd kehidupan hari ini, rasa bersalah kpd BAGINDA. Baginda amat-amat menyayangi kita, terkedu hati apabila memikirkan kita tidak mencintai BAGINDA sebagaimana BAGINDA menyayangi kita. Ya RASULULLAH, dptkah aku menemuimu di akhirat kelak dan adakah aku tergolong dlm umatmu..YA MUHAMMAD AL-AMIN S.A.W

Andai Rasulullah bersama kita...
Ya Allah...
tak tergambar perasaan ini...

Ya Rasulullah s.a.w. Aku amat rindu pada mu, walaupun tak pernah ku lihat wajah mu. Kurniakanlah aku syafaat mu di padang mahsyar bersama golongan orang2 yang beriman dan beramal soleh.

Bak kata tuan guru sheik nuruddin....mesti ingat dan selawat hari2 buat rasulullah( bukan hanya pada hari lahirnya shaja)..wallahuaklam

Thursday, February 16, 2012

bersama Ostaz Kazim

perhatian- perhatian kepada semua muslimin muslimat:
InsyaALLAH aturkan temujanji bersama dalam sesi ilmu ini.
  • -> 17.2.2012 - Kuliah Maghrib di Masjid Ar-Ridhuan,Hulu Kelang.
    -> 18.2.2012- Kuliah Subuh di Masjid Al-Hidayah,Taman Melawati.
Muga kita menjadi orang yang cintakan majlis ilmu untuk terusbelajar...
SELAMAT  DATANG ....

Friday, February 3, 2012

Lau kana bai nana...

Seputar dalam majlis forum sempena sambutan maulidur rasul yang dianjurkan oleh surau al mustaqim(SAM) malam tadi  saya kongsikan .Membariskan ahli panel yang terdiri  daripada Ustaz Yussaine Yahya( Mudir Maahad Tahfiz al Imam an Nawawi), Ustaz Ahmad Husam Sheikh Badaruddin (Mudir Maktab Pengajian Islam Kedah) dan ustaz Abd Rahim Nasir ( Nazir Msjid Al Syarif, Simpang 3, Gombak ) yang mengupas setiap persoalan dengan baik dan diseliti dengan sindiran, saranan dan refleksi amat bermakna.


Andainya Rasullullah masih bersama kita......
ianya sekadar satu tajuk yang tak mungkin berlaku namun itu bukan persoalannya, kerana apa yang diirumuskan adalah sejauh mana kecintaan kita pada Rasulullah. Siapalah kira tanpa rasul yang diutuskan dan betapa mulianya kita  sebagai ummat Muhammad. Adakah kita telah bersyukur? Dilahirkan sebagai islam dan menjadikan syahadat sebagai akujanji sekurang kurangnya 5 kali sehari.  Pernahkah kita tahu, nabi menangis dan risau akan ummatnya jika ketiadaaanya. Sehinggakan sebelum mengakhiri hidup pun rasullulah masih mengingati " ummati". Peranan, akhlak dan peribadi  Muhammad SAW secara keseluruhannya merupakan satu contoh yang terbaik dan selayaknya kita mencontohi perilaku yang pernah baginda rasul laksanakan. Namun...adakah ini sekadar satu persoalan??

Sama-samalah kita mengkoreksi diri dan memikul tanggungjawab sebagai duta rasul sebaiknya. Rasul telah tiada namun peranan kita belum berakhir. Lantiklah diri masing-masing sebagai Duta Rasul, meneruskan kesinambungan yang pernah baginda lakukan. Menyuburkan rasa cintakan ALLAH, rasul dan menyebar luaskan ilmu agama dan akhlak mulianya. Sama-sama mengajak diri, keluarga dan sahabat taulan menegakkan sunnah, memelihara syariat dan berazam mengikut Nabi. Buktikan kecintaan nabi dengan menggariskan beberapa target berpandukan hadis yang tepat. Sehingga kini, bertanyalah pada diri, sejauhmana bacaan hadis/ sirah ada di rumah kita.

Sama-samalah membanyakkan berselawat dan meningkatkan amal membuktikan kecintaan kita padanya. Menjadikan sekurang-kurangnya 100 kali selawat sebagai santapan harian. Berazam mengikut nabi dalam gerak dan diam serta memohon syafaat rasul untuk menyelamatkan ummat di akhirat kelak. Biarpun Nabi Ibrahim( hasbiyallah...), Nabi Nuh ( la ilahaila anta.._), Nabi Zakariya( robbihabli...) yang mempunyai doa tertentu dalam situasi  yang tertentu, namun doa itu masih boleh terus diamalkan sementara kita mengharapkan  doa rasulullah yang disyafaatkan  khusus buat kita sebagai ummatnya. (Sebaik2 ummat.) InsyaALLAH buktikan kecintaan juga dengan menziarahinya sebagai lambang kerinduan kepada kekasih Allah ini.  Bila rindu mengamit rasa, kunjungan itu satu penawarnya.

Sama-sama kita berazam dan mengimarahkan program yang disusun sempena kedatangan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sebelum berakhirnya program, lafaz marhaban, qasidah yang dipimpin oleh pelajar tahfiz dari taman permata  bergema. Betapa bertuahnya qariah surau SAM dan  bertuahnya saya terpilih sekali lagi bersama-sama dalam majlis memperingati junjungan besar nabi muhammad ini. Semuga setiap langkahmu mnjadi ibadat dan ku hadiahkan buat ayahanda tersayang...SemuGa ALLAH cucuri rahmat berterusan buatmu ayah.

wallahuaklam.

Thursday, February 2, 2012

Konsert Hulu Kelang Berselawat

KONSERT HULU KELANG BERSELAWAT
 6 FEBRUARI 2012 (ISNIN)
JAM : 9 Malam
Padang Permainan AU5C, Lembah Keramat ( Berhadapan Stesen Minyak Esso & Petronas)

Menampilkan :
Sham Kamikaze,
Nora,
Ustaz Zul Pandan
Ustaz Farhan
InTeam, Al Maulid, UNIC, Marjan
Penampilan khas:
Pelajar Maahad Tahfiz dar Al Quran Wa al hadith

Anda
SEMUA DIJEMPUT HADIR

Komen : Sekalung Tahniah buat Surau Al Mustaqim yang  diberi tanggungjawab  menganjurkan program ini untuk Zon Hulu Kelang . Berhibur dengan mengingati ilahi dan kecintaan berterusan kepada Rasullulah. Walaupun saya masih di kg ketika ini, namun saya mndoakan mudahan majlis terus mendapat sokongan dengan kehadiran  tetamu yang ramai dalam menterjemahkan kecintaan bersempena dengan bulan kelahiranNabi kita, Muhammad SAW. Selamat datang dan rasai pengisiannya..

Al Mustaqim Berselawat

Sambutan Maulidur Rasul 1433H
Surau Al Mustaqim, Jalan AU5C/8, Lembah Keramat

Tarikh:  4 Februari 2012 ( Sabtu)
Masa:  Bermula selepas solat asar

Aturcara:
* Majlis Khatam Quran 30 juzuk bersama pelajar tahfiz
* Bacaan surah yasin & tahlil
* Ceramah Khas Maulidur Rasul oleh Ustaz Yunus Kamaruddin
* Maulid Qasidah & selawat

Semua Ummat Muhammad SAW dijemput hadir
( Sama-sama suburkan semangat dan kecintaan pada rasulullah dengan mendekati majlis memperingatinya)
JOM !!!