Wednesday, December 21, 2011

Karnival Ilmu : 24,25,26 Dis 2011


TERUSKAN PERMUAFAKATAN DEMI GENERASI SALIH WA MUSLIH
SEMUA DIJEMPUT HADIR, DIDATANGKAN KHAS UNTUK ANDA.
 ANTARA MENARIK :-
SLOT REMAJA MITHALI bersama USTAZ DON DANIEL

SLOT QALBUN SALIM bersama USTAZ ROSLAN MOHAMED dan USTAZ DR. ZAHARUDDIN ABD RAHMANSLOT PEDULI UMMAH bersama PROF MADYA DR. HAFIDZI MOHD NOOR, IR HJ ZAIRULSHAHFUDDIN ZAINAL ABIDIN dan HJ NICHOLAS SYLVESTER MUHAMMAD ABDULLAH
DAN....
BANYAK LAGI SLOT-SLOT MENARIK UNTUK SANTAPAN JIWA KITA...
BERSAMA-SAMA KITA MERIAHKAN KARNIVAL AL AMIN 2011.
 UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS, SILA KLIK GAMBAR
 
SUMBER : AL  AMIN 

Subhanallah...indahnya hidup..Semuga ALLAH mmberi kesempatan dan peluang untuk kita hadir di majlis ilmu ini...Satu sebaran  dan perkongsian ilmu yang terbaik di penghujung 2011 ini.
Jangan lepas peluang.....

Word less Wednesday # 11






Lokasi : MENARA ALOR SETAR

  SUBHANALLAH....
sebelum terbenamnya mentari....

YA ALLAH Berkatilah negeriku dan rakyatnya


credit to : mss samsung galaxsi (yati), dikfa, dikda

Sunday, December 18, 2011

Fakta Tentang Wuduk

N3 ini dari email seorang hamba Allah yang bernama AAK. Semuga sama-sama kita kongsi bersama.

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.


Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhuk bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya.

Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita.

Banyak pancaindera tersimpul di bahagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.

Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat Al-Maidah :Ayat 6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhuk dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma'a akhir qathr al-ma').

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih' dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.

Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.

Wassalam
SUMBER : SINI

Thursday, December 15, 2011

jangan ambil remeh

Berhati-hatilah tika melintas dihadapan orang yng sedang solat.
 
لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً
Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun" ( Riwayat Al-Bukhari) [1]
Dan sebuah lagi hadis menunjukkan besarnya dosa lalu dihadapan orang solat :-
إذا صلى أحدكم إلى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بين يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هو شَيْطَانٌ
Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan" ( Riwayat Al-Bukhari) [2]

Wednesday, December 14, 2011

Word less Wednesday # 10

 



 Mendayung Bahagia....
Aksi anak-anak saudaraku di Galeri Pengangkutan Air, Pekan, Pahang

Sunday, December 11, 2011

syukur..nikmatnya mencerap

Gerhana Bulan penuh dah pun berlalu....sempatkah lagi diri kita menyaksikannya lagi. Gerhana dan fenomena alam ini bukanlah satu dogengan ,walaupun pelbagai ragam dan perangai kaum terdahulu menyambut kedatangannya. Seputar dicerapan bulan adalah pengalaman saya ketika menyaksikannya di masjid negara pada jun yang lalu.

Dulu ketika saya masih kecil, di bulan penuh bercahaya ini,  saya dan kakak  mengambil kesempatan  menggoncang dan  memukul2 pokok nangka yang kununnya akan lebih memjadi buahnya kelak. Saat itu, emak yang menemani kami di luar akan menyapu sampah dedaun yang gugur sambil mengumpul dan membakarkannya.  Sementara ayah yang pulang dari masjid juga akan turut serta memerhati keriangan anak-anaknya. Riangnya saat ini, satu keluarga berhimpun di luar rumah sambil memerhati bulan dan menghayati kesejukan malam. Keriangan waktu kanak-kanak masih terasa ...walaupun dah lama berlalu...Apabila penat kami masuk ke rumah dan tidur. Berakhirlah makna gerhana apabila malam melabuhkan  tirainya. betapa jahilnya...

Namun kini, gerhana yang berlalu akan diiringi dengan  berdoa, takbir, sedekah dan sujud padaNYA. Fenomena gerhana ini perlulah dilihat secara ilmiah bagaimana ALLAH menjadikannya berputar dan mengikut orbitnya dan sampai saatnya akan berlaku bayangan di antara bulan, matahari dan bumi.. Ia menunjukkan salah satu daripada kekuasaan Allah s.w.t. kepada hambaNya dengan pengertian yang sangat besar dari segi iman dan juga sains. Peristiwa gerhana bulan ini juga telah berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Kali ini, saya meraikan gerhana bulan penuh di masjid Shah Alam. Usai magrib, majlis disusuli dengan forum khas tentang gerhana.Dengan gegaran dan kupasan  forum yang menakjubkan  daripada pakar agama dan pakar falak, dapatlah disimpulkan bahawa alam kita ini hanyalah pinjaman dan akan berlaku perubahan. Kajian dan kaji selidik astronomi, pakar sains dan pakar Falak memberikan kita susur galur hubungraya alam ini. Antara yang terkasima di hati ini, bagaimana pakar sains dapat meramalkan akan berlaku gegaran dasyat pada 21 disember 2012.  Secara ironinya, setiap ramalan tentang astronomi ini berlaku seperti yang dijangkakan. Lantas saya menfowardkan kalendar di nokia . Subhanallah hari Jumaat....Apakah ini penanda kiamat?

Cukuplah sekadar satu perkongsian dan  siapalah kita untuk membicaranya secara lanjut . Ambillah iktibar dari persekitaran dan hargailah nikmat yang dipinjamkan ini. Sama2lah kita reset dan refresh system yang ada. Masih belum terlewat untuk bertaubat dan kembali ke pangkuan jalan.

Alhamdulillah, bersama jamaah, kami bersolat gerhana di sini, bertakbir dan bertahmid dan menghayati khutbah yang disampaikan. Terasa syukur, kiranya, ALLAH ambil nyawaku, catatkan diri ini sebagai seorang hamba yang mensyukuriMu dan mematuhiMU. Di dataran masjid, saya menyaksikan  cahaya langit merah batu bata seperti yang dikastakan..  Menanti  sehingga bulan masuk ke penumbra dan umbra ...Tiada lagi bulan kelihatan. Langit tanpa bulan pada mata kasarnya.... Subhanallah. FAKTA :Gerhana Bulan Penuh terjadi apabila bulan dilindungi sepenuhnya oleh bumi. Bulan akan memasuki bahagian umbra bayang Bumi dan tidak ada cahaya matahari yang boleh sampai kepadanya. Ketika bulan penuh, bulan akan menjadi warna merah cerah dan keadaan ini berterusan hampir 107 minit)

Sepanjang perjalanan pulang dinihari itu, saya ditemani dengan sang bulan yang memancarkan cahaya gerhananya di sebalik bayangan atmospefa...Ketika  menyusuri Masjid Negara, masih ramai para pencerap dengan teropong ajaib mereka ( juga teleskop disediaakan oleh Planeterium)> Terasa ingin bersama  tetapi agak sukar memakir kereta pada tika itu. Lantas saya membisikkan pada hati cukuplah diri ini menjadi saksi..Di sebalik ada orang yang alpa dan tak memandang ke atas,  masih ramai yang mengerti hikmat kejadian alam ini. Terima kasih ALLAH  yang telah menunjukan kekuasaanMU bagi orang-orang yang berfikir.

  Terima kasih FOTOdi bawah dikongsikan daripada AMIREZ  : lets pic tell a story



Subhanallah.
YA ALLAH rahmatilah kami dan maafilah kami atas kelalaian kami..

Friday, December 9, 2011

Jom Mencerap lagi 10 disember

Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.
Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam
Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh)  pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):
Moon enters penumbra:      2011 Dec 10  19:31:37
Moon enters umbra:             2011 Dec 10  20:45:11
Start of totality:                       2011 Dec 10  22:05:29
Maximum eclipse:                2011 Dec 10  22:31:36
End of totality:                        2011 Dec 10  22:57:45
Moon leaves umbra:            2011 Dec 11  00:18:04
Moon leaves penumbra:     2011 Dec 11  01:31:30
Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat. 
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.


Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.
Oleh itu jangan lepaskan peluang menyaksikan KESELURUHAN fasa Gerhana Bulan Penuh pada bulan Disember nanti.
Selamat Mencerap Gerhana!

SUMBER : FALAK
Panduan Solat Gerhana Bulan boleh dirujuk di SINI
(sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu)


Jangan lupa amiklah peluang yang sama untuk menunaikan SOLAT SUNAT GERHANA BULAN.
Tak perlu susah2...kita sama2 beramal ..kat masjid yang berhampiran: SOLAT sunat jamaah, doa, dan dengarlah kthubah serta beristifar...Mudahan gerhana memberi kebaikan buat semua. Amin

Thursday, December 8, 2011

Mari berdoa

Ya ALLAH, berikan keampunan kepadaku, kedua ibubapaku, dan sekelian orang mukmin pada hari terjadinya hari kiamat.( Surah Ibrahim ayat 41)

Tuesday, December 6, 2011

Word less Wednesday # 9




Demi Bubur Asyura.... apa yang penting : KERJASAMA
Terima kasih mak : Bubur asyura resepi mak memang hebat!!!

Satu perkongsian : Perkara yang sering menjadi adat dikalangan kita ialah memasak BUBUR ASYURAA'. Hal ini disandarkan kepada peristiwa Nabi Allah Nuh as.

Disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), Kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), Kitab Jam'ul Fawaid ( halaman 132 Syeikh Daud Al-Fathoni) bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :

"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak"

"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".

Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakan BUBUR ASYURAA' (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam). Dan itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi.
 
Sumber untuk lebih lanjut  :  ALHAZIQ

Monday, December 5, 2011

salam asyura

Salam asyura yang diberkati...
Selamat berpuasa 10 Muharaam buat semua sahabat maya yang disegani.   Sejauh mana sahabat2 telah melaksanakan  tuntutan yang disunatkan sempena hari yang diberkati ini??  InsyaALLAH...tak dapat  tidak kita berusaha melaksanakan dan jika tak berkesempatan berazamlah untuk tahun mendatang.

Saya kongsikan info  yang diambil : mamafami ( tqvm)

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat
- Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat
- Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat
- Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat
- Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat
- Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat
- Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat
- Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat
- Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat
- tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat
- Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat
- Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat
- Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Insya'allah..
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain. 

syukur...

Berhenti dari merungut mengeluh menyesal. Tulis apa kita syukur hingga ke hari ini. INsyaAllah esuk akan lebih bahagia.          - Prof Dr  Muhaya-
 

Friday, December 2, 2011

sebelum terlupa...

SALAM HIJRAH 1433H.
Berinjak kita ke tahun baru..mmbuka tirai kalendar permulaan hijrah.. Oleh itu kelebihan Muharam usah dipersiakan. Sama2 kita mempersiapkan diripada  minggu hadapan dengan menunaikan puasa sunat 9 dan 10 Muharam. ( HARI ISNIN DAN SELASA)

Antara Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)



Pendapat sebahagian Ulamak  ialah sunat berpuasa Hari Kesembilan, Hari Kesepuluh dan Hari Kesebelas berdasarkan hadis riwayat Ahmad أي صيام: 9، 10، 11 للحديث: “صوموا يوم عاشوراء وخالفوا اليهود: صوموا قبله يومًا أو بعده يومًا” bermaksud, “Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya”.
Ringkasnya, yaang paling afdhal ialah berpuasa pada ketiga-tiga hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasa sunatlah pada hari ke 10 Muharram.


untuk mengetahui lagi kelebihannya DI SINI

JANGAN LUPA Puasa  tau..
wallahuaklam..
yang baik kita sama2 amal dan sampaikan

Fiesta Buku pun bermula...

Jom sahabat dan semua pembaca tegar atau baru, kami menjemput anda bersama-sama menikmati diskaun buku dari 25% sehingga 70% di perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. Fiesta yang diadakan selama 3 hari ini bermula dari  jam 9 pagi sehingga 6 petang, Jumaat sampai hari Ahad ini.(2-4 Disember2011) Banyak buku terbaru yang akan dijual di fiesta buku ini dan fresh dari kilang. 
          (teks di petik dari KARYA BESTARI) 

Lets this tell a story...
 Bila ingat karangkraf@alaf21, pastinya buku novel yang menjadi bayangan rindu. Novel2nya kini bukan sahaja menjadi santapan minda para remaja, tetapi juga orang dewasa dan anak2 di sekolah rendah. Bicara cinta bukan menjadi topik utama, tetapi cara penyelesaian mengamit ribuan pembaca. Saya akui anak saudara saya telah mula berjinak2 dengan buku novel ini apabila sering melihat ibunya membaca dan membeli koleksi buku-buku novel. Trilogi Cinta contohnya  telah memberi jalan pintas untuknya membandingkan karektor dan aktor yang menghidupkan jalan cerita.  Inilah kelebihan bagi yang suke membaca. Membaca juga dapat menembusi dunia.

Ayuh sama-sama mengambil kesempatan di hujung minggu ini untuk memeriahkan Fiesta yang dianjurkan. Di sini bukan sahaja buku novel menjadi pilihan, tetapi juga buku motivasi, masakan dan agama menjadi santapan dan pilhan. Tanya pada diri, buatlah perancangan budget dan tinjau-tinjaulah pilihan hati. Jika berkenan itulah jodoh di hujung tahun. Dengan diskaun dan insentif diberi menjadi pilihan untuk menikmatinya. Ayuh ajak ramai-ramai dan serbu lagi di FIESTA ini...
(Jangan lupa simpan resit utk pengiraaan akhir tahun untuk mndapat pengecualian incometax 2011)


InsyaALLAH..=saya juga diantara mereka nanti..

Thursday, December 1, 2011

selamat bersunat

sepupu sepapat...aris n shahir
insyaALLAH,  ESOK merupakan hari yang bersejarah dalam hidup anak2 saudara saya. Pejam celik pejam celik dah besaq rupernya...secara sukerela bersedia menjadi seorang 'dewasa'. Tahniah anak2 ku memang berani ..

Mengikut cerita, proses bersunat akan di lakukan di sebuah klinik di Baling. Aris akan ditemani oleh Haziq (Abg Long) ( sepupu sebelah umminya) dan Abg Shahir (sepupu sebelah ayahnya). Ini bermakna meriahlah rumah tok cheir dengan tiga cucu yang akan dilayan. Mengikut perancangan awal hanya Haziq dan Aris sahaja yang akan bersunat. Tetapi memandangkan Shahir juga berminat, maka kini mereka bertiga menjadi teman sakit. Masing-masing berusia 7 dan 8 tahun dan telah bersedia menjadi seorang lelaki sejati. Muga anak2 saudara saya ni dapat kekuatan dan semangat keberaniaan yang jitu daripada sokongan ibu bapa masing-masing.

Semuga ALLAH mempermudahkan urusan mereka dan proses penyembuhan secepat mungkin. MeLayan kerenah si manja yang sakit memerlukan sokongan dan perhatian penjaga. Muga kak ina, maksu juga kakak maksu dapat melayan mereka sebaiknya. insyaALLAH . Untuk ustaz Fuad, kenangilah masa dan tikanya di waktu ayah melayanmu dan kini tibalah masanya dirimu melayan anakmu jua. Bukan mudah tugas ibu bapa....menjaga dan memelihara amanah yang ada... ALLAH jua yeng menganjari segala kebaikan diberi. Amin

TAHNIAH  ARIS  SHAHIR dan HAZIQ