Lapan tahun lalu
Masih segar ulang tayangnya
Baru sehari ku tinggalkan mak
Desakan mak juga
Kembalilah bekerja
Tak elok tinggalkan kerja
Usah risaukan mak.
Namun
bagai mahu lepaskan ku
Ku tak mampu menghadapnya di saat sakaratul
Walaupun berkali
Ku Ingatkan
Mak..
Andai ada sebarang pujukan
Andai ada bayang sesiapapun
Mak kuatkan iman
HANYA Allah
Mak mesti kuat
Ingat Allah
Sebut Allah
Lagakku bagai seorang ustaz berceramah dalam satu kuliah
Mak menggangguk.
Inilah mak saya.. Mak banyak beralah dengan anak anak. Jauh di sudut hatinya semat kata sayang tak dizahirkan. Ku tahu mak sayang kami semua kerana mak tak pernah lupa mendoakan kami.
Terima kasih mak
Mak dapat memahami semua karektor anak anak mak yg sebelas orang. Andainya dua saudara kembarku masih hidup pastinya family saya ada 13 orang. Tapi Allah simpankan mereka sebagai saham untuk mak dan ayah. Mereka pasti sedang bergembira di syurga dan pasti menyambut mak ayah di sana. Rezki mak dan ayahkan....
Mak juga tak pernah berbagi kasih. Semua sama. Inilah yang saya alami.
Terima kasih mak, mengajar daku tentang adab dan akhlak. Cubitan dan jelingan menjadikan ku belajar tentang kehidupan. Mak takkan bersuara tinggi kerana anak anak. HEBATNYA MAK saya
Hari ni... Saya menyaksikan sebuah perpisahan. HARI jumaaat mak disemadikan berdekatan pusara ayah. Cinta mereka bersimpul mati. 63 tahun melayari bahtera perkahwinan sebelum ayah menyahut panggilan Ilahi.
KU TAHU rindu mak terawat, mak kembali ke pangkuan ilahi menghampiri jam 12 malam pada khamis 6.9.2012.
Bersemadinya mak pada 1100 pagi di hari Jumaat. Hilang sudah syurga dunia ku.. Hilang di mata, dekat di hati.
Al fatihah buat almarhum mak dan almarhum ayahanda tercinta.
Terima kasih kerana menjadi mak dan ayah terbaik buat kami semua

No comments:
Post a Comment