Tuesday, September 7, 2021

Mak @2021

Malam Jumaat, 6/9/2012

Tatkala ramai orang menghabiskan malam dengan bacaan yasin dan tahlil di malam Jumaat yang terindah..Mak pula sedang diintai-intai malaikat maut dan akhirnya mak pergi selepas  check in  Kedah Medical Centre. 

Berita mak dijemput ilahi ku awali dengan alhamdulilah kerana tercapailah hajat mak meninggal di jumaat yang diberkati...20 syawal yang hening ....Sepanjang ramadan mak cuma tak berpuasa selama 5 hari dan dia sempat mengqadanya. Cuma sehari diberikan kepada anak2nya untuk menunaikan tanggungjawab melangsaikah hutang puasanya . Alhamdulillah..kita dah laksankannya.   

Mak disemadikan berdekatan dengan pusara ayah sebelum  solat jumaat.  Bersandinglah mak dan ayah.....cinta 63 tahun. subhanallah. Cinta kalian adalah cinta sebenar lagi sejati..Mak, ayah..muga ALLAH cucuri dan rahmati dan ditempatkan di kalangan orang soleh dan ditemukan kita di firdausi nanti

2021 kita tak berpeluang lagi menziarahi pusara mak dan ayah. Akibat pendamik C19, saya hanya mampu menyimpan memori dan mengukir doa. Setiap waktu doa tak pernah lekang. 

                                                                 bersanding mereka selamanya

Ya ALLAH cucurilah rahmat dan ampunilah kedua ibu bapa kita, lapangkan semadiannya dan berikan istirehatnya berterusan di taman syurga. Angkatlah tingkatan mereka dan berikan kebaikan buat mereka. Doa ini juga saya hadiahkan kepada sahabat saya yang mendahului yakni almarhum@ almarhumah Tuan Hj Ismail, Zainah, Rosnani, Muhaji dan semua muslimin muslimat yang telah dijemput . Semoga kita ditemukan di syurga kelak. insya ALLAH

Al Fatihah kita hadiahkan.

28 muharam 1443H @6/9/2021 



No comments: