Di penghujung hayatnya , saya tak sempat mentalkin mak untuk mengucap dua kalimah shahadah..Namun saya yakin abang2 dan kakak2 telah memimpin sebaiknya buat mak. Bertuahkan mak, anak2 tahu tanggung jawap masing -masing. Beberapa hari sebelum mak pergi, saya kerap ingatkan mak tentang kematian dan siksaan kubur. Saya kongsikan apa yang telah didengari dari kuliah2 sebelum ini dan merujuk juga kepada kitab ustaz ismail kamus "Panduan Ibadah' tentang doa. Mak sangat berlapang dada mendengar perkongsian saya dan saya pula suka bercerita secara bersahaja dan tegas. Mak kena ingat tau...masa nak hampiri sakaratul maut...tegas sebut ALLAH. ALLAH ..Tiada Tuhan disembah melainkan ALLAH..Tolak yang lain dan ingat ALLAH ja. Mak jangan takut....Begitulah ketegasan nada yang saya sampaikan..Mak mendengar dan mengangguk.
Saya merenung seketika, tentu ada hikmah ALLAH yang tak mengizinkan saya bersama mengadap mak di saat akhir. Terasa ralat tetapi cuba dihadam kerana hanya sehari selepas saya kembali ke tempat kerja, mak meninggalkan saya selamanya. Sekitar jam 9 pagi -10 pagi pada 6 september itu, saya telah menghubungi mak dan bertanya khabar. Namun jawapan mak amat tenang ...'mak takpa ah, toksah risau laa. petang ni abang madet nak bawa p klinik". Tapi instinct si anak rasa tak puas hati tu tetap ada namun jarak membataskan kita.
Selepas menerima rawatan di Klinik Azhar, doktor di situ menyarankan mak di refer ke Hospital Alor Setar. Status kesihatan sebenar mak tidaklah kami ketahui. Lagipun keadaan mak tak lah uzur dan boleh urus diri sendiri. Mak sangat jaga solat dan asbab solatlah leternya menjadi-menjadi tika saya masih kecil.
Hasil siasatan doktor KMC, jantung bengkak dan perlu dirawat segera di CCU. Doktor pun agak terperanjat sebab mak kuat dan tabah melawan penyakitnya. Dia seolah-olah menyembunyikan kesakitan dari kami. Menurut family yang ada tika itu, mak nampak ceria dan berjalan ke katil sendiri. Kata mak kepada cucunya, Farizan "baik2 doktor dan jururawat di sini." Rupanya ini antara perbualan terakhir sebelum mak direhatkan.
Cukuplah saya katakan, situasi saya pada malam tersebut amat gelabah. Mulanya nak balik kampung dengan bas, kemudian tukar rencana naik my D'va. Keadaan jalan raya pula agak sesak. Namun berita mak dijemput ALLAH hanya saya terima seketika kereta sampai di hostel Akasia UITM Puncak Alam untuk menjemput Faezah, cucu mak turut balik bersama. Turut serta menemani kerana risaukan saya ke Puncak Alam keseorangan di malam hari adalah Yatt, cucu angkat mak. Terima kasih abg Din dan Kak Wan atas maklumat awal.
Takdir ALLAH, Mak tinggalkan kami di usia 80 tahun. KMC menjadi saksi biarpun kurang dari 7 jam dirawat di situ. Terima kasih para doktor dan jururawat. Selamat jalan mak...Saya sedekahkan AL FATIHAH berkali2. Saya terima berita ini bercampur baur...macam2 perasaan dan ulang tayang mak sepanjang pemanduan. Sesekali menyeka air mata, dan dalam diam saya cuba kawal perasaan. Di ulang putar bacaan CD ayat suci Al Quran berkali-kali dan saya turut mengalunkan dengan nada yang teresak-esak. Anak saudaraku di belakang walaupun sedih tapi dapat juga memejamkan mata. Yatt,cucu angkat mak di sebelah cuba menenangkanku. Tak perlu berkata..cukup hanya berjaga sepanjang malam bagi memastikan emosiku stabil ketika memandu. Alhamdulillah...
Berkali juga telefon ku berdering. Anak saudaraku di Abu Dhabi turut menghubungi dan menangis2 bila mengetahui pemergian tok " Chu...tok dah takda" ..Sebaknya daku saat itu...Maklumlah mak antara yang turut menghantarnya dan familynya di airpot Kedah sebelum berangkat ke AD. Abg Madet pula masih konfius, apakah dia punca kematian mak.".maafkan abg sebab bawa mak ke KMC dan mak meninggal di situ..maafkan abg..." Ya ALLAH dalam hal ni tak de sapa salah...."ALLAH dah jemput mak dalam keadaan yang elok dah "kata saya pada tika itu.." (air mata mengalir laju dan sebak untuk meneruskan percakapan...) Selain daripada itu kakak2 dan abang2 menghubungiku untuk mengetahui lokasi terkini ku dari masa ke semasa. Al maklumlah mereka juga risau kerana memandu jam 12 malam ke atas..
Saya sampai sekitar jam 5.30 pagi di laman rumah. Amat berat rasa kaki ini melangkah keluar dari kereta. Tak sanggup melihat perkara yang sama ketiadaan ayah berulang. Namun hidup lawannya mati dan setiap kita hanya berada di singgahan dunia untuk seketika.
Melihat sekujur tubuh terbaring kaku di ruang depan, Ya ALLAH ampunilah mak saya dan jadikan segala kebaikannya sebagai saham di sana dan tempatkan dia di kalangan solihin. Mak meninggal malam Jumaat. Hari yang dicemburui oleh semua termasuk saya. Saya tak terus melihat wajah mak, saya menundukan kepala dan duduk di hujung kaki untuk seketika sebelum berwuduk dan solat subuh. Usai solat subuh saya bacakan yasin, baru saya memandang wajah mak yang saya kasihi. Saya kucup lama dahinya, semakin sejuk semakin "deep". Lembut anggota mak..itulah yang saya dapat katakan... ALLAHU ROBBI... Bersama beberapa anak saudara kami meneruskn membaca surah yasin.
Ketika itu juga juzuk Alquran yang dibacakan sehingga surah Al Isra'. Saya cuba menyambung bacaan AQ surah tersebut namun sebak menyelubungi. Saya hanya mampu beberapa baris sahaja sebelum meminta Yatt menyambungkannya. Terima Kasih Yatt..yang sangat memahami situasi keluarga tika ni .Beliau telah menyempurnakan beberapa juzuk bacaan AQ utk mak . Hanya ALLAH jua membalasnya. Dialah teman ketika senang dan susah.
Masih segar dalam ingatan, tika menguruskan mandi mak, saya adalah anak terpilih yang dapat memangku mak di badan saya dan mencium pp mak berkali-kali sambil mengusap mukanya. Kata kak jah, jeles tengok cu dok pelok mak di dada..ALLAH hurobbi...ALLAH beri peluang kita khidmat terakhir bersama-sama untuk menguruskan mandian terakhir bersama anak2, menantu2 dan cucu2 mak sahaja. Terima kasih kak Zainab yang menunjuk ajar tatacara menguruskan mandi mayat.
Alhamdulillah urusan mak dipermudahkan. Lebih kurang pukul 11pagi urusan persemadian selesai. Bolehlah dikatakan cuacanya dingin dan matahari agak suram.20 syawal yang suram.....
Damailah mak di sana
Di sisi ayah yang dicintai
YA ALLAH Ampunilah dosa emak dan ayah saya. Maafilah mereka dan kasihanilah mereka sebagaimna mereka mengasihani dan menyayangi kami. Belailah mereka dengan penuh kasih sayang rahmatMU dan berilah kelapangan mereka di kubur dengan nur MU. Berikan mereka kelazatan di alam barzah sebagaimana berada di taman-taman syurga. Tenang dan damailah mereka hingga ke syurgafirdaus.
| setia mak mengunjungi pusara ayah |
| syawal terakhir kita. |
| khatamAQ |
![]() |
| di sinilah rumah mak |
dariNYA kita datang kepadaNYA kita dikembalikan...
AL FATIHAH buat mak juga ayah
catatan 6/9/2018

No comments:
Post a Comment