Hari yang sama
Kini 12 tahun berlalu
Bicara tanpa kata
Sunyi tanpa khabar
Allahu...
Ketahuilah betapa rasa itu singgah
Bicara hati
Mengundang sebak
Air mata bagai melepas
Pekung rindu membara
Mak
12 tahun telah tinggalkan kami
Tanpa sadar cepatnya masa berlalu
Banyak pada hitungan angka
Tapi pada hitungan rasa, bagai sehari dua berlalu
Masih diingati
Panggilan telefon daripada abang2 dan kakak di kampung, memaklumkan mak telah diundang pulang,
Pada malam jumaat.
Selewat jam 12 mlm
Innalilahi wainna ilaihi rojiun.
Mak,
Betapa kurindu pada susuk tubuhmu
Betapa sedap masakanmu
Betapa kasih pada anak cucumu
Betapa lembut sentuhan mesramu
Mak
Tahu tak,
Esok, seorang lagi cucu mak akan melangsungkan perkahwinan.
Satu tika dulu, Syuhada pun pernah mak suapkan. Cuchu yang pernah diuji kesakitan akibat jatuh tangga di sekolah.
Hari ni, syuhada dah dewasa mak. Esok 7/9/24 shuhada akan diijabkabul dengan pasangan hatinya. Semoga Allah mudahkan urusannya dan bahagia hingga ke syurga kan mak.
Terima kasih Allah, anugerahkan saya dan family seorang emak penyayang dan amat mencintai anak2, cuchu dan cicitnya... Kasihanilah emak kami dan berikan pengampunan berterusan krpadanya dan lapangkan istirehatnya.
Kurniakan syurga firdaus kepada emak dan ayah dan bahagiakan mereka seperti mana yg telah Allah janjikan
Aminn.
Al.fatihah
6/9/2024

No comments:
Post a Comment