Sahabat ini umpama bahan perisa.Perisa oren, strawberi, jambu batu, jagung dll. Ada yang boleh buat kita raso2, ada yg buat kita tersandar dan ada yang buat sedih bertukar ria malah ada yang boleh buat kita ketawa.
Al kisah adalah satu petang, saya dan sahabat saya ni plan nak mengopi. Apabila kakinya melangkah masuk ke juna, potpet nya mula menghiasi suasana. "Ehh akk.. Ni sampah ke apa.... Kenapa lah tak dibuang ke dalam tong sampah... Bla bla.." belum pun habis ayat ku dia terus membebel lagi dan lagi.. Biarkan lagipun itu cuma kertas resit2 dan botol air kosong... Nanti akk buang laa..
Untuk menyedap hatinya saya biarkan dia menghabiskan ayat2 potpet yg saya rindu.. Siapa lagi nak tegur saya jika bukan sahabat dan siapa lagi yang nak dibebelnya jika bukan saya. Jadi saya suka bila ada radio potpet berkumandang seketika memandu. Biarkan.. Dah penat sat lagi dia kan kembali ke mood normal.
Alhamdulillah... Usai mengopi kami pulang ke destinasi masing masing.
Keesokan paginya, jeng jeng.. Awal pagi lagi saya dah keluar bekerja kerna jadual kerja shif pagi yang berkejar dengan waktu subuh. Yang pelik nya saya pun carilah kasut tanpa melihatnya untuk memakai .. Sua punya sua kaki mana tak boleh masuk...
Bila buka lampu juna nie...
Ya Allah... Maka saya pun ketawa sorang-sorang.. Kali ni betui2 saya bagai berputar semula potpetnya...
Laaaa elly... yang kata kemas tu rupanya disumbat segala kertas resit dan botoi air tu di kasut ini. Patutlaa macam takde sampah kat sebelah pemandu tu. Ku sangka dia sumbat dalam begnya. Yang katanya nanti jumpa tong sampah boleh buh sana.
Aduih.... Rasanya sepanjang jalan saya senyum dan syukur ada sahabat yang boleh ceriakan saya di awal pagi walaupun tanpa di sisi.
Sebenarnya kita yang cipta bahagia dan memori. Ia juga ikut persepsi jika nak jadikan api akan terus semarak tapi jika dijadikan bayu ia bertiup lembut tanpa ada rasa penyesalan. Biarkan ia berlalu dan mewarnai pelangi hidup kita kerana satu tika nanti ianya pasti berakhir dan tak dapat diputar semula.
Kepada sahabat yang pernah hadir dan mengisi waktu bersama, saya hargai dan segalanya segar dalam ingatan. Diam bukan bererti tak setuju tapi adalah memberi ruang kepada kalian untuk terus berkata-kata.
Diam ku satu koreksi buat diri yang banyak dosa untuk kembali ke pangkal jalan.
Tiada ada sebab untuk kalian memohon maaf kerana saya sentiasa bahagia dan memaafkannya.
Wallahu aklam.

No comments:
Post a Comment