Friday, December 29, 2023

Hari terakhir

Menjelang hujung tahun 2023, banyak pula kenangan yang menjengah fikiran, juga rasa yang menyinggah di hati.

Kehidupan pasti sahaja ada pahit dan manisnya. Namun, tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa mengukir senyuman di wajah sendiri akan menjadi antara cabaran yang paling sukar dalam kehidupan.

Semoga sepahit apa pun yang perlu kita telan sepanjang menjalani kehidupan, kita tidak lupa untuk kembali tersenyum sambil menikmati kemanisan hidup yang dikurniakan. 
Selamat Datang 2024
Selamat Jalan 2023

*Terima kasih kepada yang sentiasa sudi membuat saya tersenyum, tersipu, tertawa dan tergelak☺️🤣



No comments: